Petua Jimatkan Minyak & Tak Payah Tukar Baru Untuk Menggoreng

Share

Pernah terjadi tak masalah minyak masak untuk menggoreng ikan cencaru sumbat menjadi hitam walaupun baru pertama kali guna? Kadang-kadang untuk goreng ikan seterusnya, kita terpaksa tukar minyak baru.

Menerusi perkongsian daripada Ariza Kak Chik, dia mendapat petua berguna ini daripada video  di aplikasi Tiktok.

Minyak menjadi jernih selepas dituang tepung jagung.

 

Petuanya untuk jimatkan minyak dan tak payah tukar baru hanyalah menggunakan TEPUNG JAGUNG!

Ambil 3-4 sudu besar tepung jagung yang ditambah dengan air.

Kemudian tuang air tepung jagung ke dalam minyak yang hitam tadi ketika masih panas-panas lagi. Kacau-kacau sehingga terbentuk lapisan hitam seakan-akan telur dadar. Angkat lapisan hitam itu.

Nanti minyak akan jernih semula dan dapat goreng ikan yang seterusnya. 

Selamat mencuba!

Kredit asal: Tiktok Richard Is Cooking

Kredit petua & foto: Ariza Kak Chik

 

Anda ada banyak tips memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda!

Nak kongsi tips memasak anda? Klik DI SINI untuk penyertaan.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff