Petua Simpan Petai Supaya Tak Kecut, Rangup & Tahan Lama

Share

Jom pakat borong dan simpan petai. Maklumlah petai memang antara ulam yang menjadi kegemaran ramai. Namun ianya bermusim dan tidak sentiasa ada. Bagi anda yang suka makan petai tapi tak suka petai jeruk, ada cara untuk menyimpan ulam ini supaya tak kecut, kekal rangup dan tahan lama. Petua perkongsian Mak Frida

ni antara yang mudah. Cubalah.

TIP SIMPAN PETAI SUPAYA TAHAN LAMA

BAHAN-BAHAN:

  • Petai
  • Air
  • Ais secukupnya
  • Plastik atau bekas bertutup

CARA MEMBUAT:

1. Bersihkan petai, kupas ulit dan buang kulit arinya.

2. Rebus air secukupnya dalam periuk hingga mendidih.

3. Bila air mendidih, matikan api dan masukkan petai. Biar selama 3-5 minit hingga berubah warna. Angkat.

4. Masukkan segera petai tadi ke dalam mangkuk air berisi ais. Biar hingga petai sejuk.

5. Toskan air hingga kering. Lap dengan tisu supaya tiada air pada petai tadi.

6. Masukkan isi petai ke dalam plastik atau bekas berpenutup. Simpan dalam peti sejukbeku.

7. Hasilnya, petai kekal rangup, segar dan tahan lama walau disimpan lama.

 

Kredit resipi & foto: Mak Frida ( IG: fridajoincoffee)

 

Tercari-cari ‘RICE COOKER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.

 

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur