Sedapnya Ikan Bakar Rica Manado perkongsian resipi dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ni. Nampak membuka selera. Istimewanya resipi ini, anda tidak perlu menggunakan arang untuk membakarnya. Cukup sekadar menggunakan kuali leper tapi rasa dan aromanya seakan dimasak menggunakan bara.
Menurut beliau lagi, Ikan Bakar Sambal Rica ini berasal dari Manado, Sulawesi. Biasanya dibakar atas bara api. Kemudian sambalnya di sapu atas ikan setelah ikan siap dibakar. Cumanya kali ini beliau berkongsi cara lebih mudah untuk menyediakan sajian sedap ini. Bakar atas kuali sahaja.Sesuai sangat cuba masak untuk makan tengahari nanti. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI IKAN BAKAR RICA MANADO SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan siakap 5 biji bawang merah – beli online disini 2 ulas bawang putih – beli online disini 2 batang serai 2 inci kunyit 1 inci halia 2 sudu besar cili kisar – beli online disini 2 helai daun limau purut 1 keping asam gelugor – beli online disini 1 biji limau nipis Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan belah perutnya. Belah isi ikan di kanan dan kiri tulang tengah, kemudian keluarkan tulang tersebut. IA bertujuan supaya ikan kelihatan cantik dan isi cepat masak.
2. Untuk menyediakan bumbu (perencah) ikan bakar, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai dan cili kisar dikisar halus.
Ads
3. Tumis bahan kisar. Berbeza dengan ikan bakar sambal yang biasanya warna merah. ikan bakar ini akan berwarna kuning atau jingga. Tapi sejujurnya, rasa hidangan ini tidak berapa beza dari ikan bakar sambal.
4. Masukkan asam gelugor, garam, gula dan daun limau purut. Jika suka, boleh tambahkan belacan. Tumis sampai bahan-bahan masak sempurna. Kemudian sejukkan seketika.
5. Lumurkan bumbu pada ikan. Oleh kerana kita bakar atas kuali, susah nak sapu ikan bila ikan dah masak. Ia akan hancur kalau kita balik-balikkan banyak kali. Jadi empunya resipi lumur bumbu pada ikan terlebih dahulu.
6. Kemudian terbalikkan ikan dan lumurkan bumbu pada bahagian luar pula. Boleh alas ikan dengan daun pisang atau daun kunyit agar ikan tak melekat pada kuali. (empunya resipi guna kuali non-stick)
7. Bila masak nanti, ikan tidak akan diterbalikkan. Masak belah bawah sahaja. Untuk pastikan ikan ini masak sekata tanpa hangus, kena bakar dengan api kecil atau sederhana.
8. Tutup kuali. Jika ada tanda-tanda nak hangit, jangan panik. Buka penutup, masukkan 1 senduk air, gerak-gerakkan kuali agar air turun ke bawah daun. Tutup semula dan masak sampai air tadi kering.
9. Hasil Ikan Bakar Rica Manado yang telah siap dimasak. Tidak hangus, tidak melekat dan masak sempurna. Sedia untuk dinikmati.
Ads
INFO:
Boleh hias dengan hirisan limau dan bawang jeruk. Ikan bakar ini memang sedap makan dengan benda masam.
Rasa Ikan bakar ini tak berapa pedas. Bau daun pisang membangkitkan selera. Daun pisang yang hangus di tepi-tepi tu menyumbang kepada aroma smokiness (bau bakar). Itu penting!
Tekak terasa nak makan bubur. Bukan kerana tak sedap badan tapi teringin. Jomlah buat bubur yang boleh buka selera.Tak perlu cari bubur Mcd, terus masak sendiri saja.Sangat sesuai untuk anak-anak yang menggemari bubur dan juga para vegan. Antara menu diet yang sedap dan sihat, boleh feeling breakfast di Korea juga.
Bubur Nasi Cendawan Shitake
(5 orang makan)
Bahan-bahan:
1 pot beras
Cendawan shitake
Lobak merah
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
1 sudu besar serbuk sup
Mixed herbs
Serbuk lada hitam (Optional)
2 sudu besar minyak masak/zaiton
Garam & perasa secukupnya
Air secukupnya
Daun sup dan daun bawang
Cara memasak:
1. Rendam beras.
2. Dadukan/cincang cendawan shitake, lobak merah, bawang besar dan halia.
3. Bilas beras dengan air, masukkan air secukupnya dan letakkan atas api. Jika nasi sudah masak,boleh terus masukkan bahan-bahan. Gaulkannya, jika terlalu pekat boleh ulang tambah air, tunggu sehingga masak elok.
4. Dah siap, boleh hidang dan hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.
Isi ayam yang berperisa, sedikit manis serta lembut ini menjadikan ia tidak puas untuk dinikmati. Dilengkapi dengan hidangan nasi, sup serta sambal, semestinya Nasi Ayam Gula Melaka adalah hidangan yang anda perlu cuba.
BAHAN AYAM:
1 ekor ayam | dibersihkan
5 sudu makan gula melaka | dikisar halus
3 liter air
Minyak bijan secukupnya
BAHAN NASI:
500 gm beras | dibasuh dan ditoskan
2 helai daun pandan
30 gm lemak ayam
15 gm halia | dihiris
25 gm garam
BAHAN SOS ( DIKISAR) :
10 biji cili merah
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
20 gm halia muda
15 gm cili padi
120 gm air limau nipis
CARA MEMASAK:
1. Ayam direbus dengan gula melaka dan air. Bila sudah masak dan isinya agak lembut bolehlah diangkat.
2. Kemudian salut dengan sedikit minyak bijan dan ketepikan. Air rebusan pula digunakan untuk memasak nasi nanti.
3. Untuk membuat nasinya, beras dibasuh serta ditoskan hingga kering. Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan halia yang dihiris sehingga berbau wangi.
4. Kemudian masukkan air rebusan dan beras tadi. Masukkan garam dan kacau rata. Tutup periuk dan biarkan nasi masak.
5. Untuk sosnya, kesemua bahan sos dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga masak.
6. Akhir sekali, hidangkan nasi bersama ayam yang disalut minyak bijan tadi dan sosnya.
Lontong Goreng selain sesuai untuk menu sarapan pagi, boleh juga dijadikan menu istimewa untuk rumah terbuka. Lontong Goreng adalah hidangan serba boleh kerana ia boleh dihidangkan mengikut cita rasa anda. Boleh tambah sayur-sayuran seperti tauge, sawi hijau, kubis dan sebagainya. Anda juga boleh memilih sama ada udang, daging cincang atau ayam dalam masakan anda. Boleh juga disesuaikan dengan sos dan sambal untuk perasakan Lontong Goreng dengan cara yang anda suka. Jom kita cuba resipi Lontong Goreng yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah
RESEPI LONTONG GORENG@NASI IMPIT GORENG
BAHAN-BAHAN:
Lontong 900 gram (dipotong dadu besar) Udang sederhana (200- 300gram) Isi dada ayam (direbus & dicarik ) 2 sudu besar sos cili – beli online 2 sudu besar sos tomato – beli online 2 sudu besar sos ikan – beli online 3-4 sudu besar kicap manis – beli online Kucai (agak-agak) Kubis dihiris tipis (jika mahu) 4 biji telur 1-2 sudu besar gula – beli online Garam (jika perlu Serbuk perasa ( jika perlu ) Daun sup (bahan hiasan ) Cili merah (bahan hiasan) Daun bawang (bahan hiasan)
BAHAN YANG PERLU DIKISAR:
10-15 batang cili kering ½-1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 2-3 sudu besar udang kering
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak secukupnya. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan udang dan masakkan ia seketika.
3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, kicap, gula, garam dan serbuk perasa (jika perlu) dan gaulkan.
4. Masukkan lontong, kucai, kubis, isi ayam dan telur. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
5. Kemudian taburkan cili merah, daun bawang dan daun sup.