Kek pisang mempunyai tekstur yang lembut dan lembab. Oleh yang demikian, jangka hayatnya tidak terlalu lama dan mudah berkulat. Agak sayang dan membazir jika perkara ini terjadi. Maklumlah, walaupun hanya kek pisang, tenaga dan bahan mentah yang digunakan bukannya sedikit.
Ada cara mudah yang boleh anda praktikkan untuk memastikan kek pisang yang anda hasilkan tahan lama. Cara ini juga boleh dilakukan untuk menyimpan kek pisang yang dibeli. Apa yang anda perlu lakukan ialah:
CARA SIMPAN KEK PISANG AGAR LAMBAT BERKULAT TANPA GUNA PENGAWET
- Setelah kek masak, sejukkan sepenuhnya.
- Masukkan kek pisang ke dalam bekas kedap udara dan simpan di ruangan sejuk beku.
- Jika anda ingin menikmatinya, keluarkan dari peti sejuk beku dan biarkan pada suhu bilik selama 1 jam.
- Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro dan panaskan seketika. Hasilnya kek anda kekal enak dan tahan lebih lama.