Telur rebus banyak gunanya. Selain dinikmati bersama nasi lemak, ia juga boleh dijadikan pelbagai sajian enak untuk keluarga. Salah satu masalah yang kita selalu hadapi bila ‘deal’ dengan telur rebus ni ialah semasa nak kupas kulitnya. Ada ketika, mudah nak kupas. Namun ada kalanya susah betul. Sampai terkopek-kopek isi dibuatnya. Jadi bila dimasak, nampak tak cantik.
Menerusi Puan Waheeda Basiron beliau menunjukkan cara-cara merebus telur supaya mudah dikupas dan kulitnya tidak melekat pada isi.
TIP REBUS TELUR SUPAYA MUDAH DIKUPAS & CANTIK MENAWAN
1. BASUH TELUR
Mula-mula, macam biasalah. Basuhkan telur bersih-bersih dan masukkan ke dalam periuk dan tambah air. Tak perlu air mendidih baru nak masukkan telur ya.
Ads
2. GUNA GARAM & MINYAK MASAK
Kemudian, masukkan 1 sudu garam dan 1 sudu minyak masak. Inilah rahsianya yang menjadikan kulit telur mudah terasing daripada isinya.
3. REBUS
Tunggu telur siap direbus lebih kurang 10-15 minit atau sehingga air menggelegak.
4. RENDAM & KUPAS
Akhir sekali, rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas. Bila dah agak suam, bolehlah terus kupas macam biasa. Hasilnya memang memuaskan malah memudahkan kerja.
Ramai orang tak makan Salmon kerana tidak tahu bagaimana nak masak ikan yang kaya dengan Omega-3. Tetapi, disebabkan harganya mahal ramai orang mengabaikan dan tidak memasak salmon, ini sangat rugi kerana kandungan Omega -3 nya baik untuk tubuh. Malahan menu salmon sesuai untuk anda yang mengamalkan diet sihat, lagipun kena cara masak salmon sangat sedap.
Anda yang ingin mencuba salmon, ini ada tip boleh bantu anda memilih salmon sebelum membelinya dan cara memasaknya sekali agar ia sedap dan anda mendapat manfaat Omega-3 nya.
Pilih Salom segar jika ingin terus memasaknya.
Jika ingin terus memasak, anda boleh terus beli salmon segar. Sampai rumah terus perapkan dengan bahan perapan dan simpan dalam peti sejuk sementara menunggu masa untuk dimasak.
Masak salmon jangan lebih dari 6-8 minit.
Apapun cara anda memasak salmon, sebaiknya jangan lebih dari 6-8 minit, ia bertujuan untuk mengekalkan kandungan zat dan memberikan rasa yang lazat. Jika dipanggang, sebaiknya selepas tiga minit segera terbaikkan. Jika dimasak dengan kuah, masukkan salmon selepas kuah mengelegak.
Sediakan salmon dengan rempah ratus sebagai penambah rasa.
Jangan makan salmon begitu sahaja seperti panggang tanpa garam atau kukus begitu sahaja. Sebaiknya anda tambah perisa dengan campuran rembah ratus, herbs dan sos. Atau boleh juga ia dijadikan campuran dalam salad mahupun dijadikan inti untuk sandwich atau pasta.
Frozenkan Salmon jika tidak segara digunakan.
Apabila anda membeli salmon dan tidak bercadang untuk menggunakannya terus, sebaiknya simpan salmon di dalam freezer dan letakkan di dalam peti sejuk biasa bila ingin memasaknya. Ia bertujuan untuk mengekalkan kesegaran ikan salmon.
Nak tajamkan mata pengisar atau blender yang tumpul? Ini caranya. Maklumlah, pengisar ni banyak jasanya. Dalam sehari, banyak kali kita duk pakai dia buat mesin bahan masak kan? Bila asyik pakai, pastinya lama kelamaan mata pengisar akan jadi tumpul. Itu yang jadinya dekat lima minit kisar bawang , kisar cili tak halus-halus tu. Kalau jadi macam ni, puan-puan kena bawak bersabar ya. Jangan anda buang pula. Masih boleh guna lagi pengisar tu. Ni cara mudah nak tajamkan mata pisau pengisar dengan cepat dan berkesan. Selamat mencuba!
PETUA TAJAMKAN MATA PENGISAR DENGAN MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk garam kasar (pastikan garam kering dan tidak berair)
CARA-CARA:
Masukkan garam kasar ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
Keluarkan garam dan bersihkan blender.
Hasilnya mata blender akan jadi lebih tajam dari biasa.
Info: Lakukan kaedah ini dua kali dalam sebulan. Hasilnya, pisau blender anda akan semakin tajam dan makanan yang dikisar akan cepat halus tidak seperti sebelumnya. Selamat mencuba!
Selalu kan bila kita goreng ikan masin, bila keluar dari kuali kepalanya tertanggal. Isinya juga mudah hancur. Sudahnya ikan masin goreng tu tak molek rupanya bila dihidang atas pinggan.
Ada teknik dan petuanya kalau nak hasil ikan goreng masin nampak sempurna. Ni min kongsikan petua turun temurun yang diamalkan oleh Norlaili Hashim dari Pekan, Pahang ini. Senang aje petuanya.
PETUA 1 :
BAHAN-BAHAN :
Ikan gelama masin Tepung gandum
Langkah petuanya ; 1. Bersihkan ikan dan buang siripnya
2. Ambil satu sudu tepung dan letakkan pada ekor ikan masin.
3. Ratakan sapuan pada ekor
4. Kemudian barulah panaskan minyak dan goreng ikan masin hingga garing.
PETUA 2 :
BAHAN-BAHAN :
Ikan masin
Langkah petuanya : 1. Setelah dibuang siripnya basuh ikan masin pada air mengalir.
2. Usah merendam ikan masin. Cara ini akan membuatkan ikan masin jadi lembut dan apabila digoreng akan hancur.
Senang kan, jom ikut petua ini.
Sumber : Norlaili Hashim
ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER TERBAIK, JOM LAYARINYA DI SINI.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira