Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu?
Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.
Kiraan asas jumlah AIR vs berat AGAR-AGAR:
10gm agar-agar = 1 liter air
Ads
Jika anda guna AGAR-AGAR SERBUK:
13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air
Andai guna AGAR-AGAR BERTALI:
kredit foto: https://loveisinmytummy.com
Ads
25gm agar-agar = 2.5 liter air
30gm agar-agar = 3 liter air
Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba!
Cili kering ni ada dua jenis. Yang licin dan keriting berkedut. Kalau nak tahu yang licin tu lagi ekstra pedas. Apa pun jenis cili kering yang anda pilih, biji cili tu elok diasingkan.
Kalau tak dibuang atau dikurangkan bijinya, alamat pedas menyengat jawabnya. Jom tengok teknik mudah nak asingkan biji cili kering ni seperti yang dikongsikan oleh No Or
1. Gunting serong cili.
2. Pastikan cili terbelah dua.
3. Gunting dalam bekas yang kering
4. Dah habis proses gunting, masukkan kesemua cili yang digunting tadi ke dalam plastik bag dan ikat.
5. Goncang dan ramas ramas beg plastic dari luar, ulang beberapa kali
6. Buka ikatan plastic dan mula asingkan biji cili
7. Bolehlah direbus
8.Cili yang siap direbus, Nampak tak kan dah kurang bijinya tu
Anda yang suka makan ulam mahupun salad segar dari sayur-sayuran dan buah-buahan mentah, wajib baca info ni ye. Walaupun ada sebahagiannya lebih baik diambil mentah tetapi kena ingat ada beberapa jenis darinya berbahaya jika tidak dimasak lebih dahulu.
Nak tahu, ini antaranya:
Kentang
Kentang adalah sayuran ubi yang popular dijadikan sebagai hidangan makanan ringan. Tetapi mengambil kentang mentah boleh menyebabkan kembung, gangguan penghadaman, sakit kepala dan mual. Kerana kentang mentah mengandungi racun Solanian. Sebaiknya rebus, panggang atau masak kentang adalah cara terbaik jika ingin memakannya.
Kekacang
Kacang merupakan makanan sangat sihat dan kaya dengan sarat, protein dan antioksidan. Tetapi jika diambil mentah ia boleh sebabkan anda berasa sakit perut dan mungkin muntah atau cirit birit. Ini kerana sebahagian kekacang mengandungi enzim yang menyebabkan gangguan pencernaan.
Brokoli
Brokoli adalah sayuran yang kaya nutrisi dan kaya dengan manfaat kesihatan. Namun, brokoli mentah mengandung gula yang sukar dicerna dan boleh menyebabkan masalah penghadaman. Gula dalam brokoli ini akan lebih mudah dicerna jika dimasak terlebih dahulu.
Cendawan
Cendawan jika dimakan mentah, ia dibimbangi masih mengandungi mikroorganism yang boleh menyebabkan sakit perut dan keracunan makanan. Oleh itu wajib masak cendawan sebelum memakannya.
Ok, dah tahukan, jadi masak dulu makanan ini sebelum dimakan untuk mengelakkan risiko keracunan . Semoga info ini bermanfaat untuk semua.
Kebanyakan makanan laut seperti udang dan sotong kecut bila dimasak. Tak berbaloi rasanya bila masak dalam kuantiti banyak tapi hasil selepas masak jadi sebaliknya. Contohnya sotong, masa beli 1 kg, nampak banyak. Tapi bila dimasak, dapat satu pinggan je. Aduhai…Namun sebenarnya ada petua yang boleh dicuba untuk elak sotong kecut semasa dimasak. Mudah je. Puan-puan boleh cuba.
PETUA ELAK SOTONG KECUT SEMASA MASAK
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong segar
1 cawan air
2 sudu makan cuka
CARA-CARA:
1. Bersihkan sotong dan masukkan ke dalam bekas.
2. Tuang air dan cuka. Gaul rata. Biarkan selama 5 minit.
3. Kemudian toskan air sotong tadi.
4. Sedia untuk dimasak mengikut resipi kegemaran masing-masing. Hasilnya sotong yang dimasak akan jadi lembut, tidak terlalu kecut dan sedap.
RESIPI SOTONG SUMBAT PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong
20gm bawang putih | dikisar
15gm halia | dikisar
3 biji cili padi | dikisar
10gm garam
5gm serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan perasakan dengan garam serta serbuk kunyit.
Kemudian perapkan bersama bahan-bahan yang telah dikisar.
Oles sedikit minyak pada pemanggang dan panggang sotong sehingga masak.
Angkat dan bolehlah dinikmati mengikut cita rasa anda.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!