Petua Masak Sambal Sotong Jadi Lebih Sedap. Kena Tambah 1 Bahan Ni

Share

Ada macam-macam resipi dan cara nak masak Sambal Sotong. Ada yang guna banyak bahan, ada juga resipinya yang sangat mudah dan ringkas. Yang paling penting, rasanya harus cukup. Ada pedas, ada manis, ada masin dan sedikit masam. Fuhhhh…Pasti terangkat. Hari ini RASA kongsikan resipi Sambal Sotong mudah perkongsian dari saudari Zurina Zulkefli. Cukup ringkas sahaja resipinya. Rencahnya main hiris sahaja tanpa perlu kisar. Tapi lihatlah hasilnya, sangat mengiurkan. Malah beliau juga berkongsi satu petua untuk menyedapkan rasa Sambal Sotong ni. Jom cuba! Boleh dijadikan lauk makan tengahari.

CARA MASAK SAMBAL SOTONG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

Sotong segar secukupnya – bersihkan
2-3 biji bawang merah – hiris beli online disini
2 ulas bawang putih – hiris beli online disini
5 sudu makan cili kering kisar beli online disini
1 sudu teh serbuk kunyit beli online disini
2 keping asam gelugur beli online disini
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan tumis bawang yang telah dihiris tadi hingga naik bau.


2. Kemudian masukkan cili kering kisar. Masak lagi hingga sambal pecah minyak.


3. Masukkan serbuk kunyit. Ia bertujuan supaya rasa sambal jadi lebih sedap.


4. Seterusnya masukkan hirisan sotong. Gaul sebati dan teruskan masak sehingga air sotong keluar. Tidak perlu tambah air.


5. Bila sambal sudah berkuah, masukkan asam gelugur.


6. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.


7. Sambal Sotong paling ringkas siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur