Masak nasi terutamanya jika guna beras tempatan, sukatan air mesti cukup-cukup. Tak boleh lebih, tak boleh kurang. Tapi kadang-kala terjadi juga masalah masak nasi terlebih air ni. Selalunya ia akan berlaku jika anda tukar jenama beras, masak sambil fikir benda lain atau minta anak-anak atau suami yang tolong jerangkan. Kalau ia terjadi, alahai…Kecewanya.
foto: thespruce.com
Bercakap mengenai nasi lembik ni, kalau boleh memang nak elak dari terjadi sebab ada sesetengah dari kita boleh je makan nasi begini tetapi ada yang kurang suka. Malah kalau nak buat nasi goreng pun, memang tak sedap kalau guna nasi macam ni. Oleh itu, jika anda berhadapan dengan masalah sebegini, ini petua yang boleh dicuba.
Ads
PETUA GEBUKAN KEMBALI NASI YANG LEMBIK
Ads
Buka periuk nasi dan masukkan dua biji telur yang telah dibasuh kulitnya. Kemudian tutup penutup dan biarkan seketika anggaran 10-15 minit.
Ads
Buka kembali periuk dan hasilnya nasi anda akan jadi kering dan sempurna. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau sebut tentang ikan masin, buat kita terleleh. Tambah pula dapat ikan masin jeruk dimakan pula dengan nasi panas-panas. Kalau ada yang nak membuat sendiri berikut dikongsikan caranya. Ikannya terpulang. Ini digunakan ikan belanak. Tak kisah nak guna ikan apa pun, janji sedap.
Janji diperam di tempat gelap selama dua minggu.
Cara membuat:
1) Rendam ikan dengan asam keping dan cuka selama satu jam.
2) Toskan cuka dan lumur ikan dengan garam dalam tiga jam.
3) Rendam dalam minyak, ambil ikan dan asam saja.
4) Peram dua minggu ikan tu dan biarkan ia dalam minyak. ( dengan syarat dalam bekas bertutu ya.)
Tercari-cari cara mudah halau lipas? Maklumlah serangga jenis ni kalau berkeliaran di dapur memang merimaskan. Selain kotor, ia juga menggelikan. Nak hapuskannya memang mudah lebih-lebih lagi jika guna racun serangga. Namun jika guna di kawasan dapur atau ada anak kecil, agak tak bersesuaian. Bimbang ia akan membahayakan anak dan juga mengotori makanan. Jadi apa kata cuba petua-petua di bawah ini. Ia lebih selamat kerana tidak menggunakan bahan berbahaya.
1. SABUN MANDI
Ambil sebuku sabun mandi. Potong kiub kecil dan letakkan di sudut-sudut serta kawasan yang selalu lipas kunjungi. Biarkan dan ganti ketulan sabun baru bila sabun lama kurang berbau.
2. LEMON
Potong lemon menjadi kepingan dan letakkan di tempat gelap seperti dalam kabinet atau laci. Ganti kepingan lemon yang baru setelah kepingan lemon lama kering.
3. BUAH PELAGA
Lipas biasanya membiak di kawasan yang tersorok dan gelap. Ambil beberapa biji buah pelaga, tumbuk sedikit dan letakkan di kawasan tersebut.
4. DAUN PANDAN
Ambil daun pandan, koyak sedikit daunnnya dan letakkan di kawasan yang banyak lipas berkeliaran. Bau dari daun ini mampu menghalau lipas dari rumah anda.
5. DAUN BAY
Selain daun pandan, anda juga boleh menggunakan daun bay untuk menghalau lipas. Caranya mudah sahaja. Tumbuk daun bay hingga halus dan tabur di sudut-sudut atau kawasan yang lipas selalu kunjungi.
6. BAKING SODA & GULA
Campuran bahan ini boleh membunuh lipas. Campur kedua-dua bahan ini pada nisbah 1:1 dan letakkan di kawasan gelap yang banyak lipas. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis dan seterusnya akan mati.
Kulit telur, kulit bawang dan teh. Tiga bahan ini memang selalu kita gunakan untuk masakan dan minuman. Selepas guna biasanya kita terus buang. Walhal bahan ini sangat bermanfaat untuk tanaman kalau diolah semula.
Dikongsi oleh Alin Lin beliau menunjukkan cara untuk menggunakan semula bahan ini menjadi baja yang berguna untuk tanaman.
Serbuk teh
Serbuk teh yang telah kita guna boleh dikumpul setiap hari. Kemudian jemur teh ini hingga kering. Selepas itu simpan dalam bekas.
Serbuk teh ini bertindak sebagai kompos atau juga sebagai agen mengekalkan kelembapan tanah. Cara penggunaan gaul saja dengan tanah untuk bercucuk tanam atau tabur saja di atas batas atau dalam pasu.
Kulit telur
Kulit telur yang sudah digunakan ini basuh bersih dan jemur. Selepas kering kisar halus lalu simpan dalam bekas.
Serbuk kulit telur ini membekalkan kalsium yang membantu pokok membina sel-selnya. Cara penggunaan ia boleh ditabur saja di pangkal pokok.
Kulit bawang
Lepas kupas bawang, kulitnya kita simpan. Untuk dijadikan baja jemur kulit bawang ini sampai betul-betul kering macam keropok. Selepas itu kisar kering dan simpan dalam bekas.
Kulit bawang ini boleh digaul dengan tanah. Ia akan membantu pokok jadi lebih subur, menggalakkan pertumbuhan pucur baru dan mempercepat proses bunga, buah serta membunuh hama serangga.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!