Daripada membazir makan di luar, eloklah kita perbanyakkan memasak sendiri di rumah. Selain mengikut citarasa kita sendiri, kebersihan juga terjamin. Cili kering kisar merupakan bahan yang harus sentiada ada di dalam peti ais kerana ia diperlukan dalam pelbagai jenis masakan seperti memasak sambal tumis, menggoreng mee dan sebagainya.

Jom kita lihat cara cara penyediaannya.

Cili yang telah digunting direndam dalam air seketika untuk basuh bersih.Masukkan dalam periuk, masuk air secukupnya dan tuangkan sedikit minyak.Rebus sehingga mendidih dan tutup api. Sejukkan. Buang air rebusan dan basuh lagi. Selepas itu toskan sehingga kering.

Petua Sediakan Cili Kering Kisar

Masukkan cili tadi ke dalam blender dan tuang beberapa sudu minyak dan kisarlah seperti biasa.Buat sedikit demi sedikit supaya blender boleh bergerak. Tuang ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

IKLAN

Petua Sediakan Cili Kering Kisar

Nampak tak cili kering kisar seperti tidak berwarna merah. Tapi jangan risau kerana ketika ditumis, warnanya merah cantik. Lihat gambar di bawah ini.

Petua Sediakan Cili Kering Kisar

IKLAN

Bila kita kisar dengan minyak, kerja menumis menjadi lebih cepat kerana sambal lebih cepat garing. Masa menumis menjadi lebih pendek.

Petua Sediakan Cili Kering Kisar

Jimat masa, jimat kos dan segalanya jimat jika disediakan sendiri. Selamat mencuba!

IKLAN

Kredit: Azie Kitchen 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI