
Ketika membersihkan ayam, kita sering menghadapi kesukaran untuk membuang lemak dan lendirnya sehingga bersih. Untuk memudahkan kerja anda, selepas membersihkan ayam dengan air bersih, keringkan sedikit menggunakan tisu atau kain. Kemudian lumur ayam dengan sedikit tepung gandum sehingga rata. Tarik lemak dan lendir yang melekat pada tepung hingga bersih. Kemudian bilaslah semula dengan air yang bersih dan lihat hasilnya. Cara ini bukan sahaja menanggalkan lemak tetapi juga membuang rasa hanyir ayam. Cubalah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
3 Cara Pilih Periuk Pengukus Supaya Korang Tak Menyesal Beli.

Periuk pengukus, peralatan dapur yang kebanyakan mak-mak memilikinya kerana periuk ini membantu memudahkan kerja-kerja memasak terutama dalam penyediaan kuih-muih dan lauk-pauk yang perlu dikukus kerana makanan berkukus lebih sihat untuk keluarga. Jika belum mempunyai pengukus dan bercadang membelinya, korang kena baca info ini:

Sesuaikan Kegunaan Dengan Jenis Masakan
Sebelum korang beli pengukus, ambil kira jenis masakan yang selalu masak. Jika ingin mengukus pelbagai hidangan yang memerlukan masa memasak agak lama korang boleh pilih pengukus bersaiz besar yang boleh menampung dan mendidihkan air yang banyak. Biasanya pengukus jenis ini lebih lebar dan tidak terlalu tinggi ia dipanggil pengukus jenis plate type. Ingat pemilihan yang betul membantu memudahkan korang memasak dengan cara mengukus.
Pengukus jenis Plate Type sama saja dengan pengukus lain, cuma ia ada pembahagi atau penyekat berbentuk bulat dan datar seperti piring atau pinggan. Pengukus jenis ini biasa digunakan untuk mengukus makanan dalam jumlah sedikit, seperti kukus sayur, dimsum dan siomay.
Boleh juga menggunakan pengukus tambahan yang diperbuat dari buluh atau plastik tahan panas jika ingin mengukus lebih banyak. Kelebihan pengukus ini ia menjimatkan ruang bila disimpan kerana bahagian piring pengukus boleh dimasukkan dalam periuk pengukus utama.
Pilih Periuk Pengukus Yang Boleh Memuatkan Pengukus Jenis Plate.
Sesuaikan juga saiz periuk pengukus dengan plate pengukus sebelum membeli terutamanya jika membeli pengukus secara berasingan dan pastikan ia mempuyai penutup yang sesuai. Pastikan pengukus boleh memasak dalam waktu yang lama dan bersaiz besar kerana ia boleh digunakan untuk mengukus dalam waktu yang lama dan tidak perlu kerap membuka penutup pengukus untuk menambah air. Kelebihannya bila saiz besar, sudah tentu ia boleh mengukus dengan lebih banyak dan jimat masa kerana tidak perlu berulang kali mengukus.

Pengukus Pelbagai Kegunaan
Pengukus pelbagai kegunaan biasanya mempunyai dua atau lebih lapisan pengukus, dengan bahagian bawah berfungsi sebagai periuk untuk mendidikan air. Bentuknya lebih besar dan tinggi berbanding pengukus biasa.
Kelebihan pengukus ini, ia boleh dilaraskan penggunaannya mengikut kesesuaian. Jika memasak dalam jumlah sedikit, boleh gunakan satu tingkat pengukus sahaja. Boleh juga menggunakan bahagiaan bawahnya sebagai periuk untuk merebus atau memasak sayur atau lauk pauk tanpa mengukus. Pengukus jenis ini biasanya diperbuat dari bahan stainless steel yang boleh menyebarkan kepanasan secara merata sehingga makanan yang dikukus masak sekata.
Petua Simpan Tauge Supaya Kekal Segar & Boleh Tahan Sampai 1 Minggu.

Nak petua simpan tauge supaya tahan lama? Ini caranya. Ramai orang suka sayur ni sebab cara masaknya yang ringkas. Walaupun dikategorikan sebagai sayur yang murah, namun tauge mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Ia enak dimasak dengan pelbagai gaya masakan malah sangat enak dicampur ke dalam sup. Malah kalau goreng tumis pun dah cukup nikmat. Pun begitu jika tauge di simpan lama dalam peti ais akan membuatkan ia lembik dan tidak lagi rangup di makan. Bagaimana nak buat supaya tauge yang dibeli tahan lama, tidak lembik dan nampak segar? Cuba cara ni. Boleh tahan hingga seminggu tanpa nampak layu dan lebam.
PETUA SIMPAN TAUGE AGAR TAHAN LAMA, SEGAR & TIDAK LEBAM

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlukan:
BAHAN-BAHAN:
- Tauge
- Air bertapis
- Asam gelugur
CARA-CARA:
- Bersihkan tauge dengan melalukan dibawah air. Toskan.
- Masukkan air ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan asam gelugur. Jika tauge sedikit, guna 1 keping sahaja. Jika banyak, boleh guna lebih. Biarkan asam gelugur terendam dalam air selama 5-10 minit.
- Kemudian masukkan tauge tadi. Pastikan air menenggelamkan tauge.
- Simpan bekas berisi tauge di dalam peti sejuk. Hasilnya, tauge kekal segar, tidak lembik dan tidak lebam walau disimpan hampir seminggu.
Kredit: wikiwand
Selamat mencuba!
Nak beli BAHAN SEGAR untuk masak tapi kurang rajin nak ke pasar? Jangan risau. Beli je secara online DISINI. Pilih, bayar & tunggu barang sampai. Mudah kan?
Jom cuba PETUA DAPUR bawah ni. Memang berkesan dan menjadi.
Daging Liat? Tukang Masak Thai Kongsi Dua Cara Lembutkan Daging. Memang Menjadi!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
6 Cara Masak Nasi Supaya Tak Cepat Basi & Boleh Tahan Sampai 2 Hari

Nasi yang cepat basi memang menyakitkan hati lebih-lebih lagi jika lebihan nasi yang ada dalam periuk masih banyak. Maklumlah, kadang-kadang kita pun terlupa nak simpan lebihan nasi tersebut dalam peti sejuk.
Dengan 6 petua di bawah ini, ia dapat membantu anda dalam mengatasi masalah ini. Selamat mencuba!
6 PETUA MASAK NASI SUPAYA LAMBAT BASI
1. BASUH HINGGA BERSIH

Ada yang berpesan elakkan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia berpotensi menjadikan nasi yang dimasak menjadi cepat basi. Sebaiknya, apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Anda juga boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air yang bertapis.
2. PERIUK DICUCI BERSIH

Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi periuk dan juga kualiti nasi anda. Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. JUS LIMAU NIPIS

Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini. Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. LAP WAP NASI SELEPAS DIMASAK

Apabila nasi dimasak dengan periuk nasi elektrik, buka penutup periuk. Gemburkan nasi supaya ia masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih. Ia akan menjadikan nasi tahan lama, lembut dan berderai dengan elok.
5. TAMBAH GARAM

Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk. Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama. Malah ia juga menjadikan nasi menjadi lebih sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR

Jika anda terlupa dan nasi basi di dalam periuk, lakukan cara ini. Telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Petua ini adalah perkongsian dari Puan Suaida Salehudin. Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
Selamat mencuba!

