BAHAN-BAHAN:
- Cili Kering
CARA-CARA:
1. Ambil beberapa biji cili dan gesel menggunakan tangan sehingga anda merasakan biji cili sudah lerai dari tangkainya.
2. Potong cili menggunakan gunting dan masukkan air.
3. Toskan potongan cili dan kisar seperti biasa. Hasilnya masakan sambal anda akan bebas biji cili.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tangan Kuning Kena Kunyit, Ini Tip Mudah & Cepat Untuk Hilangkannya
Tangan kuning kena kunyit perkara biasa bagi wanita yang selalu memasak di dapur. Nak buat ikan atau ayam goreng kenalah menggaul dengan tangan, tak feel kalau guna sudu.
Tangan kuning ini biasanya walau dibilas dengan air dan guna sabun kesan kuning ini susah hilang. Kalau duduk di rumah saja tak mengapalah, tapi jika selepas memasak nak keluar atau bekerja dengan tangan kuning segan pula. Supaya kesan kunyit cepat tanggal boleh guna cara yang dikongsi oleh Wawadels.
1. Lemon/limau
Ini cara paling berkesan untuk hilangkan kesan kunyit dengan cepat. Boleh gosok sepotong lemon atau limau pada tangan. Kemudian, cuci dengan sabun tangan dan bilas seperti biasa.
2. Cuka
Boleh juga cuci mengunakan sedikit cuka yang dicampur dengan sabun. Ini kerana cuka bersifat asidic sama seperti limau.
3. Minyak zaitun / minyak kelapa
Gosokkan minyak zaitun atau minyak kelapa pada tangan dan biarkan sebentar sebelum mencuci dengan sabun dan air.
4. Garam dan minyak
Campurkan garam dengan minyak dan gunakan campuran ini sebagai pembersih. Gosokkan campuran tersebut pada tangan dan bilas dengan air.
5. Baking soda
Gunakan baking soda dan lumurkan pada tangan yang ada kesan kunyit. Tip ini mampu kurangkan kesan kuning tetapi masih belum hilang sepenuhnya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Wawadels
Petua Simpan Limau Kasturi Agar Tak Busuk & Tahan Lama.
Limau kasturi ni memang sedap dan banyak guna. Sesuai jika digunakan untuk jus, sambal belacan dan sebagainya. Namun andai dibeli, dalam 1 paket ada banyak biji. Mustahil boleh habis guna dalam masa sehari. Baki buah yang tinggal jika dibiar, lama kelamaan limau kasturi akan jadi kecut dan busuk. Hmm…rugi-rugi. Tapi ada cara bijak untuk simpan limau kasturi perkongsian saudari Siti Fatimah Abas yang anda boleh cuba. Moga bermanfaat.
CARA SIMPAN BUAH LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN:
- Limau Kasturi
- Tapis
- Bekas ais
CARA-CARA:
1. Bersihkan buah limau dan potong dua.
2. Perah dan tapis bagi mengasingkan bijinya.
3. Setelah habis diperah, sudukan jus limau tadi ke dalam bekas ais.
4. Simpan dalam peti sejuk beku semalaman hingga betul-betul beku.
5. Kemudian bolehlah dikeluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
6. Jika nak guna, ambil 1-2 kiub limau kasturi dan masukkan ke dalam masakan, minuman ataupun sambal belacan.
7. Selamat mencuba!
Kredit petua & foto: Siti Fatimah Abas
Kunyit, Halia, Lengkuas dan Serai Cepat Kering? Cuba Ikut Petua Ni. Sebulan Simpan Pun Masih Segar.
Bahan-bahan memasak seperti lengkuas, kunyit, halia dan serai sememangnya digunakan setiap hari dalam masakan namun bukanlah dalam kuantiti yang terlalu banyak. Jika disimpan lama, ia akan menjadi kecut dan kurang enak untuk dimasukkan ke dalam masakan. Dah membazir kan? Jom cuba petua bagi mengekalkan kesegaran serai, halia, lengkuas dan kunyit perkongsian dari saudari Myna AR ini. Semoga bermanfaat!
BAHAN-BAHAN:
- Serai
- Lengkuas
- Kunyit
- Halia
- Bekas berpenutup
- Air bersih
CARA-CARA:
1. Bersihkan bahan-bahan masakan diatas. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan air bersih dengan secukupnya. Tutup bekas.
3. Simpan di dalam peti ais. Tukar air dua minggu sekali. Hasilnya, bahan masakan anda akan kekal segar dalam tempoh masa yang lama.
Kredit gambar & petua: Myra AR via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)