Pikat Selera Insan Tersayang Dengan Hidangan Ayam Cili Ketumbar.

Share

Rugi kalau tak cuba resipi Ayam Cili Ketumbar ini. Bahan rempah ratus digoreng sangai bagi menambah lagi aroma pada masakan. Memang sedap!

 

BAHAN A:

  • 1 kg ayam | potong 16 dan bersihkan
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1sudu makan air asam
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis

 

BAHAN B ( KISAR):

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 3cm halia muda
  • 4 biji cili merah

 

BAHAN C (GORENG SANGAI DAN KISAR):

  • 5 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan juga garam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Masukkan bahan B, tumis hingga pecah minyak dan wangi.
  5. Seterusnya masukkan bahan C, kacau lagi dan masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan ayam goreng, kacau rata dan cukup rasa.
  7. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Published by
Nur