Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu? Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.
KIRAAN ASAS JUMLAH AIR VS BERAT AGAR-AGAR:
- 10gm agar-agar = 1 liter air
JIKA GUNA AGAR-AGAR SERBUK:
- 13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air
ANDAI GUNA AGAR-AGAR BERTALI:
- 25gm agar-agar = 2.5 liter air
- 30gm agar-agar = 3 liter air
Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba!
Kredit petua: Diana Ana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Fakta Sihat & Cantik Kacang Walnut. Cubalah England Walnut Pie Ni.
Hebat sungguh khasiat kacang walnut ni. Walnut mengandungi anti oksidan dua kali lebih banyak daripada jenis kacang lain. Anti oksidan pada walnut memiliki manfaat 15 kali lebih besar berbanding vitamin E .
Anti oksidan dalam walnut mampu melindungi tubuh daripada kerosakan akibat bahan-bahan kimia yang menyebabkan penyakit. Jom semak apa lagi manfaat kesihatan yang terdapat pada walnut…
1. Memelihara Jantung
Selain kaya antioksidan, walnut juga kaya dengan asid lemak omega 3 yang meningkatkan jumlah kolesterol baik dalam tubuh dan menyingkirkan kolesterol jahat. Sengenggam walnut boleh mengelakkan daripada penyakit jantung, stroke, atau penyakit jantung koroner.
2. Mengurangkan keradangan
Walnut juga diketahui mampu mengatasi penyakit keradangan seperti asma, psioriasis, eczema, atau arthtritis.
3. Meningkatkan pertahanan badan
Anti oksidan yang ada dalam walnut membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melindungi tubuh dari proses penuaan, kanserr, dan penyakit saraf.
4. Membuat kulit sihat bermaya
Kandungan omega-3 pada walnut juga menguatkan membran sel kulit, mengunci kelembaban, dan nutrisi di dalamnya yang boleh menyihatkan kulit dan mengeluarkan racun dari sel kulit. Walnut juga boleh melindungi kulit dari kekeringan. Ia juga digunakan dalam bahan aroma terapi, dan produk kosmetik.
5. Kehamilan
Wanita hamil disyorkan memakan walnut. kandungan vitamin B kompleks yang tinggi serta vitamin lain seperti folat, riboflavin, thiamin, dan lainnya sangat diperlukan oleh ibu hamil.
6. Kaya mineral
Walnut mengandung banyak memerulkan mineral seperti mangan, potassium, kalsium, besi, magnesium, dan tembaga. Mineral ini juga baik untuk untuk perkembangan sperma lelaki.
7. Melawan sembelit
Walnut juga baik untuk sistem penghadaman dan boleh untuk mengatasi masalah konstipasi atau sembelit.. Memakan walnut secara teratur dan makanan kaya lemak lainnya akan menjauhkan anda daripada sembelit.
8. Mencantikkan rambut
Walnut adalah makanan berkhasiat untuk rambut sihat, ia kaya dengan biotin. Biotin adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk menguatkan rambut, meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah kerontokan. Kurangnya biotin selalu dikaitkan dengan rambut rontok atau patah.
9. Makanan Diet
Sedang berdiet? Anda disyorkan menambahkan walnut dalam makanan diet anda. Kacang ini memiliki kolesterol rendah. Namun ingatwalnut juga tinggi kalori yang tidak boleh dimakan terus menerus atau berlebihan. Pastikan hanya menambahkan sekitar 1.5 auns pada menu diet .
Dah tahu khasiatnya jom kita buat pie berasaskan inti walnut seperti yang dikongsikan resipinya: allrecipes.com
ENGLISH WALNUT PIE
BAHAN-BAHAN
- 3 biji telur
- ¼ sudu teh garam
- ¾ cawan gula halus
- 2 sudu teh ekstrak vanilla
- ¾ cawan sirap jagung
- 1 cawan walnut cincang
- ¼ cawan mentega
- 23 sm kulit pie
Bahan kulit pie:
(saiz besar, 23 sm)
- 1 cawan tepung
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 cawan mentega (beku terus dari peti ais ye)
- 4 sudu besar air ais sejuk
CARA MEMASAK :
Cara buat kulit pie :
1. Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan butter dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jgn lama sangat, cukuplah sehingga butter tu bergaul dengan tepung.
2. Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehingaga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk
3. Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.
Resipi kulit pie :www. enyabdullah.com
Cara memasak inti :
1. Panaskan oven suhu 205 darjah celcius
2. Pukul telur dalam mangkuk besar. Masukkan gula, garam vanilla dan sirap jagung hingga sebati.
3. Cairkan mentega dan masukkan ke dalam adunan telur tadi, kacau.
4. Masukkan walnut dan kacau
5. Tuangkan inti ke dalam kulit pie
6. Bakar selama 10 minit, kemudian kurangkan ke suhu 150 darjah Celcius.
7. Teruskan membakar selama 35 min hingga 45 minit.
Kredit foto & resipi : www.allrecipes.com
5 Panduan Membeli-Belah Barangan Dapur Agar Bajet Tak Lari
Bila tibanya waktu gaji, pasti ramai yang berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah terutamananya barangan dapur. Namun ada ketikanya terlebih bajet juga dibuatnya. Maklumlah, setiap lorong yang dilalui, ada tertera barangan harga diskaun dan harga murah. Memang goyah iman! Kadang kala, barangan yang tak perlu pun kita ‘terbeli’ dek terpengaruh dengan label ‘berhantu’ ni. Bila pulang ke rumah, datang pula rasa menyesal sebab dah ‘over spend’ duit untuk bulan ni.
Jadi untuk mengelakkan masalah ini terjadi, kami kongsikan 5 panduan yang boleh dicuba tatkala keluar membeli belah barangan dapur anda. Moga bermanfaat!
1. Buat Anggaran Belanjawan Bulanan
Pertama, sebelum berbelanja barang dapur, tentukan anggaran belanjawan yang anda perlu keluarkan untuk bulan tersebut. Mungkin setiap bulan, jumlahnya berbeza bergantung kepada situasi.
Sebagai contoh, bulan November anda dan keluarga setiap masa berada di rumah. Jadi, perbelanjaan barang dapur yang perlu dibeli adalah RM300. Bulan DIsember pula, 2 minggu anda dan keluarga bakal pergi bercuti. Jadi, perbelanjaan boleh dikurangkan dan begitulah seterusnya. Lebihan duit tersebut boleh digunakan untuk menampung bahagaian-bahagian perbelanjaan lain atau disimpan.
2. Bawa Duit Cukup-Cukup
Jika ke pasaraya dan bawa wang tunai dengan banyak, memang berbahaya. Selain risau disamun atau dirompak, anda juga mempunyai potensi untuk berbelanja lebih dengan membeli barangan yang tidak sepatutnya. Biasanya, bila dah dapat gaji, anda akan mengasingkan siap-siap duit belanja dapur dan lain-lain. Jadi, bawa sahaja wang yang telah diperuntukkan itu. Barulah anda akan membeli belah dengan lebih berhati-hati.
3. Kunjungi Kedai Yang Paling Banyak Beri Keuntungan
Terdapat banyak tempat membeli barangan dapur yang anda boleh tuju dan setiap satu daripadanya pasti ada cara tertentu untuk menarik pelanggan datang. Pilihlah pasaraya yang paling banyak memberi manfaat pada anda seperti menawarkan harga barangan runcit pada harga borong, mata ganjaran dalam setiap pembelian dan sebagainya.
4. Beli Secara Online
Membeli-belah di hujung jari. Kini ada banyak pasaraya yang menawarkan perkhidmatan belian secara online serta perkhidmatan penghantaran. Oleh itu, anda boleh menggunakan kemudahan ini untuk membeli belah barangan keperluan dapur anda. Sangat sesuai digunakan oleh kaum-kaum ibu yang sibuk bekerja. Boleh jimat masa dan minyak kereta.
5. Bawa senarai semak bercetak
Amalkan kaedah membawa senarai semak setiap kali keluar membeli barangan dapur. Hanya beli barangan yang tertera sahaja supaya jumlahnya cukup-cukup dengan duit yang dibawa. Selain mengelakkan anda berbelanja lebih, ia juga membantu anda supaya tidak perlu ulang-alik ke pasaraya beberapa kali kerana ada barang yang terlupa dibeli.
Kaedah ini juga sangat bagus kerana ia juga boleh membantu anda merekod barangan apa yang telah dibeli. Kadang-kala kita lupa barangan yang ada kerana tersorok di dalam kabinet. Bila dah jumpa, rupanya dah tamat tempoh. Rugi tu.
Selamat mencuba! Jika info ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan anda juga.
Panduan Sukatan Untuk Memasak Nasi Lemak Dalam Jumlah Yang Banyak.
Oleh: Editorial RASA
Tarikh: 20 Julai 2017
Kalau ada yang nak menjamu tetamu makan nasi lemak,mesti teragak-agak nak masak berapa banyak. Risau jumlahnya berlebih atau terkurang. Jika lebih sedikit, tidak mengapa. Jika terlalu banyajk, membazir pula. Berikut adalah sukatan bahan untuk memasak nasi lemak yang boleh dinikmati tetamu anggaran 30-40 orang dan juga 55-60 orang.
BAHAN-BAHAN ( Sukatan: 30-40 orang makan)
- 3kg beras
- 1kg santan
- 3 liter air
- 3 sudu besar garam
- Daun pandan secukupnya
BAHAN-BAHAN: (Sukatan : 55-60 orang makan)
- 5 kg beras
- 1 1/2 kg santan
- 5 liter air
- 5 sudu besar garam
- Daun pandan secukupnya
Kredit panduan & gambar: Fazniza Razali via MAHN