Petua Masak Sup Ikan Supaya Tak Hancur & Sambal Kicap Sedap

Share

Hari ini kita masak yang ringkas tapi gerenti bertambah makan. Sup ikan siapa sahaja tidak menyukainya. Petua nak masak sup ikan jangan bagi hancur.Masakkan kuahnya dulu. Dah menggelegak,baru masukkan ikan. Jangan asyik godak je,nanti ikan hancur..

Sup ikan

Bahan-bahan:

  • Ikan merah
  • Bawang kecil
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kayu manis
  • Garam
  • Daun sup
  • Lobak
  • Air secukupnya
  • 3 sudu minyak masak

Cara memasak:

1.Masukkan minyak,masukkan kayu manis.

2.Tumbuk bawang merah,bawang putih,halia.Tumiskan sampai naik bau.

3.Masuk garam,masukkan air.Biarkan menggelegak. Kemudian baru masukkan ikan. Jangan dibalik-balikkan, nanti hancur.

4.Kemudian masukkan lobak dan daun sup.

Sambal kicap

Bahan-bahan:

  • Lada api
  • Bawang putih
  • Kicap masin
  • Gula
  • Limau nipis

Cara membuat:

1.Lada api,bawang putih ditumbuk.

2.Masukkan kicap jalen masin dan gula

3.Perahkan limau.Kulit limau dihiris halus.Masukkan sekali dalam sambal tu.Tumbuk lagi sedap dari dikisar.

Kredit: Annida Ammar

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri