
Nak tahu cara mudah untuk leraikan cili kering dari bijinya? Jom cuba petua ni!

- Masukkan dalam peti ais di tempat pembeku (frozen). Biar 1 hari atau ikut
suka. - Keluarkan dan terus ramas-ramas ketika cili masih keras (beku).
- Tapis seperti dalam gambar.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Cara Paling Senang Goreng Bergedel Tak Hancur & Berminyak.

Bergedel, sama ada dimakan terus sebagai kudapan atau sebagai tambahan dalam masakan lain seperti dalam soto, ramai orang menyukai makan yang diperbuat dari kentang ini. Namun masalah, bila berdel digoreng ia kerap hancur dan terlalu berminyak. Anda yang hadapi masalah ini jangan risau, berikut rasa kongsikan tip atau petua supaya bergedel yang anda goreng tidak hancur dan masak sempurna.
Campurkan Dengan Tepung Ubi Kayu.
Selain campuran kentang, isi ayam, hirisan sayuran dan perasa, anda juga perlu tambahkan telur dan tepung ubi atau tepung beras sebagai bahan pelekat yang menjadikan campuran bahan bergedil bersatu dan tidak berderai semasa digoreng. Contoh, jika anda menggunakan lebih kurang 1kg ketang anda boleh tambahkan dengan dua biji telur 3 sudu makan tepung ubi kayu. Gaul sebati dan bentukkan bulat dan leperkan seperti bergedel.
Masukkan Dalam Peti Sejuk
Bergedel yang siap dibentuk, masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit, supaya adunan menjadi sebati dan tidak mudah hancur bila digoreng.
Celup Dalam Putih Telur
Untuk lebih kemas, celupkan bergedel dalam putih telur terlebuh dahulu sebelum sedia digoreng. Hal ini akan menjadikan bahagian luar bergedel lebih garing dan kemas serta tidak pecah berbanding anda memasukkan sekali kuning telur.
Pastikan Minyak Telah Panas
Semasa memanaskan minyak pastikan ia betul-betul panas baru masukkan bergedel. Kemudian laraskan pada api sederhana bila bergedel sudah dalam minyak panas. Pastikan juga bergedel terendam dalam minyak panas tersebut.
Balikkan Sekali Sahaja Bergedel Semasa Menggoreng
Elakkan dari sentiasa membalikkan bergedel berulang kali semasa menggoreng. Cukup sekali sahaja, bila bahagian bawah mula keperangan baru terbalikkan. Apabila keseluruhan permukaan bergedel berwarna kecoklatan, boleh angkat dan toskan.
Diharapkan selepas ini anda tidak ada masalah untuk menggoreng bergedel.
Tip Mudah Cuci Pinggan Mangkuk & Periuk Melekat Lemak Sup, Guna Tepung Saja

Makan sup daging bersama tulang memang enak sekali. Tapi masalah lepas makan hidangan sup biasanya ada lemak yang melekat pada pinggan mangkuk dan periuk. Memang susah nak hilangkannya.
Selalunya kita akan jirus dengan air panas untuk menghilangkannya, tak pun basuh berulang kali untuk menghilangkan lemak yang melekat.
Kalau setakat beberapa keping pinggan mangkuk ok lagi tapi kalau melibatkan kenduri memang remeh nak buat begini.
Bagaimanapun ada satu petua mudah yang dikongsi oleh netizen di Facebook untuk menyesaikan masalah ini.
Cuma guna tepung gandum

- Caranya cukup senang, cuma gunakan tepung gandum saja.
- Masukkan tepung gandum dalam serbuk pencuci bersama air kemudian cuci pinggan seperti biasa.
- Sisa lemak yang tebal melekat pada pinggan plastik pun boleh hidang dengan mudah.
- Selepas itu bolehlah dibilas seperti biasa.
Selamat mencuba
Sumber: Khairul Azhar Aamiin
Panduan Tukar Sukatan Gram, ML, Oz Kepada Sukatan Cawan. Baru Senang Nak ‘Membaking’

Perkara penting kalau nak buat kuih dan kek bukan saja bahan dan resipi tapi sukatannya. Nak masak lauk pun sama.
Ramai yang suka pakai sukatan cawan tapi masalahnya resipi yang diberi mungkin dalam gram dan mililiter (ml).
Jadi untuk memudahkan boleh rujuk perkongsian Yatie Zelani bagaimana nak tukar sukatan gram, ml atau oz kepada sukatan cawan.
Perlu diingat sukatan untuk tepung, gula, cecair marjerin atau mentega berbeza ya. Boleh ikut panduan ini ya.
Sukatan Tepung
1 cawan = 125 gm
2 cawan = 250 gm
3/4 cawan = 90 gm
1/2 cawan = 65 gm
1/4 cawan = 45 gm
10 gm = 2 sudu kecil
3/4 cawan = 90 gm
2 sudu besar = 15 gm
2 sudu kecil = 10 gm
Sukatan Gula
1 cawan = 250 gm
2 cawan = 500 gm
3/4 cawan = 190 gm
1/2 cawan = 125 gm
1/4 cawan = 80 gm
1 sudu kecil = 10 gm
1 sudu besar = 15 gm
Sukatan Cecair
1 cawan = 250 ml
3/4 cawan = 180 ml
1/2 cawan = 125 ml
1/4 cawan = 50 ml
1 liter = 1000 ml
Sukatan Marjerin/butter
1 cawan = 250 gm
3/4 cawan = 190 gm
1/2 cawan = 125 gm
1/4 cawan = 80 gm
1 sudu besar = 15 gm
1 sudu kecil = 10 gm
Tukaran oz ke gram
1 oz – 25 gm
9 oz – 250 gm
16oz (1 lb) – 450 gm
2 lb 4 oz – 1 kg
Tukaran oz ke ml
8 oz = 237 ml
6 oz = 177 ml
5 oz = 158 ml
4 oz = 118 ml
3 oz = 79 ml
2 oz = 59 ml
1 oz = 30 ml
1/2 oz = 15 ml
Sukatan oz jarang kita guna kan? Tapi ada yg minta jadi saya beri juga. Selak balik buku resipi yang dah berzaman untuk cari nota yang saya simpan.
Dan di bawah saya sertakan sekali alatan yang saya guna.

Sumber: Yati Zelani

