Petua Simpan Lengkuas Agar Tahan Lama, Lembut & Mudah Dipotong.

Share

Lengkuas kalau simpan dalam peti sejuk beku, memang kalau nak potong jadi keras macam batu. Kalau simpan dalam laci bawah, jadi kering & kecut pulak. Ha…Cuba cara min share ni. Tahan lama & kondisi tip top. Barulah mudah nak masak. 

Caranya mudah sahaja. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

 

PETUA LENGKUAS TAHAN LAMA

 

BAHAN-BAHAN:

  • Lengkuas
  • Balang kaca
  • Air

CARA-CARA:

  1. Bersihkan lengkuas dari kesan pasir dan kotoran. Jika saiz besar, potong menjadi saiz yang muat untuk diletak dalam balang kaca.
  2. Masukkan lengkuas ke dalam balang.
  3. Isikan air seperti dalam gambar.
  4. Simpan dalam peti sejuk dan keluarkan bila nak guna. Pastikan air dalam balang juga sentiasa ditukar.
  5. Hasilnya lengkuas akan kekal segar walaupun disimpan berbulan-bulan lamanya.

Kredit petua & foto: Suria Ismail

Published by
Nur