Jantung pisang memang sedap jika dicelur dibuat ulam, kerabu mahupun dimasak gulai. Cuma tak semua jantung pisang ini boleh dimakan. Ada juga jenis yang kelat atau pahit. Jadi macam mana tahu jenis jantung pisang yang pahit ini? Caranya dikongsi oleh Sara Saad.

Tip kenal pasti jantung pisang yang pahit atau tidak

1. Cucuk jantung pisang dengan pencungkil gigi atau lidi. Cucuk sedikit saja hanya sampai mengeluarkan sedikit getahnya. Rasa sedikit getahnya, jika getahnya pahit bererti jantung pisang tersebut tidak boleh dimakan/pahit.

Ads

2. Lagi satu petua, lihat hujung jantung pisang, kalau tajam, tandanya jantung pisang tu pahit. Yang tidak tajam, tidak pahit.

Petua Pilih Jantung Pisang Supaya Tak Dapat Yang Pahit. Guna 2 Cara Ini

Info

Ads
  • Jantung pisang yang boleh dimakan selalunya dari pisang yang boleh dimasak seperti pisang awak, pisang raja, pisang nipah.
  • Tapi elakkan jantung pisang dari pisang abu atau pisang Nangka kerana ia pahit. Jantung pisang yang sedap adalah dari pisang hutan.
  • Bagi memastikan jantung pisang yang direbus tak lebam atau hitam, rebus dengan asam gelugor.

Sumber: Sara Saad.

Ads

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI