Asparagus mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia kaya dengan vitamin B6, magnesium dan zink serta kaya dengan serat serta asid folik. Bagi memastikan khasiat sayur ini tidak berkurangan, ada cara terbaik yang boleh anda cuba. Cara-caranya ialah potong asparagus sepanjang 1 inci dan tumis menggunakan sedikit minyak. Kacau dengan pantas dan perasakan secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.
RESIPI ASPARAGUS SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 600gm asparagus |potong
- 1 biji bawang besar |hiris
- 3 ulas bawang putih |hiris
- 10 biji cili api | hiris
- 50gm udang kering
- 5 sudu makan sos tiram
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar dan bawang putih serta cili api.
2. Tumiskan hingga kekuningan. Masukkan udang kering. sos tiram dan garam secukup rasa.
3. Masukkan asparagus. Tumiskan hingga asparagus lembut. Angkat dan sedia dinikmati.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara-Cara Buat Rempah Kari Giling Secara Homemade. Pasti Puas Hati!
Serbuk kari habis? Alamak macam mana nak masak ni! Ha…Usah pening-pening. Anda boleh je buat sendiri rempah kari ikan ni. Mudah sahaja.
Bila buat sendiri, kita boleh ubah resipi ikut selera masing-masing. Kalau nak pedas, boleh lebihkan cili. Kalau nak kari warna terang, boleh lebihkan kunyit. Lagipun rempah kari homemade ni lebih sedap dari yang dibeli. Terasa wangi bahan-bahan yang digunakan. Jom cuba resipi perkongsian Puan Normah Bahari ni. Pasti puas hati.
REMPAH KARI IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 10-12 biji cili kering
- 3 sudu besar rempah biji ( ketumbar )
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
- Kunyit hidup sebesar ibu jari
- 10-15 biji lada hitam
- 2 sudu besar jintan putih
- 1 sudu besar jintan manis
CARA PENYEDIAAN:
- Semua bahan dibasuh, tapis dan rendam air panas selama 10 minit , KECUALI bawang dan kunyit hidup.
- Kemudian blend/kisar kesemuanya sehingga betul-betul halus.
- Sedia untuk dibuat kari .
INFO:
- Setelah siap boleh dimasak cara yang sama seperti kita guna serbuk kari.
- Kalau buat rempah sendiri , kita tidak akan rasa was-was lagi .
- Kalau ada penggiling boleh gunakan untuk rasa yang lagi sedap.
Kredit resepi & foto: Normah Bahari
Ini 6 Cara Buat Telur Mata Yang Sempurna & Sihat, Korang Boleh Cuba.
Rasanya dari anak kecil hingga dewasa semua orang suka makanTelur Mata, kerana ia lauk paling cepat dimasak dan boleh dipandankan dengan apa juga makanan dari Nasi Lemak hingga ke roti atau dimakan begitu sahaja dengan kicap. Memang sedap dan nikmat, lagi-lagi ketika masih panas. Tetapi walaupun ia nampak ringkas dan senang menyediakan telur mata, namun untuk mendapatkan telur mata yang sempurna seperti telur mata yang disediakan oleh hotel lima bintang, ada tip yang perlu anda semua ketahui. Tipnya adalah seperti berikut:-
Guna Kuali Leper Dan Tidak Melekat
Sekarang kebanyakan rumah mempunyai kuali non stick atau kuali tidak melekat. Jadi manfaatkan kuali ini untuk menggoreng telur mata, untuk hasil telur masak sekata gunakan kuali leper. Jika menggunakan kuali biasa, pastikan kuali tidak mudah melekat atau menggunakan kuali khas hanya untuk menggoreng sahaja.
Gunakan Minyak Zaitun
Menggunakan minyak zaitun untuk menggoreng telur ia membantu telur yang digoreng lebih sihat dan bersih. Namun anda boleh sahaja gunakan mentega atau minyak biasa untuk rasa yang lebih ranggup di bahagian tepi dan kuning yang seperuh masak.
Cara Goreng
Bila menggunakan minyak zaitun, anda perlu masukkan dua sudu minyak zaitun, kemudian pecahkan telur di dalamnya dan hidupkan api dan gunakan api sederhana sahaja. Jika kuali terlalu panas bimbang kandungan nutrisi dalam minyak zaitun dan telur akan hilang.
Tutup Kuali
Setelah hidupkan api, tutup telur. Biarkan beberapa minit, ia bertujuan supaya kuining telur boleh masak tanpa perlu dibalikan untuk mengelakkan bahagian kuning telur pecah.
Angkat Telur
Angkat telur sesuai dengan tahap masak yang anda perlukan. Sama ada telur dengan kuningnya setengah masak atau masak sempurna, terserah pada cita rasa.
Jika menggunakan Minyak Dan Kuali Biasa
Jika anda menggunakan kuali dan minyak biasa. Anda perlu lebihkan sedikit minyak masak dalam kuali. Kemudian panaskan minyak menggunakan api sederhana, pecahkan telur di dalamnya, kemudian siram-siram bahagian atas telur dengan minyak supaya anda tidak perlu membalikkan telur, sebaliknya terus angkat dan hidangkan.
Petua Buat Spray Serbaguna Untuk Halau Serangga & Kegunaan Harian Di Dapur.
Banyak petua yang dikongsikan sebelum ini tentang nak halau serangga di dapur, sekitar ruang masak dan sebagainya. Malah ada sesetengah petua tidak menjadi pun. Kali ini RASA cuba kongsikan petua spray semburan serbaguna bukan hanya pada serangga tetapi kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja-kerja di dapur juga.
Hilangkan bau hanyir
- Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa
Mudah tanggalkan kesan minyak
- Bila basuh bekas² makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
Masa baking
- Nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun.
Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak.
- Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
Bersihkan pisau, blender & tanggalkan karat pada mata blender.
- Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan. Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak..
Buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi.
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak boleh guna sukatan ni..
- 1½ cawan cuka
- 7½ cawan air
- 4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
Kongsi resipi: Yatie Eimra