
Tahukah anda, cara pengambilan makanan yang tidak sihat, merokok, kurang melakukan aktiviti senaman, berat badan berlebihan, faktor usia, keturunan adalah punca kolesterol tinggi dalam darah kita.
Kolesterol tinggi sebenarnya sangat merbahaya kerana ia secara tidak langsung memberi kesan terhadap kesihatan jantung kita. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, jom kita cuba dulu petua ini. Mencegah lebih baik dari merawat, kan? In Sha Allah berkesan, selamat mencuba ya..

BAHAN-BAHAN
- 3 ulas bawang putih – buang kulit
- 3-5 biji kurma – buang biji
- 2 biji lemon – kisar bersama kulit
- 1 biji timun
- 2 cawan air zam-zam /air mati (air mati – air panas yg dah sejuk)
CARA PENYEDIAAN
Semua bahan-bahan diatas di kisar halus, diminum bersama-sama hampas pada waktu pagi, tengahari dan malam.


Kredit: Ainasar Azizah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Air Basuhan Beras & Ikan Jangan Buang. Inilah Rahsia Pokok Cili Lebat, Sedulang Hasilnya!

Kalau tanam pokok cili di rumah, selepas basuh beras dan ikan, airnya jangan dibuang. Boleh digunakan untuk siraman pokok cili pula.
Sebab khasiat dua air ini untuk pokok cili memang guna. Kalau diamalkan sekali petik boleh dapat sedulang hasilnya. Petua inilah yang diamalkan oleh So Na Ta untuk tanaman cili di rumah.
Bagi yang tanam pokok cili di rumah, elok jika praktikkan petua yang dikongsi beliau supaya meriah hasilnya. Daun dan cili macam sama banyak.

Petuanya mudah saja;
1. Simpan air basuhan ikan (air basuhan pertama dan kedua) dan siram pada pokok cili.
2. Siram juga pokok dengan air beras.
3. Dua minggu sekali letak baja organik.

Mudah saja kan!
Selamat mencuba!
Sumber: So Na Ta via Berkebun D Rumah
7 Cara Untuk Bersihkan Kulit Kerang. Memang Bersih Jadinya.

Kerang berkulit yan g dibeli di pasar, harus dicuci bersih terlebih dahulu sebelum dimasak. Ini kerana terdapat banyak lumpur dan kotoran yang melekat. Jika tidak dicuci bersih, dibimbangi akan menjadi punca kepada masalah sakit perut, cirit birit dan sebagainya.
Kerang ni bukan senang nak cuci. Kotoran dikulitnya juga agak degil untuk tanggal. Oleh itu ada beberapa cara yang boleh dicuba untuk membersihkan kerang ni. Antara cara yang boleh dicuba ialah dengan menggunakan:
1.Serai

Ketuk beberapa batang serai dan masukkan ke dalam bekas berisi kerang. Isikan air sama paras dengan kerang dan gaul berkali-kali bersama dengan serai tadi. Biarkan selama 20 minit. Toskan air dan bersihkan.
2. Hampas kelapa
Hampas jkelapa jangan dibuang begitu sahaja. Ia boleh digunakan untuk membersihkan kerang. Caranya ialah gaul kerang dengan hampas kelapa. Biarkan selama 1 jam. Lebih banyak hampas digunakan, lebih mudah kulit kerang dibersihkan.
3. Daun ubi

Mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun ubi dan carik-carikkan. Kemudian ramas di dalam bekas berisi kerang.
4. Daun betik
Sama juga seperti menggunakan daun ubi. Ramas daun betik dan rendam seketika. Hasilnya kerang akan menjadi bersih.
5. Garam

Masukkan garam kasar ke dalam besin berisi kerang. Tambahkan air dan rendam selama 30 minit dan bilas bersih. Hasilnya isi kerang tidak berlumpur dan bersih. Sebaiknya guna karam kasar.
6. Pelepah pisang
Cara ini berkesan untuk membersihkan kulit kerang yang kotor. Ambil pelepah pisang dan buang daunnya. Hanya ambik batang pelepah sahaja. Jika panjang, potong 2 bahagian. Masukkan kerang ke dalam besin dan sental kerang. Ulang langkah yang sama sehingga kulit kerang kelihatan bersih.
7. Asam keping

Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam rendaman kerang. Biarkan selama 1 jam dan bilas hingga bersih.
5 Tip Pilih Kelapa Muda Banyak Air Dan Elok Isinya. Cubalah Resipi Ni Sekali..

Tengah panas terik minum air kelapa muda memang menyamankan. Dapat pulak hirup isinya sekali, memang puas rasanya.
Tapi kesedapan air kelapa muda dan isinya ini bergantung kepada kualiti buah kelapa yang dipilih. Kalau tersalah pilih memang ke laut lah hasilnya. Kelapa muda yang elok tekstur isinya lembut dan tidak keras serta mempunyai kandungan air yang agak banyak.

Di sini min kongsikan 5 perkara yang perlu diperhatikan apabila membeli atau memilih kelapa muda yang berkualiti.
1. Warna Kulit

Ramai yang menganggap kelapa muda harus berwarna hijau keseluruhannya. Padahal warna buah kelapa sebenarnya dipengaruhi oleh tempat tumbuhnya. Kelapa yang tumbuh di kawasan pantai biasanya berwarna agak kekuningan, manakala di kawasan berbukit bukau berwarna hijau muda. Dikatakan kelapa yang tumbuh di kawasan berbukit lebih banyak dan isinya lebih manis.
2. Serat Kelapa

Selain mengelakkan daripada memilih kelapa berwarna coklat tua, pastikan kelapa yang dipilih ada serat berwarna perang di bahagian luarnya. Serat berwarna perang menunjukkan ia masih dalam keadaan segar dan muda.
3.Tangkai Kelapa

Jika anda perhatikan di bahagian pangkal atass kelapa terdapat lingkaran atau kelopak yang bersambung dengan bahagian tangkainya. Lingkatan pada hujung tangkai itu menandakan usia kelapa. Jika kelapa muda biasanya memiliki garis pusat lingkaran yang tidak terlalu lebar. Tetapi kelapa tua pula kelopak lingkarannya sangat lebar.
4. Kandungan Air

Kalau nak tahu kandungan air dalam kelapa, senang aje goncang-goncangkan buahnya. Kelapa muda sudah pasti kandungan airnya banyak, jadi sikit atau banyaknya boleh diagak melalui bunyi airnya bila digoncang.
5. Isi kelapa

Tesktur dan rasa isi kelapa yang manis memang sedap. Nak tahu kelapa yang memiliki isi yang tipis lembut dan muda, cubalah menepuk-nepuk buah kelapa tersebut. Kalau terasa bergetar tandanya isinya elok dan lembut dan mudah disudukan
Sumber : Kumparan.com
Di bawah ni min kongsikan resipi menggunakan air kelapa muda dan isinya. Resipi dari perkongsian Mat Gebu yang popular dari lamannya tiffinbiru.com
AGAR-AGAR PANDAN KELAPA MUDA

BAHAN-BAHAN :
- 600 ml air kelapa muda dari 2 biji kelapa muda * tambah air mineral jika kurang
- Isi kelapa muda secukupnya
- 5 gram serbuk agar-agar
- 2 camca besar gula * ikut tahap kemanisan yang anda suka
- 1 helai daun pandan.disimpul
- 3-4 titik pewarna hijau makanan
CARA MEMBUATNYA :
1. Sediakan acuan kegemaran anda. Isi kelapa muda dipotong kecil dan masukkan ke dalam acuan. Ketepikan.
2. Dalam periuk masukkan serbuk agar2, gula dan daun pandan. Tuang air kelapa tadi dan kacau hingga rata.
3. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan gula larut. Masukkan pewarna hijau makanan, kacau hingga rata.
4. Tapis bancuhan agar-agar dan boleh tuang ke dalam bekas yang berisi isi kelapa muda tadi. Biarkan hilang wap panas dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan dingin sebagai pencuci mulut.

