Buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk. Oleh itu anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan wax tersebut. Namun ada cara mudah yang dikongsi oleh saudari Azleen Azlinda yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
Ads
Anggur
Tepung gandum secukupnya
CARA-CARA:
1. Masukkan anggur ke dalam bekas yang bersesuaian.
2. Taburkan tepung gandum dengan secukupnya. Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.
Ads
3. Bilas dengan air bersih. Hasilnya buah anggur anda akan lebih bersih dan berkilat.
Ads
Kredit Info & Foto: Azleen Azlinda via Masak Apa Hari Ni ( MAHN)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Minyak bekas gorengan biasanya kita buang ataupun dijual. Tapi ada lagi cara yang boleh kita gunakan dengan bahan terbuang ini terutama jika di dapur atau dalam rumah ada banyak masalah lipas.
Daripada beli produk khas untuk hapus haiwan ini, kita sebenarnya boleh gunakan minyak terpakai untuk menjadi perangkap lipas yang berkesan.
Tip ini dikongsi oleh Melizah21 melalui akaun Instagram beliau. Melihat kepada hasil tip yang dipraktikkan memang menjadi. Berikut cara yang perlu dilakukan.
1. Letak minyak masak terpakai dalam bekas
2. Kemudian letak di tempat yang banyak lipas. Biarkan beberapa hari di situ.
3. Selepas beberapa hari boleh lihat akan bekas berisi minyak terpakai ini penuh dengan lipas yang mati.
Bila tiba Aidilfitri, hidangan nasi antara menu istimewa yang wajib ada bagi menyambut kedatangan para tetamu. Antara yang popular ialah Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak, Briyani, Nasi Arab dan banyak macam lagi. Untuk menyediakan nasi yang cantik, penggunaan beras Basmathi amat digalakkan.
Ini kerana beras ini tidak mudah patah dan enak. Namun untuk memasak, caranya sedikit berbeza dari beras biasa. Bagi yang pertama kali mencuba, pasti agak was-was dan ada kalanya beras yang dimasak tidak menjadi elok seperti diharapkan.
Untuk mendapatkan nasi basmathi yang lembut, berderai cantik dan tidak berketul, cara-caranya mudah sahaja:
CARA ASAS MASAK NASI GUNA BERAS BASMATHI
1. Sukat beras mengikut jumlah yang anda ingini. Basuh bersih dan toskan airnya.
2. Masukkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk nasi.
3. Masukkan air pada nisbah 1: 1.5. Maksudnya jika anda masak 1 cawan beras, tambahkan 1.5 cawan air. Rendam selama 30 minit.
4. Masukkan periuk ke dalam bekasnya dan masak seperti biasa. Anda pasti kagum dengan hasilnya. Untuk masak aneka nasi bertumis, ikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam resipi.
Info: Pastikan cawan yang digunakan untuk menyukat beras adalah sama dengan cawan yang digunakan untuk menyukat air.
Ramai yang suka kulit ayam yang digoreng rangup. Tapi ramai terpaksa menutup mata kerana risau akan kandungan lemaknya. Tapi korang tahu tak? Sebenarnya kulit ayam sangat sedap sebagai kudapan ringan yang rangup. Nak tau macam mana cara membuatnya, korang ikut je cara ini:-
ASINGKAN LEMAK DARI KULIT AYAM
Untuk mendapatkan kulit ayam yang rangup, korang perlu buang semua lemak yang ada pada kulit ayam. Malah lemak ini juga punca kulit ayam tidak menjadi rangup, dengan membuang lemak ia juga boleh mencegah kulit ayam dari berbau tengik.Salah satu cara mudah membuang lemak adalah dengan mengukus kulit ayam sekejap supaya lemak keluar, kemudian baru digaul dengan perencah sebelum sedia digoreng.
REDAM DENGAN AIR KAPUR:
Merendam kulit ayam dengan air kapur juga boleh menjadikan kulit ayam lebih rangup selepas digoreng. Apa yang korang perlu lakukan, larutkan air kapur dalam air kemudian tunggu hingga kapur mendap. Ambil airnya dan rendam kulit ayam lebih kurang satu jam, baru bilas di bawah air mengalir hingga bersih.
PERASAKAN DENGAN LADA SULAH DAN GARAM:
Sebenarnya tanpa perencah, kulit ayam yang digoreng tetap sedap, tetapi dengan tambahan sedikit lada sulah dan garam saja pun sudah cukup, tapi untuk lebih sedap boleh tambahkan serbuk bawang putih. Atau korang boleh saja gunakan tepung perencang segera yang ada dijual di pasaran sekarang.
CELUP DALAM PUTIH TELUR:
Setelah kulit ayam digaul dengan perencah, celupkannya kulit ayam dalam putih telur yang telah dikacau. Kemudian letakkan dalam pinggan atau dulang, kalau kulit ayam banyak buat sikit-sikit, tujuannya supaya putih telur hanya sekadar melapisi kulit ayam sahaja.
LAPISI DENGAN TEPUNG BERAS:
Selepas semua kulit ayam dilapisi dengan putih telur, ia perlu dilapisi pula dengan tepung beras, tujuannya supaya kerangupannya tahan lebih lama. Oleh itu taburkan atau ayak tepung beras di atas kulit telur, pastikan tepung sekadar melapisi kulit ayam sahaja, tidak berketul atau terlalu banyak.
GORENG MENGGUNAKAN MINYAK BANYAK:
Adalah penting korang pastikan minyak untuk menggoreng banyak, supaya kulit yang digoreng terendam dalam minyak yang betul-betul panas. Dengan minyak banyak dan menggunakan kepanasan tinggi ia mencegah kulit ayam dari hangus dan membantu masak sekata, tidak berminyak dan rangup dengan sempurna. Sentiasa balik-balikkannya sehingga kulit ayam bertukar warna kuning keemasan.
Macam mana? Rasa tak sabar nak buatkan. Kalau ikut cara ini pasti kulit ayam yang korang goreng akan menjadi rangup, sedap dan paling penting tidak berlemak. Jadi korang makan tanpa rasa bersalah dek kerana lemak yang menempel pada kulit ayam ye…