Daging Lada Hitam @ Daging Blck Pepper ni tak sukar dimasak. Bahan-bahannya juga ringkas sahaja namun ramai yang rasa renyah nak sediakan sajian ini. Jika menggunakan sos sedia ada di pasaran, boleh je. Tetapi jika boleh jimat dan rasa rencah yang dimasak sendiri ini lebih enak, apa salahnya jika cuba kan? Dah jimat belanja. Jom cuba resipi perkongsian saudari Suriani Mohd ni. Anda pasti sukakan rasanya.
RESIPI DAGING LADA HITAM @ BLACK PEPPER
SEDAP & MUDAH MASAK
BAHAN-BAHAN: 500gm daging 1 sudu makan air bancuhan tepung jagung – beli online disini Lobak merah secukupnya – hiris Lada benggala hijau / merah secukupnya -hiris Cili padi Bawang holland – hiris Tomato – hiris Garam secukup rasa – jika perlu sahaja Sedikit air – jika perlu Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAPAN: 1 biji bawang merah – tumbuk halus 4 ulas bawang putih – tumbuk halus 3-4 sudu makan kicap manis – beli online disini 2 sudu makan sos tiram – beli online disini 2 sudu makan biji lada hitam – tumbuk – beli online disini
Ads
CARA MEMASAK: 1.Hiris daging nipis-nipis. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan perapan. Gaul sebati dan perap selama 30 minit. Lagi lama diperap lagi sedap. 2. Panaskan minyak masak, goreng daging yang diperap tadi menggunakan api sederhana. 3. Masak daging hingga lembut dan kering. Jika daging masih keras, tambahkan air dan masak hingga daging lembut. 4. Bila daging sudah lembut, masukkan air bancuhan tepung jagung. 5. Tambahkan hirisan lobak merah. Masak hingga sedikit lembut. 6. Akhir sekali, masukkan hirisan lada benggala, cili padi, bawang holland dan tomato. 7. Gaul-gaul seketika dan padamkan api. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Sedapnya menu Daging Masak Cili ni. BAgi anda yang suka resipi-resipi ringkas untuk dicuba setiap hari, resipi perkongsian saudari Siti Mariam Zainon ini harus ada dalam senarai anda. Bahan-bahan yang digunakan sangat ringkas dan mudah didapati malah cara memasaknya juga sangat senang. Bak kata empunya resipi, rasa daging ni seakan Daging Goreng Kunyit yang dibeli di trak makanan namun versi yang lebih sedap. Wow! Berbaloi sangatlah untuk dicuba. Paling penting, rasanya yang mantap dan membuka selera.
Siapa suka makan gulai pasti akan mengakui kari daging utara yang paling sedap. Pengaruh India di negeri-negeri sebelah utara membuatkan mereka banyak menggabungkan rempah dalam masakan. Sebab itulah rasa kari di sana lebih kuat dan paling bagus, ia tahan lama.
Jadi hari ni, admin nak kongsikan resipi kari daging ala mamak. Memandangkan bahan-bahannya agak banyak dan nak buat tu sedikit renyah, admin sarankan anda cuba resipi ini pada hari minggu (jika anda agak sibuk pada hari-hari biasa).
KARI DAGING MAMAK STYLE
BAHAN A:
10 ulas bawang putih
3sm halia (dikisar)
BAHAN B:
1 labu bawang besar | dihiris
4 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
BAHAN C:
2 biji tomato
2 batang serai | diketuk
BAHAN D:
8 sudu besar serbuk kari daging
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit serbuk cili
*Semua bahan ini dibancuh dengan sedikit air dan dijadikan pes.
BAHAN E:
Sedikit serbuk lada sulah, lada hitam, serbuk ketumbar, jintan manis serta garam dan gula secukup rasa.
Lain-lain:
3 biji kentang | dipotong lapan
3/4 cawan santan atau susu cair
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan A sehingga naik bau dan masukkan bahan B dan C. Tumis lagi sehingga daun kering garing.
Masukkan daging dan kentang. Gunakan api perlahan.
Masukkan sedikit air dan tutup periuk. Biarkan seketika sehingga terbit aroma kari.
Tambahkan lagi air mengikut cita rasa anda dan masukkan bahan D dan bahan E. Masak sehingga rempah sebati.
Apabila semua bahan sudah masak, bolehlah diperasakan dan masukkan susu cair (atau santan).
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.