Masakan szechuan memang terkenal dengan kepedasan yang sedikit lain dari masakan cina biasa. Salah satu resipi yang boleh anda ‘test’ ialah Sotong Masak Szechuan ni. Ia berupa sotong yang ditumis secara ringkas serta mempunya aroma cili kering. Sesekali cuba masakan yang lain dari kebiasaan ni enak juga. Pasti suami bertambah sayang. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
SOTONG MASAK SZECHUAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji bawang besar -potong kiub
- 2 ulas bawang putih-hiris
- 2.5cm halia-hiris
- 3 batang cili kering-potong 2.5cm
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap manis
- 1batang cili merah-belah dua
- ¼ sudu makan minyak bijan
- ½ sudu makan tomato sos
- 3 batang daun bawang-potong 2.5cm
- 300gm sotong
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili kering,sos tiram, kicap manis dan sos tomato. Kacau sekata.
- Apabila sebati dan mendidih, besarkan api dan masukkan sotong, cili merah serta daun bawang. Kacau sehingga masak dan tambah minyak bijan dan garam secukupnya. Kacau lagi hingga sebati.
- Angkat dan sedia dinikmati.
BOLEH JUGA CUBA KOLEKSI MASAKAN SOTONG YANG LAIN:
http://www.rasa.my/puas-masak-sendiri-nasi-goreng-sotong-belacan-ikan-bilis-pedas-menyengit/