Petua Pilih Buah Cempedak Yang Masak, Manis & Banyak Isi

Share

Musim cempedak tiba lagi. Sedapnya. Isi lembut, manis. Enak digoreng, dimasak bubur atau bermacam-macam lagi sajian. Malah macam tu je pun dah enak. Namun biasalah, seperti kita sedia maklum, harga buah cempedak memang mahal dan  lebih kurang macam durian dah. Sebiji cempedak saiz sederhana, harganya mampu mencecah RM20-Rm30. Begitu juga kalau beli yang dah siap digoreng. Ada yang jual RM1 untuk seulas. 

Kalau nak puas makan, kenalah beli sebiji dan goreng sediri di rumah. Tapi macam mana nak tahu cempedak yang kita pilih tu mempunyai isi manis, masak dan sedap? Yelah, kulitnya tebal. Kalau cium bau pun, belum tentu lagi isi dalamnya masak. Ha…ini ada lima panduan memilih buah cempedak yang sempurna. Anda bolehlah cuba nanti.

 

TIP PILIH BUAH CEMPEDAK YANG MANIS, SEDAP & SEMPURNA

 

1. KULIT SEMPURNA


Perkara pertama yang perlu dilihat masa pilih buah cempedak ialah keadaan kulinya. Pilih buah yang berkulit elok tanpa ada lubang atau kesan gigitan serangga atau haiwan. Ini kerana dibimbangi isi cempedak tidak elok, masam serta berulat.

 

2. BUAH BERWARNA KUNING


Cempedak yang masak serta matang mempunyai kulit yang berwarna kuning kehijauan. Jika warna cempedak yang dijual masih banyak hijau berbanding kuning, elakkan yang sedemikian kerana isi dalamnya pasti belum masak sempurna dan mempunyai rasa hambar. Selain warna kulit, lihat juga keadaan tangkainya. Pilih buah yang tangkainya berwarna coklat kerana ia menunjukkan buah tersebut berkualiti bagus.

 

3. DURI TUMPUL & MELEBAR

Masa pilih buah tu, sentuh permukaan kulit cempedak dan lihat durinya. Kalau duri cempedak tu rasa tumpul dan bentuk dia melebar, maksudnya buah tu memang dah masak. Cara ni juga anda boleh guna untuk buah nangka.

 

4. TEKAN KULIT

Kredit: Tribun Lampung

Selain merasa duri, anda juga boleh tekan kulit cempedak perlahan-lahan. Jika masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Sebaliknya pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.

 

5. BAU WANGI


Sama seperti durian, cempedak yang masak serta manis boleh dicari menerusi baunya. Kena buah yang elok, dari jauh dah boleh bau kemanisannya. Sebenarnya cempedak yang separuh matang juga mengeluarkan aroma. Cuma bezanya, cempedak yang betul-betul masak mengeluarkan bau yang sangat kuat. Oleh itu, masa pilih buah, jangan ambil yang wangi sahaja. Kena pilih yang betul-betul wangi tau. Barulah puas hati!

 

6. PILIH BUAH BERAT

Kredit foto: Aezach AR

Disebabkan harganya yang mahal, ramai yang memilih buah yang kecil dan sedikit ringan. Hati-hati! Kerana anda berkemungkinan beli buah yang kosong dan tidak berisi. Sebaliknya, pilihlah buah yang berat dan ada ciri-ciri seperti diatas. Barulah puas hati dengan isinya.

 

TERASA nak makan Cempedak Goreng? Boleh cuba resipi bancuhan tepung di bawah ini. Elok dan memang sedap.

Buah cempedak ni beli mahal kan? Jadi, selain dimakan isinya, kulitnya jangan dibuat. Boleh buat Jeruk Kulit Cempedak atau dikenali juga sebagai Mandai. Goreng dengan cili dan bawang memang sedap!
Jom cuba.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

Published by
Nur