Petua Simpan Buah Strawberi Agar Tahan Lama & Tak Benyek

Share

Kalau ke Cameron Highland, memang geram lihat buah-buah strawberi yang merah menyala tu. Kalau ada peniaga jual borong, lagilah rasa nak beli semua. Cuma masalahnya buah strawberi ni tak tahan lama. Beli banyak tapi bila sampai dekat rumah, alahai…tak boleh simpan lama pula.Walaupun simpan dalam peti sejuk

, sehari dua buah akan jadi lembik, berkulat dan benyek. Namun ada petua yang boleh dicuba untuk simpan buah strawberi ni supaya boleh tahan samapi 2 minggu. Jom lihat cara-caranya.

 

CARA SIMPAN BUAH STRAWBERI AGAR TAHAN LAMA

 

BAHAN-BAHAN:

  • Buah strawberi
  • 2 liter air
  • 4 sudu teh garam kasar

CARA-CARA:

1. Keluarkan strawberi dari bekasnya. Buang buah yang busuk dan kotoran yang ada pada buah.

2. Basuh bersih buah menggunakan air paip yang mengalir. Toskan.

3. Dalam bekas berlainan, masukkan air dan garam. Kacau hingga garam larut.

4. Masukkan buah strawberi tadi ke dalam air garam. Pastikan tenggelam.

5. Toskan sekali lagi dengan letak buah satu persatu dalam penapis. Elakkan tuang sekaligus semua sekali kerana buah ini cepat lebam dan berair.

6. Ambil tisu dan lap buah bagi mengeringkan lebihan air.

7. Letak buah dalam bekas asalnya dan simpan dalam peti sejuk di bahagian chiller. Hasilnya buah strawberi boleh tahan selama 1-2 minggu.

Selamat mencuba!

Published by
Nur