Phad Thai Udang, Masak Guna Resipi Ni Memang Sedap

Share

Tak usah ke Thailand untuk menikmati sajian Phad Thai Udang yang sangat sedap. Hanya dengan bahan-bahan yang mudah, anda boleh masak sendiri menu ini untuk keluarga tercinta pada bila-bila masa. Jom cuba! Saudari Rozmaliza Omar ada kongsikan cara-cara menyediakannya.

 

RESEPI PHAD THAI UDANG YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket mi pad thai – rendam dengan air panas (bpleh guna kuetiau halus) beli online disini
  • 6 bawang putih – dicincang
  • 1 keping tauhu – dadu & goreng
  • 10 ekor udang segar
  • Daun bawang – potong panjang
  • 1 mangkuk tauge
  • 2 biji telur – dipukul sedikit
  • 3 sudu makan lobak masin – hiris kecil beli online disini

 

CAMPURAN SOS PHAD THAI:

* campurkan semuanya hingga dapat rasa agak-agak masin, masam dan manis yang seimbang.

 

BAHAN TABUR:

  • Kacang tanah goreng – ditumbuk kasar
  • Chilli flakes & hirisan daun ketumbar/sup

CARA MEMASAK:

1.Tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masuk udang dan masak seketika.

2.Masukkan mi Phad Thai, tauge, tauhu goreng, daun bawang, lobak masin dan tuangkan sos pad thai. Gaul hingga rata.

3.Ketepikan mi Phad Thai ke sisi kuali. Tuang telur ke dalam dan kacau hingga telur masak garing.

4.Setelah telur masak, gaul bersama mi Phad Thai hingga bergaul rata.

5. Tabur chilli flakes, kacang tanah tumbuk, hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis semasa menghidang.

Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar

 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

Published by
Nur