Petua Rebus Kerang Supaya Isi Tidak Kecut & Cara Buat Kerabu Thai Yang Sedap

Share

Sedapnya Kerabu Kerang Thai ni. Cukup rasa pedas, masam, masin dan manisnya. Ditambah dengan ramuan bahan-bahan segar menjadikan hidangan ini enak sekali. Jika anda gemarkan kerabu, kena cuba resipi Kerabu Kerang perkongsian saudari Fia Sofia. Merecik rasa dia. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.

CARA MASAK KERABU KERANG THAI

BAHAN-BAHAN:

1 kg kerang
1 sudu teh garam beli online disini
3 sudu makan gula kabung beli online disini
2 sudu makan sos ikan beli online disini


3 sudu makan air asam jawa beli online disini
4 biji limau nipis
3 biji tomato – dipotong
1 batang lobak merah – dipotong halus memanjang
2 ulas bawang merah – hiris nipis
5 biji cili api – ditumbuk
1 sudu teh serbuk perasa

CARA MEMASAK:
1. Basuh kerang dan rebus bersama 1 sudu kecil garam.
2. Buang air rebusan kerang dan segera masukkan ais dan juga air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut. (ini adalah tip untuk kerang nampak segar)
3. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.


4. Dalam mangkuk berlainan, satukan air asam jawa, cili api yang ditumbuk, sos ikan, tomato, serbuk perasa dan air gula kabung. Sebatikan.


5. Kemudian gaulkan bersama kerang tadi sehingga mesra.
6. Akhir sekali perahkan limau kasturi. Campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang dah dihiris, lobak merah dan juga daun ketumbar. Gaul hingga sebati.


7. Kerabu Kerang Thai siap untuk dinikmati.

INFO: Rasa masin, pedas, manis, masam boleh ubah suai ikut selera masing-masing.

 

Kredit resipi & foto: Fia Sofia

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur