“ Uwan saya pesan, kalau nak bersihkan ikan keli, selain menggunakan limau untuk buang lendir dan kekotoran, kelar juga di bahagian ‘leher’ ikan untuk buang darah beku.
Ads
Hasilnya ikan tak terasa hanyir setelah dimasak..siapa buat perkara yang sama kita geng”.
Ads
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buah tembikai susu ini memang kegemaran ramai. Tapi yang buat kita frust bila buah yang kita pilih waktu beli rasanya tawar.
Jadi untuk pastikan tembikai susu yang kita beli lepas ini manis bersari, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Nor Shahidah Abd Kohar yang bekerja bahagian buah-bauahan sebuah pasar raya.
Bagi memastikan tembikai susu yang dibeli manis, pilih ikut enam tip ini;
1. Jangan ambil buah tembikai susu yang kulitnya licin bersih (ramai yang suka pilih buah macam ni sebenarnya). Lagi banyak garisan coklat, lagi bagus. Kulit buruk tak flawless itu lah yang manis.
2. Pilih kulit tembikai yang berwarna kuning berbanding putih.
3. Perhatikan berat buah. Biar kecil tapi berat. Itu maknanya buah tersebut ‘juicy’, banyak air.
4. Cuba goncang buah, jika dengar bunyi biji jatuh atau berlaga itu maknanya buah sudah cukup masak.
5. Jangan pilih tangkai yang masih hijau, pilih tangkai yang sudah kering. Itu tanda buah masak ranum.
6. Paling senang, hidu. Kalau masak baunya memang manis berbanding buah yang muda atau belum masak
Sup daging, sup tulang, sup perut dan sebagainya memang sedap. Makan panas-panas, kuah semangkuk pun habis. Namun dalam sedap kita menikmati hidangan, tak sedar banyak rupanya lemak-lemak yang menyebabkan kolesterol tu dah kita telan. Aduhhh…
Bagi anda yang mementingkan kesihatan dan nak nikmati sup secara lebih ‘tenang’, boleh cuba kaedah ni. Agak melambatkan kerja-kerja memasak tetapi berbaloi demi kesihatan yang baik.
Selalunya sebelum memasak sup, anda akan merebus daging atau tulang terlebih dahulu supaya empuk. Sup yang terhasil bukan sahaja mengandungi pati-pati daging malah lemak juga. Ini cara mudah dan cepat bagi mengasingkan lemak yang berlebihan dalam sup daging atau tulang.
CARA ASINGKAN LEMAK DARI SUP
1. Mula-mula rebus daging atau tulang dengan air biasa hingga empuk.
2. Kemudian asingkan daging dan tulang. Sejukkan sup seketika.
3. Ambil ais dan masukkan dalam mangkuk stainless steel . Celup mangkuk berisi ais tadi di permukaan sup (sila rujuk gambar) selama beberapa minit.
4. Hasilnya, lemak-lemak yang ada dalam sup akan melekat pada mangkuk. Ulang beberapa kali hingga anda puas hati.
5. Cara lain untuk asingkan lemak dengan menyimpan semalaman air rebusan dalam peti sejuk kemudian lemak-lemak putih akan timbul di permukaan. Selepas mengasingkan lemak dari air rebusan, boleh terus gunakan untuk memasak sup istimewa anda.
Info: Elakkan penggunaan mangkuk plastik kerana lebih susah untuk hilangkan kesan minyak yang melekat itu.
Apalah susah nak goreng ikan, panaskan minyak letak ikan! Tapi kalau tak betul caranya, ada juga ikan yang digoreng tak menjadi. Ikan melekat atau hancur, atau pun ikan goreng kering sangat. Sudahnya bila sejuk ikan jadi keras.
Itu sebabnya kena tahu teknik menggoreng ikan yang betul supaya dapat hasil gorengan jadi cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam).
Macam mana tekniknya? Tip kali ini bukan dari chef terkenal sebaliknya dari ahli kimia Fatimah Salim. Apa yang menarik ada ada sains yang perlu kita fahami di sebalik menggoreng ikan. Baru boleh dapat hasil gorengan ikan yang juicy.
Ramai pasti tahu yang rasa ikan goreng dipengaruhi oleh jenis ikan, kesegarannya dan bahan perapannya. Tahukah anda rasa ikan goreng juga disumbangkan oleh cara memasak serta kawalan suhu semasa memasak?
Masalah yang sering timbul ialah untuk mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam). Mari kita selami sains disebalik menggoreng ikan ini.
Ikan melekat pada kuali kerana permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan permukaan kuali. Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak.
Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali lalu menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat. Keadaan ini akan menyukarkan proses menterbalikkan ikan dan sebahagian daripada isinya akan melekat pada kuali.
Untuk mengelakkan perlekatan ikan dengan permukaan kuali, panaskan minyak secukupnya (agak2 sehingga SEDIKIT berasap) kemudian masukkan ikan.
Disebabkan tidak larut bersama, perlanggaran antara molekul-molekul minyak dengan molekul-molekul air pada ikan akan menghasilkan bunyi gorengan yang kuat.
Minyak yang cukup panas ini akan menyebabkan air pada permukaan ikan meruap dengan cepat dan menjadikannya kering dan rangup. Maka, permukaan ikan yang bersentuhan dengan kuali tidak akan melekat.
Permukaan ikan yang rangup tadi akan menjadi selaput penghalang untuk air di dalam ikan daripada meruap seterusnya mengekalkan kelembapan (juiciness) dalam isi ikan.
Ikan haruslah dimasak SEKEJAP sahaja kerana struktur kimia ikatan protein isi ikan adalah longgar jika dibandingkan dengan daging ayam dan lembu. Maka ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.
Memasak ikan terlalu lama akan menyebabkan lembapan dalam isi ikan meruap, seterusnya menjadikan isinya keras. Ini sesuai untuk mereka yang sukakan ikan yang rangup dan garing.
Nota: Mereka yang menggunakan kuali kali lekat tidak akan mengalami masalah perlekatan semasa menggoreng kerana teknologi selaput pelinciran telah membantu.
Mudahnya, kena panaskan kuali sehingga meruap dan digoreng sekejap saja.
Daging Goreng Cili Padi yang pedas, beraroma dan mudah disediakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua untuk menghasilkan daging yang lembut serta sambal yang padu dan menyelerakan.