Makan

Petua Masak Sup Daging Atau Tulang Supaya Tiada Lemak Atau Berminyak Walau Dah Sejuk

Share

Bila masak sup daging atau tulang terutamanya memang tak dapat elak daripada lemak dan minyak. Bila sup sudah sejuk lagilah ketara.

Tapi ada yang boleh kita lakukan bagi memastikan sup yang dimasak tidak berminyak atau lemak. Caranya cukup mudah, cuma masukkan timun batang.

1. Ketika sup belum mendidih, sediakan sebatang timun. Boleh potong dua jika mahu.

2. Terus masukkan dalam sup yang sedang dimasak. Timun ini berfungsi menyerap minyak dan lemak daripada tulang dan daging.

3. Selepas sup masak, boleh keluarkan timun dari sup. Timun ini boleh dibuang kerana penuh dengan lemak.

Info: Timun yang dimasukkan dalam sup ini akan lembut namun tidak hancur atau menjejaskan rasa sup.

Sumber: Sharifah Norita

 

IKLAN