
“ Uwan saya pesan, kalau nak bersihkan ikan keli, selain menggunakan limau untuk buang lendir dan kekotoran, kelar juga di bahagian ‘leher’ ikan untuk buang darah beku.
Hasilnya ikan tak terasa hanyir setelah dimasak..siapa buat perkara yang sama kita geng”.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara-Cara Menyiang & Membersihkan Ikan Ketuka & Pari

Ramai yang suka makan ikan pari dan ketuka namun anda tahu tak cara-cara nak siang ikan jenis ni. Apa pula beza pari dan ketuka ni? Kalau nak tahu, ikan bersaiz kecil, dipanggil ketuka dan yang besar dipanggil pari.
Ikan pari dan ketuka enak dimasak dengan pelbagai gaya sajian. Namun untuk menyiangnya, ia sedikit berbeza dengan ikan-ikan lain. Silap gaya, ikan pari anda akan berbau hancing. Jom ketahui info sedikit sebanyak mengenai ikan pari / ketuka dan belajar cara-cara membersihkannya.
CARA MENYIANG IKAN PARI/ KETUKA:
Ini antara tiga cara yang memudahkan anda untuk menyiang ikan pari / ketuka.
- Terlangkupkan ikan pari biar nampak belakangnya..Gunakan pisau yang tajam, potong bahagian tulangnya beserta perut bebagai. Hanya ambil isi belahan kiri dan kanannya sahaja. (cara selamat untuk elak ikan berbau hancing & paling mudah.)
- Belah perut ikan pari dan buang bahagian organ dalaman dengan sebersih-bersihnya.
3. Lakukan belahan dari atas bermula dari insang hingga ke bahagian perut. Cuci hingga bersih.
PETUA MEMILIH IKAN PARI/KETUKA:
- Semasa memilih ikan pari, pastikan isinya masih pejal dan berwarna cerah.
- Hidu bau ikan terlebih dahulu sama ada ia berbau hancing atau tidak.
- Selepas dibeli atau ditangkap, ikan pari harus dibiarkan dalam posisi telengkup. Ia bagi mengelakkan air kencing pari terkena pada badannya.
Kredit info & gambar: http://anime4nz.blogspot.my/2015/02/cara-siang-atau-belah-pari-tuka-ketuka.html
Kredit gambar: Puan Nadia Mohamad
Cara Simpan Daun Kunyit Dengan Betul, Dah 3 Minggu Pun Masih Segar

Daun kunyit merupakan antara pelengkap ramuan bagi masakan seperti rendang dan gulai lemak. Pastinya kita akan beli seikat daun kunyit di kedai dan hanya menggunakan sehelai sahaja dalam masakan. Selebihnya akan kita simpan.
Namun, bagaimana cara untuk kita mengekalkan kesegaran daun kunyit dan memastikan ia tidak kering bila disimpan di dalam peti sejuk? Tentu kecewa bila lihat daun kunyit jadi kering dan layu begitu sahaja di dalam peti sejuk.
Sebenarnya, ada tip dan cara yang boleh anda lakukan untuk memastikan daun kunyit yang dibeli kekal segar dalam jangka masa yang lama. Tip ini dikongsi oleh Puan Huda Zainal. Semoga bermanfaat!

LANGKAH 1: Lapik kitchen towel dalam bekas. Nak guna kain pun boleh.
LANGKAH 2: Basahkan kitchen towels tu. Biar dia lembap.
LANGKAH 3: Masukkan daun kesum & kunyit. Kalau nak guna untuk simpan pudina pun boleh.
LANGKAH 4: Cover atas daun tu dengan kitchen towel lembap juga. Lepas tutup bekas. Masukkanlah dalam refrigerator. Tak lah asyik membazir je bila beli tak guna.
KREDIT FOTO: HUDA ZAINAL
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Anda Mungkin Telah Guna Lemon ‘Juicer’ Secara Salah. Cara * BETUL * Ini Ternyata Lebih Mudah!

Sedapnya menikmati segelas jus lemon atau limau nipis dikala cuaca panas. Masam-masam manis! Terasa sangat segar dan menyejukkan. Biasanya untuk menyediakan minuman, anda akan menghiris lemon untuk mendapatkan jusnya. Ada juga yang menggunakan lemon ‘squeezer’ bagi lebih memudahkan kerja.
Terdapat dua jenis pemerah yang boleh didapati di pasaran. Ada yang versi tekan dan ada juga versi yang perlu dikepit. Bagi yang menggunakan pemerah lemon jenis kepit ni, biasanya anda akan memotong buah kepada dua bahagian, letakkan di dalam pemerah dan kepit sehingga semua jus keluar. Kadang-kala kepit dah sekuat hati hingga menyakitkan tangan. Tetapi jus yang keluar tak banyak mana pun.
https://www.instagram.com/p/BORXhNLB7mw/
Rupa-rupanya, ada cara lebih baik untuk guna‘squeezer’ agar jus yang diperah lebih banyak. Menurut Buzzfeed, selepas memotong lemon ( atau limau ) pada separuh, potong sedikit di bahagian hujungnya. Kemudian, letak potongan limau atau lemon ke dalam ‘squeezer’ dan kepit. Hasilnya, selain jus lebih banyak, ia juga tidak menyakitkan tangan dan kerja-kerja memerah menjadi lebih cepat.
Anda rasa anda seorang je yang tak tahu trik ni salama ini? Jangan bimbang, you are not alone!
Jadi lepas ni kalau nak buat jus, boleh cuba trik ni ya!
Rujukan: housebeautiful.com