Masakan szechuan memang terkenal dengan kepedasan yang sedikit lain dari masakan cina biasa. Salah satu resipi yang boleh anda ‘test’ ialah Sotong Masak Szechuan ni. Ia berupa sotong yang ditumis secara ringkas serta mempunya aroma cili kering. Sesekali cuba masakan yang lain dari kebiasaan ni enak juga. Pasti suami bertambah sayang. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
SOTONG MASAK SZECHUAN
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 biji bawang besar -potong kiub
2 ulas bawang putih-hiris
2.5cm halia-hiris
3 batang cili kering-potong 2.5cm
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1batang cili merah-belah dua
¼ sudu makan minyak bijan
½ sudu makan tomato sos
3 batang daun bawang-potong 2.5cm
300gm sotong
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili kering,sos tiram, kicap manis dan sos tomato. Kacau sekata.
Apabila sebati dan mendidih, besarkan api dan masukkan sotong, cili merah serta daun bawang. Kacau sehingga masak dan tambah minyak bijan dan garam secukupnya. Kacau lagi hingga sebati.
Ramai suka Sotong Goreng Celup Tepung, tapi rata-rata menikmati keenakannya hanya makan di restoran atau gerai, kerana selalu gagal bila buat sendiri di rumah. Lepas ini anda jangan susah hati, berikut dikongsikan resipi dan cara untuk memastikan bila sotong digoreng tepungnya tidak lerai (tertanggal dari tepungnya). Kalau Ikut resipi yang betul gerenti jadi.
Siapa kata menu sihat tak sedap? Set tiga menu ini buktinya, ia bukan hanya sedap dan sihat tapi sangat senang disediakan, sesuai sangat dengan mak-mak yang sibuk sekarang ni. Tapi tak tau resipinya, jangan bimbang RASA kongsikan di sini.
BENDI KUKUS SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 batang kacang bendi
Sedikit garam
Air
BAHAN SAMBAL:
10 -15 cili padi
5 batang cili merah
10 cm belacan bakar
2 – 4 biji limau kasturi
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
100ml air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Kacang bendi dan garam dikukus selama 3 minit dan direndam ke dalam ais sejuk.
Tos dan Ketepikan.
Untuk menyediakan sambal belacan: Cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan bakar digoreng dengan minyak yang sedikit sahaja.
Kemudian, ditumbuk bersama air perahan limau kasturi dan ditambah air asam jawa.
Akhir sekali, tambah dengan garam secukup rasa dan gula.
Hidangkan bersama kacang bendi yang sudah dikukus tadi.
KETAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ketam | bersihkan
500gm isi ayam
2 biji telur
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu sos tomato
1 biji cili bengala merah
1 biji cili benggala hijau
Daun sup dan daun bawang secukupnya
Lada sulah secukupnya
Garam dan bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.
Seterusnya, semua bahan yang dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dengan telur dan digaul kesemuanya sebati.
Letak bahan yang telah digaul ke dalam kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.
Angkat dan sedia dihidang.
AYAM POP
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam sederhana besar
2 cm halia
1 batang serai
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
200 ml minyak masak
Garam secukupnya
Bahan perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SAMBAL:
1 biji tomato | buang biji dan hiris
3cm belacan
50ml air
7 biji cili merah
3 biji bawang merah
1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Basuhkan ayam bersama limau nipis sehingga hilang hanyir.
Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dikisar.
Kemudian diperap bersama bahan yang dikisar selama 30 minit.
Setelah bahan perapan siap, panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang telah diperap.
Untuk menyediakan sambal; Goreng semua bahan sambal kecuali limau, garam dan gula.
Masukkan ke dalam pengisar bersama jus limau kasturi, garam dan gula secukupnya.
Kisar hingga lumat.
Akhir sekali hidangkan bersama ayam pop dan ulam-ulaman.
Kangkung adalah sayur kampung atau sayur yang paling murah untuk dibeli. Bagi yang duduk di kawasan kampung boleh dapatkan percuma dengan petik dekat semak.
KANGKUNG GORENG BELACAN RENCAH SOTONG
1 ikat kangkung
2 ekor sotong sederhana
Bahan Tumbuk
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
4 biji cili api merah
Belacan sesedap rase korang
Garam
Gula
1 sudu serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan tumbuk. Tumis sampai agak garing, sampai naik bau. (anda rasa nak terbatuk tersedak, maksudnya sedaplah tu)
2. Masukkan sotong dalam 4 – 5 minit. Kalau lama sangat sotong akan liat. Rasakan dengan garam, gula dan cukup rasa.
3. Masukkan pula kangkung. Masa ini boleh kuatkan api, Kacau laju-laju sikit
INFO: Boleh tukar cili merah ke cili padi bagi yang suka pedas.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.