
Masakan dan kuih muih melayu banyak menggunakan daun pisang sebagai pembungkus. Selain selamat, ia juga memberikan rasa enak serta bau harum pada makanan yang dibungkus. Lemang, tapai dan lontong antara hidangan raya yang memang guna daun pisang ni.

Bagi peniaga kuih muih seperti Kuih Koci, daun pisang adalah bahan yang wajib ada. Tak ada daun ni, makan tak jadilah kuih kuci. Nak bungkus dengan apa kan?
CARA SIMPAN DAUN PISANG AGAR TAHAN LEBIH SEMINGGU
BAHAN-BAHAN:
- Daun pisang
- Kain bersih
- Kertas surat khabar
- Plastik bersih
CARA-CARA:
- Ambil daun pisang, buang pelepahnya, bersihkan dari kotoran dan layurkan.
- Potong daun pisang mengikut saiz yang dikehendaki. Jika tak perlu potong, biarkan sahaja.
- Ambil kertas surat khabar, bungkus kemas-kemas daun pisang tadi.
- Kemudian simpan bungkusan daun pisang tadi dalam beg plastik yang bersih. Bungkus dan ikat dengan kemas.
- Simpan bungkusan dalam peti sejuk di bahagian tempat letak sayur.
- Hasilnya, daun pisang akan boleh tahan lebih dari seminggu. Keluarkan daun masa nak guna.
- Boleh menjimatkan masa dalam penyediaan kuih. Selamat mencuba!

Kredit petua & foto: Juliana Ismail
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Simpan Bawang Dan Kentang Jangan Letak Dekat-Dekat, Ini Sebabnya

Simpan bawang dan kentang di dapur jangan dekat dekat ya. Tapi yang selalu kita buat adalah sebaliknya.
Kedua bahan ini memang kita letak dalam bekas yang berdekatan malah da juga yang menyimpannya dalam satu bekas. Ini lagi sikap besar.
Perlu diketahui bahawa bawang dan kentang ini memang tidak serasi diletakkan berdekatan, ia akan menyebabkan keduanya cepat rosak.
Elak simpan bawang dan kentang dekat-dekat

-Bawang kuat ‘merembes’ gas etilena menyebabkan kentang cepat bercambah.
-Kentang ‘berpeluh’ banyak, akibatnya boleh buat bawang jadi lembik dan berair bila diletakkan berdekatan.
– Bila dua-dua bertemu, cepat ‘panas’ dan tak tahan lama
Cara simpan yang betul
-Simpan kentang dalam beg kertas, tempat sejuk dan gelap.
-Bawang pula kena letak tempat kering dan berangin.
-Jangan campurkan sayur yang mengeluarkan gas etilena dengan sayur yang sensitif.
INFO: Jangan makan kentang bertunas
Makan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan kita berisiko terdedah kepada toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.
Kulit kentang yang berwarna hijau menunjukkan kehadiran toksin dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi. Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.
Kentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan memakannya boleh menyebabkan cirit- birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen. Simptom tersebut akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.
Sumber: Jehan Noor
Baca Lagi: Cara Betul Simpan Bawang Jika Beli Dalam Jumlah Yang Banyak Supaya Tak Cepat Busuk
10 Petua Penting Cara Masak Steak Sempurna Macam Makan Kat Hotel!

Adakah anda suka makan steak tetapi mempunyai masalah memasaknya? Berikut adalah 10 tips untuk menjadikan masakan daging lebih mudah!
10 Petua Penting Memasak Steak Sempurna
1. Kenali bahagian daging yang hendak dimasak.
Jika anda tidak tahu, tanya tukang daging anda, mereka mungkin boleh membantu anda dalam keaadaan begini.

2.Taburkan garam pada daging terlebih dahulu!
Daging steak yang kering sebelum memasak adalah steak yang paling bagus!

3. Biarkan daging steak berada dala suhu bilik sebelum memasak.
Ini akan membantu anda memasak daging steak secara merata dan memudahkan ia masak sempurna.

4.Sentiasa gunakan penyepit untuk mengalihkan steak anda.
Adakah menggunakan garfu untuk menikam daging? Lepas ni, gunakan penyepit ya.. kerana ia membantu mengekalkan jusnya.


5.Guna carta ini untuk melihat cara membakar dengan betul.

6.Berapa lama untuk memasak steak agar mencapai tahap kelembutan yang dikehendaki.

7.Bagaimana cara menguji tahap masak yang di sukai dengan menggunakan tangan.

8.Rupa steak yang mana sesuai dengan citarasa anda dari cara pembakaran.

9. Biarkan daging rehat/dibiarkan seketika setelah dibakar sebelum dinikmati. Ini membolehkan daging lebih berjus dan lembut.

10. JIKA anda mempunyai sisa daging steak, jangan membazir. Rancang dahulu mungkin boleh diolah menjadi inti karipap atau kebab.

Sumber: buzzfeed
CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:
Steak Daging Lada Hitam, Lembut Dengan Rasa Yang Super Sedap.
10 Tip Buat Coklat Cip Paling Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipinya Sekali…

Coklat cip memang kegemaran amak-anak sepanjang masa. Tak payahlah tunggu raya pun nak membuatnya. Tapi adakalanya coklat cip tak berapa menjadi. Kadang-kadang terlalu keras , ada yang terlalu kering.

Ni min kongsikan petua kalau nak biskut yang rangup dan ‘chewy’. Kalau garing sangat dan kering pun kurang seronok dimakan.
1. GUNA MENTEGA BIASA ADA GARAM

Gunakan mentega berkualiti tinggi. Mentega berkrim dan ada garam. Rasa coklat cip gerenti
2. CAIRKAN MENTEGA DALAM OVEN (PRE HEATING)

Jika pilih nak buat biskut yang agak tebal, cairkan mentega separuh sahaja atau satu pertiga cair. Jangan biarkan cair kesemuanya. Masukkan dalam oven yang sedang dipanaskan sebelum membakar biskut (pre heating). Carikan selama 3-4 minit sahaja. Jangan lupa set kan timer. Kalau terlajak alamat biskut tu jadi rata tak naik…huhuhu.
3. BIAR MENTEGA KEMBALI KE SUHU BILIK
Biarkan ia berehat dalam beberapa minit dalam suhu bilik, agar ia berada kembali dalam keadaan buku yang lembut.Sebelum anda membuat doh. Bunyi macam leceh kan tetapi ingat mentega cair yang panas tidak akan memberi hasil yang sempurna seperti mentega yang telah sejuk dan menjadi lembut. Jadi sabarlah ya.
4. PUKUL TELUR SEADANYA
Pukul seadanya gula dan mentega sudah memadai. Usah terlebih pukul kerana ia akan menyebabkan biskut menjadi keras.
5. TAMBAH SEDIKIT TEPUNG

Tambahkan sedikit tepung pada doh terutamanya apabila mentega sudah cair. Keadaan doh boleh ditarik dari sisi mangkuk adunan (tidak melekat di tepi mangkuk). Jika anda menggunakan mesin mixer elektrik, perhatikan keadaan doh tidak melekit di sisi mangkuk dan tidak terlalu lembik, jika anda lihat doh agak lembab, tambahkan sesudu tepung hingga doh boleh membulat di tengah mangkuk.
6. GUNAKAN SEKURANG-KURANGNYA DUA JENIS COKLAT CIP
Haa…masukkan sekurang-kurangnya dua jenis coklat cip barulah lebih terangkat rasanya. Kalau min pilih coklat bar/kepingan separuh manis (semisweet) dipotong jadi ketulan kasar, cip cokat susu dan cip coklat gelap. Rasa coklat sedikit berbeza dan bentuk ketulan dan chip menjadikan biskut lebih menarik dan rasa lebih sedap.
7. MASUKKAN DOH DALAM PETI SEJUK
Perasan tak lepas bakar dulang biskut pertama, biskut anda nampak rata aje. Kalau begitu biarkan ia dalam peti sejuk sebelum membakar agar doh sedikit padu dan mampat.
8. BISKUT BERSAIZ BESAR.

Besar tu lebih kurang suku ¼ cawan doh, untuk dicubit membulat menjadi sekeping biskut. Tekankan, biskut yang agak tebal memberikan rasa lebih ummph
9. BENTUKKAN MENGGUNAKAN TANGAN

Walaupun anda boleh gunakan sudu, untuk mendapatkan rupa biskut yang sedikit membulat di atasnya, tetapi gunakan tangan untuk membentuk doh adalah lebih mudah, Bulatkan dan gentel dengan tapak tangan.
10. COKLAT CHIP DI ATAS BISKUT

Perasan tak korang dah letak banyak-banyak coklat cip di dalam adunan tapi bila dah siap bakar rupanya nampak plain aje, tak menarik kan. Kalau nak nampak ‘chunky dan timbul coklat cipnya, apa kata ambil bebeberapa biji coklat cip dan tekankan dan susun atas biskut tu sebelum dibakar, wah barulah menarik rupanya.
Ok ni min kongsikan resipi Biskut Coklat Cip yang mudah dan klasik sangat…
BISKUT COKLAT CIP KLASIK

BAHAN-BAHAN :
- 7 sudu besar mentega
- ¾ cawan gula halus
- 1 sudu besar gula perang
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji telur
- 1 1/4 cawan tepung serbaguna * tambah beberapa sudu lagi jika doh terlalu melekit
- ½ sudu baking soda
- ¼ sudu teh garam
- 1 cawan campuran coklat cip dan ketulan kecil kepingan coklat
CARA MEMASAK :
1. Panaskan over ke suhu 350 darjah Fahrenheit. Masa tengah preheating ni bolehlah cairkan mentega dalam keadaan 1/3 atau separuh cair. Tutup oven dan keluarka mentega dan biarkan mentega kembali ke suhu bilik, biarkan mentega dalam keadaan lembut..
2. Masukkan gula dan vanilla. Pukul hingga kacau sebati dan sekadar jadi gebu. Masukkan pula telur hingga sebati. Usah pukul terlalu lama.
3. Kemudian masukkan tepung, baking soda dan garam. Kacau guna mixer dalam kelajuan rendah, pastikan tak melekat di sisi mangkuk adunan atau sehingga tepung sebati.
4. Kiranya doh asih melekit dan lembab, tambahkan satu sudu besar tepung hingga doh boleh menyatu menjadi bola. Usah menambah terlalu banyak tepung kerana ia akan mengeraskan biskut. Bila doh tidak terlalu melekit , masukkan cip coklat dengan senduk kering.
5. Panaskan oven ke suhu 350 darjah Farenheit. Cubit doh sebanyak ¼ cawan, bulatkan dan susunkan beberapa biji coklat chip di atasnya. Susun atas dulang, jarakkan beberapa inci.
6. Keluarkan apabila ada sedikit tompokan perang di atasnya, usah terlalu perang. Barulah biskut tidak terlalu kering.
Saiz hidangan : 10-12 keping biskut besar
Masa penyediaan : 45 minit
Masa memasak : 9 minit

