
Musim perayaan bakal bermula. Pasti ramai yang dah mula buat projek biskut raya kan? Tahukah anda, acuan biskut yang baru dibeli dan digunakan terus akan menyebabkan doh melekat dan susah dikeluarkan dari acuan. Lebih-lebih lagi biskut yang kita buat tu kena bakar sekali dengan acuan di dalam ketuhar.

Contohnya seperti acuan Biskut Kapal, Tat, Biskut Lidah Kucing dan sebagainya. Untuk atasi masalah doh melekat pada acuan biskut baru, berikut adalah cara-cara yang anda boleh lakukan:
CARA ELAK BISKUT MELEKAT PADA ACUAN
1. Basuh bersih acuan yang baru dibeli dan lap hingga kering.
2. Semasa hendak digunakan, oles nipis sedikit marjerin pada acuan tersebut.

3. Kemudian susun di dalam dulang pembakar dan masukkan seketika ke dalam ketuhar. Panaskan pada suhu 120C selama 15 minit.
4. Keluarkan acuan dan sejukkan. Selepas itu bolehlah digunakan. Hasilnya biskut akan mudah dikeluarkan dari acuan dan tidak hancur.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Cuci & Hilangkan Bau Pada Bekas Makanan Plastik.

Korang jenis yang bawa bekal dari rumah menggunakan bekas atau container plastik . Lepas makan bekas beminyak dan berbau, tapi nak buang sayang. Korang jangan risau ini RASA kongsikan beberapa tip macam mana nak cuci dan hilangkan bau sekali, Dengan cara ini korang boleh jimat dan boleh gunakan semula bekas tersebut,
HILANGKAN BAU
Walaupun korang boleh terus cuci dengan sabun pencuci pinggan mangkuk yang ada tetapi ada sesetengah bahan makanan akan meninggalkan bau pada bekas. Untuk ini korang boleh cuba cuci dengan cara berikut:

Guna Jus Limau Nipis
Jus limau nipis memang berkesan untuk menghilangkan bau, ia bukan hanya menghilangkan bau hanyir lauk pauk tetapi juga bau plastic sekali. Cara mencuci, potong limau beberapa bahagian kemudian perah dalam bekas plastik, dengan mengunakan kulitnya itu gosok bahagian dalam plastik. Kemudian biarkan kulit limau di dalam dan tutup bekas plastik dan masukkan dalam peti sejuk beberapa minit, kemudian keluarkan dan cuci macam biasa dangan air sabun.

Campuran Hampa Kopi Dengan Baking Soda
Hampas kopi mempunyai aroma yang kuat, sedangkan baking soda adalah agen pembersih yang boleh menghilangkan bau. Campurkan kedua bahan ini dengan sedikit air untuk menjadi pes. Oleskan pes ini dalam bekas plastik dan biarkan 1-2 dua hari di dalam peti ais atau hingga bauanya hilang. Akhir sekali cuci dengan sabun dan toskan.

Gunakan Kertas Surat Khabar
Kertas surat khabar boleh menyerap bau busuk pada bekas plastik. Caranya, korang koyak-koyakkan kertas dan ramas-ramas hingga bulat, kemudian celup dalam air. Letakkan kertas tersebut dalam bekas plastik dan tutup sebelum disimpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dicuci bersih menggunakan sabun.
HILANGKAN KESAN KOTOR
Selain bau masalah lain yang selalu dihadapi adalah kesan makanan yang degil. Terutama jika korang gunakan bekas tersebut untuk menyimpan bahan kisar seperti kunyit dan cili yang akan meninggalkan kesan warna kuning dan merah pada bekas plastik. Korang jangan panik kerana masalah ini boleh diatasi dengan cara campurkan bahan pemutih dengan air suam, kemudian rendam bekas plastik selama20-30 minit. Kemudian bersihkan dengan sabun dan keringkan, Jika masih ada kesan degil boleh ulang sekali lagi cara mencucinya,
Harap dengan tip ini masalah bekas plastik yang kotor dan berbau boleh diatasi dengan mudah.
Cara Buat Air Teh Yang Sempurna , Sedap & Tak Berangin.

Anda penggemar teh? Tapi sayang rasa teh yang disediakan tidak sempurna seperti yang anda inginkan walau pun bermacam tip dan petua telah dicuba. Jangan salahkan teh ye, mungkin tip ini boleh memberikan anda hasil teh seperti diinginkan.
Untuk hasilkan air teh yang sedap, selain air mesti panas, anda juga perlu rendam teh sekurang-kurangnya empat minit untuk teh hitam dan kurang empat minit untuk teh hijau. Ini kerana selama ini kebanyakan dari anda hanya merendam teh tidak lebih dari dua minit.
Sebenarnya teh perlu waktu yang lama untuk mengeluarkan aroma dan juga rasanya. Empat minit adalah waktu paling sesuai untuk merendam teh dalam air panas mendidih.
Selain cara merendam teh, pemilihan cawan juga mempengaruhi rasa teh. Oleh itu, elakkan menggunakan cawan yang dibuat dari tanah liat. Sebaliknya pilih cawan porcelain untuk mengelakka perubahan pada arasa dan mengurangkan kemungkinan cawan pecah.
Diharapkan tip ini memberikan manfaat kepada anda pengemar teh. Selamat mencuba…
Kek Mendap Di Tengah? Ketahui 14 lagi Punca Kenapa Kek Tak Menjadi!

Kek yang di buat selalu tak menjadi? Tak semua orang ada bakat semulajadi buat kek mesti menjadi dengan cantiknya. Kadang-kadang Chef berpengalaman pun boleh buat silap.. inikan kita golongan baru nak up buat kek. Kalau buat kek mesti stress sebab asyik tak jadi. Nak tahu tak punca kek tak menjadi? Ketahui punca-punca kek tak menjadi seperti bantat, keras, elok2 naik lepas tu turun, tengah kek tak masak, keras dan sebagainya.
1. Kek Terlalu Lembap dan Leper
- Terlampau banyak cecair.
- Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
- Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
2. Kek Merekah di Atas
- Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
- Kekurangan cecair.
- Acuan loyang terlalu kecil.
3. Kek yang Mendap di Tengahnya
- Ukuran acuan tin tidak betul.
- Sukatan bahan tidak tepat.
- Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
- Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
4. Kek Tidak Naik Sekata
- Suhu dlm ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh
- Bancuhan tepung tidak sebati
- Suhu ketuhar mungkin terlalu panas
- Adunan melebihi setengah daripada ukuran loyang pembakar
- Loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
5. Kek Menjadi Bantat
- Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
- Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
- Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
- Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik-baiknya gunakanlah telur yang segar. Isikan air di dalam bekas dan letak telur di dalamnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
- Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik-baiknya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
- Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
- Suhu ketuhar terlalu rendah.
6. Kek Mendap pada Bahagian Tengah
- Ketuhar yang digunakan sudah terlalu lama dan ia perlu diservis.
- Kek tidak dibakar pada tempoh yang seharusnya
- Suhu ketuhar terlampau panas, atau terlampau sejuk atau dibakar dalam masa yang terlalu singkat.
- Pintu ketuhar yang selalu ditutup buka (kecuali kek lapis) kurang daripada 30 minit masa membakar. (kemasukan angin yg berlainan hawa akan menyebabkan kek menjadi mendap)
- Ukuran acuan tin/ loyang tidak betul.
- Sukatan bahan tidak tepat.
- Bancuhan Mentega Tidak Sebati dan Bergentel
- Mentega tidak dibiarkan pada suhu bilik
- Telur terlalu cepat dicampurkan dalam adunan mentega dan gula yang belum betul-betul gebu dipukul.
- Mentega dan gula tidak betul-betul sebati atau gebu dan terlalu cepat mencampurkan telur dalam adunan tersebut.
7. Kek Terlalu Lembab dan Leper
- Terlampau banyak cecair.
- Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
- Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
- Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
8. Kek Terlalu Berat
- Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
- Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
- Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
- Serbuk penaik tidak sesuai dengan sukatan tepung
- Gula yang digunakan melebihi sukatan
- Terlalu banyak cecair
- Suhu ketuhar terlalu rendah
9. Kek Merekah
- Suhu ketuhar terlalu panas dan ini menyebabkan bahagian luar kek terlalu cepat masak dan kepanasan tersimpan pada bahagian tengah kek. Ini membuatkan bahagian tengah kek akan merekah.
- Jenis loyang tidak sesuai dgn jenis ketuhar yg digunakan
- Loyang pembakar tidak diletakkan ditengah-tengah ketuhar.
- Kekurangan cecair.
- Acuan / loyang terlalu kecil.
- Tepung yang digunakan tidak sesuai seperti tepung berprotein tinggi.
10. Kek Buah Mendap
- Ada antara buah yang terlalu besar dan berat.
- Buahan kering yang dicuci tidak digaul dengan tepung sebelum ia dicampurkan ke dalam adunan.
11. Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
- Terlebih serbuk penaik
- Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
- Adunan tidak dipukul sebati
12. Kek Menjadi Keras
- Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
- Terlalu banyak tepung gandum.
- Tidak cukup cecair
- Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
- Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
- Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
- Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
- Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yang boleh dipercayai.
13. Kek Menjadi Kering
- Selalunya, dengan menambah 2 – 3 camca besar susu segar, akan membuat kek mampat. Jika mentah di dalam, mungkin saiz acuan tidak betul dan kek terlalu tebal.
14. Kek Menjadi seperti Roti
- Sukatan serbuk penaik tidak tepat
- Sukatan mentega / marjerin tidak tepat
- Sukatan gula tidak tepat atau tidak sesuai
- Tepung tidak sesuai
- Adunan tidak dipukul dengan sebati
15. Kek Menjadi seperti Bingka
- Bancuhan tidak dipukul sebati
- Terlampau banyak cecair
- Tepung terlalu sedikit
- Suhu ketuhar tidak cukup panas




