Bila masak sup daging atau tulang terutamanya memang tak dapat elak daripada lemak dan minyak. Bila sup sudah sejuk lagilah ketara.
Tapi ada yang boleh kita lakukan bagi memastikan sup yang dimasak tidak berminyak atau lemak. Caranya cukup mudah, cuma masukkan timun batang.
1. Ketika sup belum mendidih, sediakan sebatang timun. Boleh potong dua jika mahu.
2. Terus masukkan dalam sup yang sedang dimasak. Timun ini berfungsi menyerap minyak dan lemak daripada tulang dan daging.
3. Selepas sup masak, boleh keluarkan timun dari sup. Timun ini boleh dibuang kerana penuh dengan lemak.
Info: Timun yang dimasukkan dalam sup ini akan lembut namun tidak hancur atau menjejaskan rasa sup.
Sumber: Sharifah Norita
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Puas Merendang , Jom Buat Steambot Paling Mudah Tapi Teramatlah Sedap
Dah puas makan lauk berempah, jom kita masak steamboat pulak. Mengenyangkan dan supnya memang sedap dihirup.
Jom tengok resipi perkongsian dari FB: Masak Ape Ye?
STEAMBOT MUDAH
BAHAN-BAHAN :
- 1 pes tom yam
- 1 pes asam pedas | Adabi ada
- 2 kiub ayam
- 1.5 liter air
- 1 peket Mix steamboat
- Sosej secukupnya
- Ikan fuchok goreng secukupnya
- Cendawan enoki/cendawan tiram | secukupnya
- Mi segera
CARA MEMASAK :
1. Rebus air 1.5liter dan masukkan 2 kiub ayam,1 pes tom yam dan 1 pes asam pedas adabi
2. Dah menggelegak, ..campurkan mix steamboat,sosej, ikan fuchok goreng, mi segera dan akhir sekali masukkan cendawan.
3. Dah pun siap. Senang kan
Kredit :
FB : Masak Ape Ye ?
Nasi Pandan Ayam Madu Simple
Nasi Pandan Ayam Madu versi sendiri. Simple & murah je tapi rasa tak mengecewakan. Sesuai sesangat buat untuk makan malam. Anak-anak pasti berebut makan.
NASI PANDAN AYAM MADU SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
NASI:
4 cawan beras ( basuh & tos)
5 cawan air rebusan ayam
3-4 hirisan halia
1 biji bawang besar (belah 4)
2 ulas bawang putih (titik)
2 sudu makan mentega -beli online DI SINI
1 sudu makan cukup rasa
1 sudu teh perasa pandan – beli online DI SINI
Garam secukup rasa
CARA MASAK:
1. Panaskan mentega, tumis bawang, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan air rebusan ayam. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan beras, perasakan dengan garam, perasa pandan (perasa ini warna hijau) , serbuk cukup rasa dan garam secukupnya.
4. Angkat periuk & masukkan ke dalam periuk elektrik. Masak hingga masak.
AYAM MADU:
1 ekor ayam (belah 4)
4-5 hirisan halia
1 biji bawang besar (belah4)
3 ulas bawang putih (titik)
1 sudu makan serbuk cukup rasa
Garam secukup rasa
Air secukupnya.
2 sudu makan madu
2 sudu makan minyak bijan – beli online DI SINI
CARA MASAK:
1. Bersihkan ayam masukkan dalam periuk bersama dengan hirisan halia dan bawang besar dan bawang putih.
2. Perasakan dengan garam secukup rasa.
3 Rebus hingga masak.
4. Setelah masak angkat dan tos. Air rebusan simpan untuk sup dan masak nasi.
5. Potong ayam, masukkan dalam bekas.
6. Minyak bijan campur dengan madu. Kacau rata dan tuangkan atas ayam tadi.
SAMBAL CILI:
5 biji cili merah
4 biji cili padi
1 biji tomato
1 hirisan hala
2 sudu makan cuka
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
CARA MASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam blender, kisar hingga hancur.
2. Kalau pedas sangat tambah gula atau kurang masin tambah sikit lagi garam.
KUAH KICAP:
2 sudu makan sos tiram -beli online DI SINI
2 sudu makan kicap manis -beli online DI SINI
6 susu makan kuah sup.
KUAH SUP:
5 cawan air rebusan ayam
2 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang dan bawang goreng
CARA MASAK:
1. Panaskan sesikit minyak tumis bawang merah & putih hingga wangi.
2. Masukkan air rebusan ayam. Masak hingga mendidih.
3. Perasakan dgn garam dan pati ayam.
4. Setelah cukup rasa. Turup api.
5. Tabur di dlamnya dgn hirisan daun sup dan bawang goreng.
BAHAN SAMPINGAN
Timun (hiris)
Tomato (hiris)
Salad (jika suka)
Tauhu goreng (jika suka)
Tauge tumis sos tiram (jika suka)
Resipi : Syida Yasin
Sup Kaki Dan Leher Ayam, Begini Cara Buat Tumis Darat
Sup ayam, hirup panas-panas memang sedap untuk memanaskan badan. Kali ini, kita buat sup kaki dan leher ayam. Buat cara tumis darat. Memang terasa aroma bawang gorengnya. Sedap dimakan dengan nasi, bihun atau mi. tambahkan sambal kicap. Memang bertambah-tambah jadinya.
Ikuti cara membuat Sup Kaki dan Leher Ayam Tumis Darat hasil perkongsian daripada Min Meena Manjalara ini. Memang sedap!
SUP KAKI DAN LEHER AYAM TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
Kaki & leher ayam secukupnya
4 ulas bawang kecil (dimayang)*
2ulas bawang putih (dimayang)*
2 inci halia (dihiris nipis)
1 paket kecil serbuk sup – Boleh beli online di sini
1 paket sup bunjut – Boleh beli online di sini
2 biji kentang (dipotong 6)
1 batang lobak merah (dipotong pensel)
2 ulas bawang merah, putih & halia (untuk direbus bersama kaki ayam)
Air secukupnya
3 kiub pati ayam – Boleh beli online di sini
2 keping asam keping
Akar daun ketumbar
Sedikit hirisan cendawan hitam
Batang saderi
CARA MEMASAK:
Rebus kaki dan leher ayam bersama kentang, lobak merah, sup bunjut, serbuk sup, akar daun ketumbar, batang saderi, bawang putih, bawang merah dan halia.
Setelah empuk semua bahan, baru masukkan perasa dan hirisan cendawan.
Kemudian, tumis bawang merah dan bawang putih untuk dimasukkan ke dalam sup yang telah mendidih tadi. Ini yang dinamakan tumis darat.
Masukkan tumisan bawang tadi ke dalam sup.
Siap untuk dimakan bersama nasi / bihun/ mi. Jangan lupa sambal kicap dan hirisan daun bawang/ sup/ ketumbar serta bawang goreng. Ada bergedil lagi sedap.
Kredit: Min Meena Manjalara
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official