Kanak-kanak sukakan ubi kentang goreng. Namun jika beli yang ‘readymade’, biasanya kandungan garam serta lemaknya agak tinggi. Jika anak-anak nak makan hidangan ni setiap hari, pastinya ia boleh menjejaskan kesihatan. Untuk tidak menghampakan permintaan anak, anda boleh cuba hasilkan sendiri kentang goreng homemade ni di rumah. Namun bila buat sendiri, masalahnya ialah kentang yang anda masak akan menjadi lembik walaupun baru je lepas angkat dari dapur. Kecewa kan? Kalau anak-anak cerewet, pasti tak nak makan. Ada petua yang boleh dicuba untuk menghasilkan kentang goreng yang tidak lembik. Anda boleh cuba.
CARA MASAK KENTANG GORENG HOMEMADE YANG SEDAP & TIDAK LEMBIK
1. Pertama, ketika membeli kentang, pilihlah ubi kentang dengan permukaannya yang baik dan licin. Ia menunjukkan ubi kentang ini masih baru, tiak lembik dan segar.
2. Untuk menyediakan kentang goreng, kupas dan potong kentang mengikut saiz yang dikehendaki.
3. Rendam hirisan ubi kentang di dalam air sejuk sekitar 30 minit atau lebih bila perlu. Air sejuk dapat membantu menjaga tekstur ubi kentang saat digoreng nanti.
4. Setelah direndam, angkat kentang dan toskan airnya. Pastikan ubi kentang benar-benar kering atau tidak terlalu banyak air.
5. Kemudian salut nipis dengan tepung jagung. Tepung ini mampu menyerap kelembapan kentang dan kentang akan lebih sedap.
6. Goreng secara ‘deep fried’. Angkat, toskan lebihan minyak dan sedia untuk dinikmati.