Memang sedap makan jeruk mangga, lagi-lagi bila makan masa waktu hujan sambil layan drama kegemaran haihhh tak sedar dah habis sebalang! Tapi kena pastikan jeruk tu ranguplah baru sedap. Rupanya ada petua khas untuk buat jeruk mangga kekal rangup. Petua yang dikongsikan oleh Akma Razali di Facebook sangat membantu untuk saya buat jeruk mangga sendiri di rumah tanpa perlu tunggu orang ketuk tingkap kereta semasa berhenti di lampu isyarat. Jom kita cuba petua ni.
PETUA JERUK MANGGA KRUP KRAP
BAHAN-BAHAN:
6 biji mangga muda
Air bertapis
Garam kasar 2 genggam
Cuka setengah botol
400 gm gula
CARA PENYEDIAAN:
Buang kulit mangga dan cuci bersih
Potong mangga mengikut citarasa sendiri
Sediakan bekas yang bertutup kedap udara
Masukkan air bertapis mengikut paras kuantiti buah dalam bekas
Masukkan garam kasar 2 genggam dan cuka
Kacau sebati tak perlu kacau terlalu ganas cuma pastikan cuka dan air tadi sebati bersama
Tutupkan bekas dan biarkan semalaman tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk
Buang air rendaman tetapi tak perlu bilas jeruk mangga.
Masakkan gula.
Masukkan jeruk mangga tadi ke dalam balang. Biarkan air gula tadi betul-betul sejuk baru tuang ke dalam balang jeruk tadi dan biarkan lagi semalaman dan di dalam peti sejuk.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Akma Razali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official