Petua Kekalkan Kesegaran & Kehijauan Daun Sup Walaupun Dah Simpan Berbulan-Bulan.

Share

Daun sup antara herba yang sangat enak jika dicampur dalam masakan. Biasanya ia digunakan dalam penghasilan sup, bergedil malah ia juga sesuai ditabur diatas hidangan mi atau bihun goreng sebagai penyedap rasa dan penambah aroma.

Namun, daun sup ini tidak mempunyai jangka hayat yang lama. Ia mudah menjadi lembik dan busuk. Jika beli di kedai, biasanya daun sup ini dijual dalam kuantiti yang agak banyak. Dalam masakan pun bukan setiap hari kita akan pakai daun ni. Jadi lebihan daun sup tu jika dibiarkan sahaja pasti akan membazir. Minggu depan bila anda nak masak dan perlukan daun ini, dah kena beli baru.

foto: allthatgrows.in

Ada petua menyimpan daun sup agar tahan lama yang boleh anda praktikkan iaitu dengan membekukan daun tersebut menggunakan air. Melalui cara ini, daun sup yang anda beli mampu tahan berbulan-bulan. Cubalah! Memang bijak malah tak membazir.

foto: marthasteward.com

CARA-CARA MENYIMPAN DAUN SUP AGAR TAHAN LAMA

 

BAHAN-BAHAN:

  • Daun sup – basuh bersih dan buang sisa pasir.
  • Bekas kuib ais
  • Air

LANGKAH-LANGKAH:

1. Ambil daun sup yang telah dibersihkan. Racik halus seperti saiz anda masukkan ke dalam masakan.

2. Ambil hirisan daun sup dan masukkan ke dalam bekas kiub ais.

3. Tuang air sampai menutupi daun sup tadi.

4. Simpan dalam peti sejuk beku.

5. Bila nak guna, ambil 2-3 kiub ais daun sup dan masukkan terus ke dalam sup yang sedang mendidih.

Selamat mencuba!

INFO RASA: Untuk menjimatkan ruang dalam peti sejuk anda, setelah kiub ais daun sup ini beku sepenuhnya, keluarkan dari acuan dan simpan dalam satu bekas berlainan. Kemudian anda boleh guna bekas kiub ais tadi untuk ‘frozen’kan herba-herba lain juga seperti daun ketumbar, limau purut, daun bawang, halia, lengkuas dan sebagainya.

Kredit petua & foto: Azyan Salamat

Published by
Nur