
Semperit memang mudah dihasilkan namun yang renyahnya apabila tiba bab nak tekan acuan. Bagi yang kurang mahir, pasti rupa doh yang ditekan ada bermacam-macam saiz. Ada yang besar, ada yang agak nipis, ada yang senget dan sebagainya.
Melalui perkongsian saudari Yusmini Ramli, beliau telah menunjukkan cara menekan acuan semperit yang mana hasilnya sangat cantik dan kelihatan sekata tanpa ada senget-senget. Mudah sahaja. Hanya menggunakan muncung botol yang telah dipotong yang diselit pada acuan semperit. Memang kreatif! Anda pun boleh cuba cara ni.
Tonton cara-caranya disini:
https://www.facebook.com/yusmini.ramli/videos/1546456715406362/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Makan Nasi Sejuk Lebih Baik Dari Nasi Panas, Ini Sebabnya

Antara nasi sejuk dan nasi panas dah tentulah kita pilih nasi panas untuk dimakan dengan lauk pauk.
Lebih berselera walaupun lauk tak seberapa. Namun begitu walaupun nasi panas lebih sedap, tapi untuk pilihan yang lebih sihat sebaiknya kita makan nasi sejuk.
Ini kerana nasi adalah sejenis makanan yang memiliki Indeks Glisemik yang sederhana tinggi terutamanya yang panas dan baru dimasak
Indeks Glisemik (GI) adalah rujukan yang digunakan untuk mengukur berapa banyak makanan tertentu meningkatkan kadar gula dalam darah.
Makanan indeks glisemik yang tinggi menyebabkan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak.
Oleh itu, kaedah untuk mengurangkan Indeks Glisemik nasi adalah dengan menyimpan nasi dalam peti sejuk seharian atau sekitar 20 jam sebelum dipanaskan semula dan dimakan.
Proses ini meningkatkan kandungan kanji rintang dan menyebabkan ia lambat dicerna dan kurang kenaikan mendadak paras gula dalam darah.
Oleh itu jika lebihan nasi sejuk sebaiknya kita memilih menikmatinya berbanding nasi panas yang baru dimasak.

Kebaikan makan nasi sejuk untuk pesakit diabetes
Sementara itu, portal Hello Doktor turut mendedahkan kebaikan nasi sejuk terutama kepada penghidap diabetes.
Menurut kajian nasi sejuk mempunyai kandungan kanji degil (resistant starch) yang lebih tinggi berbanding nasi panas.
Kanji degil ini merupakan sejenis serat yang tidak boleh dicerna oleh usus kecil di mana ia akan bergerak terus ke bahagian usus besar untuk ditapai.
Secara umumnya, tubuh akan mencerna kanji menjadi glukosa dan proses inilah yang menyebabkan paras gula darah meningkat.
Memandangkan tubuh tidak dapat mencerna jenis kanji degil ini, maka ia tidak akan berubah menjadi glukosa dan menyebabkan paras gula darah kekal stabil.
Dengan kewujudan kanji degil ini, pengambilan nasi jenis sejuk sebenarnya boleh membantu penghidap diabetes untuk mengawal paras gula darah mereka.
Namun begitu, perlu diketahui bahawa kandungan gula atau beban glisemik (GL) adalah sama.
Jika makan banyak memang boleh menyebabkan kegemukan tidak kira nasi panas atau nasi sejuk. Nasihat pemakanan yang lebih baik adalah dengan mengawal kuantiti nasi.
Kredit info: Mstar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Kulit Telur Pun Boleh Buat Semai Benih Sayur, Makin Subur Jadinya

Kalau selama ini kulit telur selalunya kita buang saja, lepas ni simpan sikit untuk semai biji benih untuk bercucuk tanam.
Senang dan jimat, tak perlu beli bekas semaian. Nak ubah ke pasu pun mudah. Cuma pecahkan dan tanam. Penggunaan kulit telur ini juga ada kelebihan untuk tanaman.

Jika nak cuba kaedah ini boleh ikuti langkah yang dikongsi oleh Siti Yahya yang memang mempraktikkan cara semaian begini.
Cara semai biji benih guna kulit telur
1. Mula-mula bersihkan dulu kulit telur yang nak digunakan untuk buang lendir. Boleh jemur atau ;ebih mudah, masukkan dalam microwave dan panaskan selama 2 minit.
2. Seterusnya boleh masukkan tanah campuran dalam kulit telur. Tapi pastikan tanah ini dibasahkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan.
3. Letak satu biji benih saja dalam kulit telur.

4. Tempatkan kulit telur berisi biji benih ini di ruang yang teduh, tidak terkena matahari terus. Boleh juga letak atau tumpang di mana-mana pasu berisi tanaman supaya terlindung.
5. Siram sekali sehari saja. Memandangkan kulit telur ini kecil saiznya, boleh celupkan tangan dalam bekas air kemudian titiskan dalam bekas semaian telur tadi.
6. Bila biji benih bercambah dan keluar 4 helai daun bolehlah alihkan ke pasu. Caranya, angkat dan genggam kulit telur supaya pecah sedikit dan terus tanam dalam pasu bersama kulit telur tadi.
Penggunaan kulit telur ini sebenarnya ada kelebihan, baik untuk tanaman kerana kulit telur itu sendiri ada unsur kalsium untuk suburkan tanaman.
Sumber: Siti Yahaya
Cuka Boleh Hilangkan Kesan Karat Pada Pisau Lama, Tak Perlu Nak Sental.

Ada pisau baru yang lama jangan di lupakan. Masih boleh digunakan lagi jika betul cara jagaannya. Jika ada pisau yang sudah karat tapi sayang nak buang sebab masih boleh digunakan. Ini cara mudah untuk menghilangkan kesan karat tanpa susah payah menyental! Wajib cuba…

BAHAN-BAHAN:
- 1 Botol Cuka Makan
CARA MENYEDIAKAN:
- Rendam dalam cuka makanan selama 24 jam.
- Bilas dengan air paip.
- Kemudian sadur dengan minyak pelincir atau minyak masak.

CARA LAIN:
GUNAKAN: Cawan, cuka putih, span, kain
1) Tuangkan cuka ke dalam cawan atau kuali. Pastikan menggunakan cuka putih, yang mengandungi bahan yang dipanggil asid asetik yang akan menyerang karat.
Lain-lain jenis cuka boleh meninggalkan kesan.
2) Rendam pisau berkarat Jika anda tidak mahu merapikan seluruh pisau (atau pisau), anda juga boleh merendam tuala kertas di dalam cuka dan balutkannya di sekeliling pisau. Hanya tinggalkan pisau selama kira-kira lima minit. Semakin lama dan anda berisiko merosakkan bilah anda.
3) Lap ke bawah bilah. Jika masih terdapat sisa karat boleh lakukan dengan kaedah baking soda atau WD-40, Saya sekali lagi akan mengesyorkan minyak mineral untuk perlindungan dan pembersihan tambahan.
v

Kredit: Abdul Rashid Abdul Manaf
CUBA JUGA PETUA BERGUNA INI:
http://www.rasa.my/kotoran-pada-periuk-kuali-susah-nak-tanggal-cuba-petua-ni-jimat-mudah-berkilat-macam-baru/
Petua Mencuci Kain Pengelap Dapur Agar Lebih Bersih Dan Harum

