Makan

Kalau Nak Masak Sayur Batang Keladi, Kena Tarik Kulit Hijau. Barulah Tak Gatal Bila Makan

Share

Batang keladi buat masak asam pedas, masak lemak cili api dan sebagainya memang sedap. Cuma sebelum masak penting untuk kita gunakan cara yang betul bagi membersihkan sayur ini.

Kalau salah cara tekak boleh jadi gatal-gatal bila dimasak nanti. Petua membersihkan batang keladi ini ada dikongsi oleh Safiyyah Osman. 

Ujarnya petua ini diturunkan sendiri oleh peniaga yang menjual keladi di pasar. Caranya;

1. Tarik buang kulit hijau yang ada dekat batang keladi walaupun peniaga keladi dah tarik  siap-siap sebelum dijual. Selalunya ada yang terlepas pandang jadi tarik kulit ini semasa membasuh batang keladi. Sila pakai sarung tangan supaya tangan tak jadi gatal.

2. Basuh bersih dan toskan. Sental sikit keladi sewaktu basuh.

3. Bila hendak masak batang keladi tadi, letak asam keping 3-4 keping dan bubuh garam kasar sikit. Masak air sampai mendidih.

4. Masuk batang keladi dan masak sampai empuk atau lembut. Semasa merebus balik-balik kan supaya semua bahagian keladi kena air rebusan. Bila dah empuk angkat dan toskan. Buang air rebusan, dah boleh guna batang keladi untuk masak. Confirm tak gatal.

Jika nak masak asam pedas rebus bahan kisar sampai mendidih dan masukkan batang keladi yang siap tos tadi.

Semoga Bermanfaat.

Sumber: Safiyyah Osman

 

Published by
Rose