Kari Ayam memang sedap tetapi ada juga yang kurang gemar sajian yang bersantan. Oleh itu, dikongsikan resipi Kari Ayam tanpa santan perkongsian saudari Zurina Zulkefli yang boleh anda cuba. Biasanya kita dengar Kari Ikan tanpa santan je kan? Ni resipi menggunakan ayam pula. Cukup mudah dan tidak renyah. Sangat berbaloi untuk anda cuba.

 

CARA MASAK KARI AYAM TANPA SANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • Potongan ayam bahagian bertulang
  • 3-4 ulas bawang putih – tumbuk  (beli online DISINI)
  • 1 hiris halia – tumbuk (beli online DISINI)
  • 1 tangkai daun kari (beli online DISINI)
  • 1 biji bawang merah (beli online DISINI)
  • 2-3 tangkai cili kering – dipotong (beli online DISINI)
  • 1-2 biji cili hijau kecil
  • 1 batang kulit kayu manis (beli online DISINI)
  • 1 kuntum bunga lawang (beli online DISINI)
  • 2-3 kuntum cengkih (beli online DISINI)
  • 1 biji buah pelaga (beli online DISINI)
  • 1 batang lobak merah – dadu
  • 1-2 biji tomato – dadu
  • 1 sudu teh asam jawa – bancuh dengan air (beli online DISINI)
  • Sedikit biji ketumbar (beli online DISINI)
  • Sedikit jintan manis (beli online DISINI)
  • 1 paket kecil serbuk kari pedas (beli online DISINI)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit (beli online DISINI)
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, halia dan bahan-bahan rempah hingga naik bau wangi.

2. Masukkan bawang merah, cili kering, lada hijau dan daun kari. Kacau sehingga masak.

3. Masukkan tomato dan kacau rata hingga tomato lembik.

4. Bila semua bahan tumis nampak layu sempurna, tuang bancuhan air asam jawa.

IKLAN

5. Sementara itu, tumbuk sedikit biji ketumbar dan sedikit jintan manis hingga lumat.

6. Masukkan serbuk kari pedas, serbuk kunyit, ketumbar dan jintan manis yang ditumbuk tadi.

7. Kacau rata sampai jadi pes rempah yang cantik dan pecah minyak. Bau pun wangi.

8. Masukkan hirisan ayam.

9. Gaul rata hingga ayam bersalut dengan rempah. Biarkan jus pati ayam keluar.

10. Masukkan air kemudian lobak merah. Lagi sedap jika ada ubi kentang.

11. Tutup periuk, biarkan pada suhu api sederhana. Biarkan kari mendidih dan ayam masak dengan sepenuhnya.

12. Tambahkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

Nak beli PERIUK KACA macam dekat atas ni? Pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan jenama.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Ayam Pandan Thai. Sedap, Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Cara Masak Asam Pedas Tenggiri Berempah Stail Orang Melaka

Nampak Biasa Je Tetapi Ini Rahsia Buat Sambal Kicap Jadi Lebih Sedap

Cara Masak Asam Pedas Daging Tetel Yang Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official