
Ibu-ibu muda yang baru bersalin yang terkena bentan atau rasa tak sedap badan boleh cuba tip kurangkan rasa sakit tu. Jangan tunga lama-lama, cara ini sangat mudah dan boleh dimakan tanpa perlu minum air bergelen-gelen untuk yang takut makan ubat!
Ini hanyalah tip/amalan orang lama. Cara tradisional. Tapi jika cara moden mungkin lain pula caranya. Dan ini hanyalah salah satu iktiar saja untuk mengurangkan gejala tersebut. Apa2 jika berlarutan mohon rujuk pada yang pakar.
SUSHI GARLIC
(Tapi bukan dari beras pulut ya. Cuma guna beras nasi biasa saja tau)

BAHAN-BAHAN:
- Nasi panas (lembik sikit)
- Beberapa ulas bawang putih.
CARA PENYEDIAAN:

- Caranya amatlah mudah, bawang putih tu bakar/sangai dulu.Toksah bakar sampai rentung, satgi pahit pulak.
- Lepas bakar masukkan seulas yang dah bakar tu dalam nasi dan dikepalkan.
- Dah siap terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat, insyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.
Bentan jangan buat main. Merana jiwa dan raga.
#SHARE pada wanita di luar sana,kot² ada yang sedang berpantang. InsyaAllah moga bermanfaat.
Kongsi petua: Norliza Mohd Salleh
https://www.facebook.com/lee.zha.75/videos/1253950438017719/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
DIY Kabinet Dapur Dengan Bajet RM250 Sahaja. 2 Minggu Dah Siap.

Kabinet dapur ni memang penting. Selain menjadikan ruang dapur lebih kemas, ia juga menaikkan seri dapur supaya lebih sedap mata memandang. Menerusi perkongsian Puan Nasibah Ramly, beliau tunjukkan cara-cara membuat kabinet dapur secara DIY yang dilakukan oleh suaminya dengan bajet hanya RM250.
CARA-CARA BUAT KABINET DAPUR DENGAN KOS RM250

“Kat sini saya nak share cara-cara #diykabinetdapur by suami Mat’in Ali. Ramai yang pm tanya, memang kami tak ambik tempahan pon.
Buat sekadar suka-suka & untuk rumah sendiri je, Mintak maaf banyak-banyak ye.
Mana-mana yang ade masa & kurang bajet untuk tempah kabinet dapur cam kami ni boleh try buat sendiri ikut selera masing-masing.
Saya just share macam mana nak bagi pintu kabinet tu jadi berkilat macam yang tempah tu jer, sebab saya tau, semua lelaki pandai bertukang..cume ade masa & tak ada masa jer kan.”
TOTAL COST : RM250
Beli barang-barang sahaja seperti :
- Kayu 1×2
- Kayu bingkai (halus)
- Plywood
- Cat
- Skincoat
- Undercoat
- Skru
- Paku
- Magnet
- Engsel
TEMPOH: 2 minggu siap (suami ada masa malam, pagi sebelum pergi kerja & hari cuti jumaat untuk siapkan).
CARA MEMBUAT:
1. Mula-mula sekali, buat kerangka menggunakan kayu 1×2. Untuk dinding, anda boleh tampal dengan playwood nipis kiri dan kanan. Bagi rak hujung, lantai boleh dilapik dengan playwood tebal.

2. Untuk pintu kabinet, buat frame dulu. Lepas tu tampal plywood nipis belah belakang depan. Yang bingkai depan tu guna kayu halus, rm1 sebatang untuk hiasan.

3. Ni kayu 1×2 untuk buat kerangka dan frame pintu dan kayu halus untuk bikar rm1 je sebatang.

4. Dah siap buat pintu, try la pasang dulu untuk tengok ukuran padan ke tidak. Mana-mana nak adjust, buat masa ni. Lepas tu pasangkan engsel dan magnet.

5. Yang ni step untuk mengecat yer.

6. Skincoat dulu untuk tutup lubang-lubang kayu, jemur sampai kering pastu gosok dengan kertas pasir sampai licin semua sekali.

7. Cat undercoat, kemudian jemur sampai kering. Selepas itu, gosok dengan kertas pasir sampai licin sekali lagi.

8. Cat color. Ni kod color purple kabinet saya. Dah siap cat, keringkan & boleh pasang. Siap.. Selamat mencuba!

9. Tadaa… Dah siap kemas pon.

10. Cat putih bahagian dalam.

11. Penyangkut periuk, beli di kedai rm2. suami bengkokkan penyangkut tu, untuk dapatkan kedudukan macam tu.

Kredit sepenuhnya: Puan Nasibah Ramly
BACA JUGA:
Dapur Kaca Tak Tahan Lama? Ini Tip Elak Dapur Anda Dari Pecah Berderai
DIY Pintu Kabinet Dapur Serendah RM2.10 Sahaja. Hasilnya Tetap Cantik & Tersusun!
Buat Sendiri 5 Jenis Sos Steak Yang Sedap & Senang Ni, Tak Payah Bazir Duit Beli.

Kalau teringin nak makan steak, mesti korang makan kat luar dan makan pun sekali sekala, maklum jelah harga sepinggan steak pun boleh tahan. Kalau selalu sangat makan kat luar parah dibuatnya. Apa kata korang cuba buat steak sendiri di rumah dan sos boleh dipelbagaikan. Nak tahu macam mana cara buat sos steak, Ini RASA kongsikan cara buat sos steak, bukan satu ye, tapi lima jenis sos sekali. Senang dan jimat banyak kalau buat sendiri.

SOS CENDAWAN
Kalau suka sos yang creamy dengan tekstur pekat, korang boleh buat sos cendawan yang sedap seperti disediakan oleh kebanyakan restoran western. Caranya mudah je, dan ikut resipi ini:-
Bahan-Bahan:
- 200gm cendawan butang (dihiris)
- 50gm mentega
- 2 ulas bawang putih (cincang)
- 1 sudu makan mustard
- 2 sudu makan whipping cream
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak, korang panaskan mentega, kemudian tumis bawang putih, hingga wangi kemudian masukkaan cendawan, kacau rata hingga layu. Kemudian tambah mustard dan whipping cream, terus kacau hingga pekat. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan memasukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Tak sampai lima dah siap, dan siram pada steak yang telah siap digrill.

SOS LADA HITAM
Sos ini adalah sos wajib ada di kebanyakan restoran western yang menyediakan menu steak dan paling disukai ramai. Rasanya yang sedap creamy dan sedikit pedas lada hitam memang boleh ketagih dibuatnya. Jangan risau ye, ini caranya kalau korang nak cuba.
Bahan-Bahan:
- 1 sudu makan mentega
- 1 ulas bawang putih |cincang
- 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
- 1/2cawan air stok ayam
- 1 sudu makan kicap masin
- 1 sudu makan sos lada hitam
- 1/2 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu makan susu makan susu cair
- Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak mudah je, korang panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang putih, apabila wangi, tambahkan kicap, sos lada hitam. Kacau rata dan masukkan air stok ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api, kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air dan tambahkan susu cair dan serbuk lada hitam sebagai penambah perisa, Memang terbaik rasanya.

SOS TOMATO
Sos ini sangat mudah dan bahannya memang sedia ada di dapur kebanyakan rumah korang semua. Cuma rasanya sedikit pedas dan masam. Untuk menyediakan sos ini anda perlu ada:-
Bahan-Bahan:
- 50gm mentega
- 2 biji tomato segar | dadu halus
- 2 sudu makan sos tomato
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan daun ketumar | cincang halus
- 2 sudu makan pes cili kering
- 1/2 cawan air stok ayam
- 1/2 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
- Garam dan gula secukup rasa
- Keju parmesan secukupnya atau ikut cita rasa
Cara memasaknya, korang panaskan mentega dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan pes cili, kacau rata, diikuti oleh sos tomato. Seterusnya masukkan air stok ayam, kacau rata dan tambahkan tomato cincang. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api, masukkan tepung jagung dan terus kacau hingga pekat. Tutup api dan tuangkan atas steak dan taburkan keju parmesan di atasnya. Memang mantap sedapnya.

SOS SALSA VERDE
Sos berasal dari Itali ini berwarna hijau, sangat sedap dan sedikit rasa masam, sangat sesuai di makan dengan steak medium rare. Aromanya yang kuat boleh menghilangkan rasa hanyir steak. Macam mana nak buat, ini caranya:-
Bahan-Bahan:
- 2 sudu makan daun peterseli | hiris halus
- 2 sudu makan daun bawang | hiris halus
- 2 sudu makan daun pudina | hiris halus
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu teh capers
- Sedikit hirisan ikan masin
- 1 biji lemon | ambil jusnya
- 3 sudu makan minyak zaitun
- Garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya, semua bahan hirisan daun peterseli, bawang dan pudina dimasukkan dalam mangkuk, kemudian tambahkan cepers hirisan ikan masin dan bawang putih yang telah dicincang. Gaul rata dan tambahkan jus lemon dan minyak zaiton. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Gaul rata. Sos sedia dihidangkan bersama steak yang baru saja dipanggang.

SOS TERIYAKI
Jika ingin steak dengan sos cita rasa Jepun, korang boleh cuba dengan sos teriyaki. Sos ini kaya dengan rasa manis dan masin, sesuai untuk yang tidak suka pedas. Cara menyediakannya juga senang. Korang hanya perlu sediakan:-
Bahan-Bahan:
- 5 sudu makan kicap masin
- 5 sudu makan air sejuk
- 1 ulas bawang putih |cincang
- 2 cm halia | hiris halus
- 1 sudu makan madu
- 1/2 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
- Garam dan gula secukup rasa
Untuk menyediakannya, campurkan semua bahan kecuali tepung jagung, garam dan gula.Gaul rata, kemudian renehkan atas dapur menggunakan api sederhana setelah mendidih, kecilkan api dan tambahkan tepung jagung, kacau rata kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah siap, boleh tuangkan sos di atas steak bakar dan untuk penambah rasa boleh taburkan sedikit bijan yang telah digoreng sangai.
Wau korang pasti hebat menyediakan steak dalam pelbagai rasa dan paling penting sangat menjimatkan.
Pastikan Kebersihan Makanan di Tahap Terbaik. Semuanya Bermula Dari Rumah Dan Ini Caranya

Makanan yang tidak diolah dengan bersih akan memudahkan anda mendapat sakit akibat makanan yang dimakan. Mikro-organisma termasuk bakteria, virus dan kulat yang terdapat dalam makanan boleh menyebabkan keracunan makanan yang membawa kepada pelbagai tanda-tanda yang tidak menyenangkan seperti sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah.
Kebersihan makanan perlu dititikberatkan bagi menghindari penyakit berbahaya daripada membelenggu diri. Keracunan makanan kadang-kadang boleh membawa kepada gastroenteritis, yang merupakan keradangan perut dan usus, atau masalah kesihatan yang lebih serius seperti keracunan darah (septisemia) dan kegagalan buah pinggang.
Ingat beberapa perkara yang mudah bagi mencegah keracunan makanan. Kebersihan makanan di tahap terbaik boleh melindungi keluarga tersayang daripada dijangkiti penyakit berbahaya. Semuanya bermula dari rumah.
- Amalan mencuci tangan
Salah satu perkara yang paling penting ialah memastikan tangan sentiasa bersih daripada sebarang kuman dan bakteria.
Pembersihan tangan tidak bermakna hanya lulus apabila tangan anda di bawah air paip, tangan perlu digosok dengan betul menggunakan sabun. Tangan perlu dibasuh selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas batuk atau bersin dan semasa penyediaan makanan.
Ia mungkin kelihatan berlebihan untuk membasuh tangan lima kali atau lebih semasa menyediakan hanya satu hidangan, tetapi ini adalah cara terbaik bagi memastikan tangan anda bersih dan bebas daripada sebarang kotoran serta bakteria yang boleh merebak.
- Kaunter kerja bersih
Sebelum anda bermula untuk menyediakan apa-apa makanan, pastikan kawasan kerja di dapur berada dalam keadaan bersih dan sempurna. Work tops perlu dicuci dengan menggunakan kain bersih atau span. Selain itu, peralatan dapur juga perlu dibersihkan sebelum anda menggunakannya. Ia perlu dicuci dengan cecair pencuci dan air panas.
Ruang kerja yang sentiasa digunakan juga pastinya terdedah kepada sebarang kekotoran. Oleh itu, pastikan anda membersihkan apa-apa makanan tertumpah merta bagi mengelakkan daripada berlarutan ke ruang lain. Mengekalkan ruang kerja yang bersih mampu mengurangkan risiko makanan tercemar.

- Penyimpanan
- Jika anda menyimpan makanan di tempat yang salah atau pada suhu yang salah, ia boleh membawa kepada pertumbuhan bakteria. Oleh itu, anda perlu sentiasa periksa label untuk panduan di mana untuk menyimpan makanan.
- Menyimpan makanan segar dan beku di dalam peti sejuk atau beku secepat mungkin selepas anda membelinya. Ini adalah penting terutamanya dalam cuaca panas.
- Simpan daging mentah dan makanan laut yang berasingan daripada makanan lain.
- Menyimpan daging mentah dalam bekas kedap udara di bahagian bawah peti sejuk bagi mengelakkan jus atau darah menitis ke makanan lain.
- Letakkan bahan mentah di dalam bekas supaya ia tidak menitik sekali gus mencemarkan makanan lain.
- Buang sebarang makanan yang telah luput tarikh.
- Menyimpan makanan dengan betul dapat membantu mengekalkan kualiti supaya ia selamat untuk dimakan. Barang-barang kering seperti gula atau tepung perlu disimpan dalam bekas kedap udara yang bersih dan kering. Bekas kemudiannya diletakkan ke dalam pantri atau di kaunter dapur di mana ia bebas daripada kelembapan dan suhu yang melampau.
- Selain itu, ketahuilah bahawa makanan yang telah dimasak atau disediakan kebiasaannya selamat untuk dimakan dalam masa yang singkat. Selepas itu makanan tersebut yang perlu disejukkan atau dibuang. Jika makanan yang ditinggalkan terlalu lama, bakteria boleh mula tumbuh di atasnya. Makanan rosak atau tercemar boleh mengakibatkan keracunan makanan atau penyakit lain.


- Persediaan
- Jangan mengendalikan makanan jika anda mempunyai masalah perut, seperti cirit-birit, muntah-muntah, bersin atau batuk dengan kerap.
- Periksa label makanan sebelum anda membuat keputusan apa yang perlu digunakan. Makanan kedai yang dibeli datang dengan dua tarikh iaitu penggunaan mengikut tarikh dan terbaik sebelum tarikh. Jangan gunakan apa-apa makanan yang telah luput tarikh. Walaupun anda fikir ia kelihatan baik, ia mungkin tidak selamat untuk dimakan.
- Rambut yang panjang harus diikat bagi menampilkan kekemasan dan juga mengelakkan daripada rambut termasuk ke dalam makanan semasa penyediaan.
- Sebelum memasak, tanggalkan barang perhiasan seperti cincin, jam tangan dan gelang dan membasuh tangan. Ia adalah tempat pembiakan yang sesuai untuk bakteria yang kemudiannya boleh mencemarkan makanan. Ia juga membuat aktiviti memasak lebih mudah tanpa sebarang perhiasan.
- Tukar semua tuala teh, tuala dapur dan bahan-bahan pembersihan yang lain dengan kerap kerana ini boleh menyebabkan pembiakan bakteria terutamanya jika ia lembap.
- Bersihkan pinggan mangkuk sebelum meletakkannya di atas meja makan. Walaupun pinggan yang disimpan di dalam almari mungkin agak bersih, ia perlu dibilas dengan air panas dan sedikit sabun bagi menghalang bakteria daripada terus tersembunyi. Ini adalah penting terutamanya untuk peralatan makan yang sudah lama tidak digunakan untuk tempoh yang agak lama.
- Gunakan pemotong yang berbeza
Sebaik-baiknya, anda perlu menggunakan papan pemotong yang berlainan untuk daging mentah, produk tenusu, ikan, dan barang salad. Anda boleh membeli papan pemotong kod warna (misalnya, merah untuk daging mentah dan hijau untuk buah-buahan dan sayur-sayuran), yang membantu mengelakkan kekeliruan.
Tetapi jika anda tidak dapat berbuat demikian, pastikan anda membasuh setiap papan yang telah digunakan dalam air sabun panas bagi mengelakkan pencemaran.

Sumber gambar: 123 royalty free
Nak dapatkan pelbagai peralatan memasak elektrik di Shopee? Jom klik sini
https://www.rasa.my/kehadiran-tumbuhan-herba-di-dapur-menghijaukan-dan-menyegarkan/

