Pokok pandan adalah salah satu tanaman herba yang popular serta pelbagai guna. Ia boleh digunakan dalam masakan, kuih muih dan juga manisan. Malah ada juga yang menjadikan tumbuhan ini sebagai pewangi ruangan dek kerana baunya yang harum.
Anda ada tanam di dalam pasu dan menghadapi masalah pokok yang tidak besar merimbun dan berdaun halus? Bermacam jenis baja diletak, tapi tetap tidak subur. Jika ada laman yang luas, tiada masalah untuk menanam pokok ini terus di atas tanah namun bagi anda yang mempunyai ruang yang terhad atau tinggal di apartment, tentunya pernah berhadapan dengan masalah ini.
Menerusi perkongsian di FB, saudari Jue Jerry ada menerangkan cara-cara untuk menggemukkan pokok pandan di dalam pasu. Ia juga untuk mengelakkan dari binatang berbisa seperti ular dari tinggal di perdu pandan yang rimbun. Cubalah tip ini dan lihat perbezaan pada tanaman anda.
TIP UNTUK GEMUKKAN POKOK PANDAN DI DALAM PASU
1. Ambil pasu pandan dan buang anak-anak yang tumbuh di sekelilinya. Tinggalkan hanya 1-2 pokok sahaja di dalam pasu pada satu-satu masa. Jangan lebih.
2. Anak pokok yang diasingkan tadi boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air. Ia akan hidup kerana pokok pandan yang direndam air akan mengeluarkan akar.
3. Jika tidak mahu tanam kembali di dalam pasu, anak pokok pandan boleh dibiarkan di dalam bekas berisi air. Namun airnya perlu ditukar dengan kerap bagi mengelakkan jentik-jentik.
Ads
INFO: saudari Jue Jerry letak pokok pandan berisi air di dapur. Hasilnya dapur mewangikan kawasan dapur dan mengelakkan dari didatangi lipas.
Rempah sup selalunya di beli terus di kedai kerana lebih senang didapati. Tetapi bagi mereka yang berniaga lebih senang dan murah jika di buat sendiri dan hasilnya lebih sedap berbanding yang dibeli siap.Seperti perkongsian Junaidah ini, Makciknya membuat sendiri resipi sup untuk berniaga dan kini hampir 17 tahun masih mengamalkan car pembuatan yang sama. Nak rasa sendiri jom kita cuba!
Nak sup yang lebih sedap, senang saja..kita buat perencah sup sendiri…dulu saya pernah tolog makcik saya berniaga kedai makan..resepi mak cik saya ajar saya..sekarang dah lebih 17 tahun mak cik berniaga. Berniaga bihun sup, nasi ayam dan lain-lain lagi. Terima ksih buat makcik saya kerana dah lama saya buat sup guna resipi perencah sup ni..di sini saya ada buat video pasal nk buat perencah sup sndri. Perencah ni saya buat untuk masak sup tulang. Kalau untuk sup lain pun boleh, kalau lebih perencah ni, boleh letakkan dalam peti ais. Bila-bila nak masak sup, guna perencah yang dah siap buat je. Mudah, jimat dan yang penting sedap! – Junaidah Roslan
Lepas kisar, panaskan minyak, masak sampai pecah minyak dan kering. Siap…
Nota: Untuk sup tulang, saya rebus tulang bagi lembut dulu..bila dh betul2 lembut, baru masukkan perencah sup yang saya buat tadi. Tutup tudung periuk, bau dia memang sedap…Masukkn perencah,
masukkn garam, serbuk perasa dan rasa..bila dah puas hati dengan rasa sup, tutup api dan sedia dihidangkan…
Bahan alam semulajadi sememangnya banyak membantu merawat sistem tubuh badan kita. Selain berkhasiat ia juga berguna untuk merawat kecantikkan kulit. Rasa berkongsi resipi Jus sihat dari Sharinaz Redwan yang hanya menggunakan 4 bahan asas sahaja. Lepas minum badan akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit..
Bahan Asas:
timun
epal hijau
lemon
madu.
TIMUN DAN KHASIATNYA
Antara kelebihan timun ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh membuang toksin dalam badan dan berikan rasa sejuk dalam badan.
EPAL HIJAU DAN KHASIATNYA
Epal hijau dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung.
Sesiapa yang mempunyai masalah sembelit, elok amalkan makan epal hijau ni tau.
LEMON DAN KHASIATNYA
Tidak dinafikan buah lemon lagi tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
BAHAN-BAHAN:
1 biji epal hijau
1/2 biji timun
2 slice lemon, amik jus je
1-2 sudu besar madu
Air suam untuk kisar
CARA-CARA:
Semua atas ni blender. Nak tapis boleh. Lagi bagus tak di tapis kerana hampas itu menjadikan fiber lebih tinggi.
Minum macam tu je.
Bila cantik dalam, baru lah terserlah kat luar. Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga kulit ,tepek tu tepek ni, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom!
Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu? Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.
KIRAAN ASAS JUMLAH AIR VS BERAT AGAR-AGAR:
10gm agar-agar = 1 liter air
JIKA GUNA AGAR-AGAR SERBUK:
13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air
ANDAI GUNA AGAR-AGAR BERTALI:
25gm agar-agar = 2.5 liter air
30gm agar-agar = 3 liter air
Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!