1. Bersihkan ikan, cuci dan toskan. Rebus ikan dengan sedikit garam dan asam keping. Saya rebus dalam kuali saja, guna api perlahan. Dah siap mendidih, biarkan 5-10 minit, toskan.
2. Gaul ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng. Saya goreng ikan tak berapa garing. Ketepikan. 3. Kisar bawang merah, bawang kecil dan bawang putih dengan sedikit air. Ketepikan.
4. Kemudian, kisar cili dengan sedikit air (cili direbus, cuci dan toskan) 5. Gunakan minyak goreng ikan tadi. Masukkan sedikit belacan yang dihancurkan. Goreng hingga bau wangi, masukkan bahan kisar (bawang) tadi. 6. Tumis hingga wangi masak kekuningan. Kemudian, bolehlah masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
7. Masukkan asam keping, gula merah @ gula kabung dan gula putih. Kacau hingga sebati. 8. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaulkan, masukkan garam dan secukup rasa. Kalau sambal dah okay, masukkan petai, kacau sekejap. Siap.
Ads
*Tip tak nak bagi ikan hancur ketika direbus: Yang penting potong elok-elok. Pesan pada tukang siang, jangan bagi hancur ya. *Guna pisau tajam. Kalau saya, potong sendiri, masak atau rebus dalam kuali senang. Letak air, sedikit garam, asam keping. Rebus guna api perlahan saja.
Menu Kari Terung Ikan Masin Kurau ini sememangnya enak dan sesuai dijadikan sajian makan tengahari. Hanya satu lauk ini sahaja sudah boleh membuat makan nasi bertambah-tambah.
Mudah sahaja bahkan satu lauk ini sahaja sudah cukup kerana lengkap dengan sayuran. Nak cuba? Saudari Nurul Ateekah ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MASAK KARI TERUNG IKAN MASIN KURAU
BAHAN-BAHAN: 9 biji terung bulat – dibelah 7 keping ikan masin kurau – beli online disini 4 sudu makan rempah kari ikan – beli online disini 2 cawan perahan santan 1 cawan air masak 2 tangkai daun kari Bawang merah – dihiris 3 ulas bawang putih – diketuk Serai – diketuk 1 helai daun pandan – disimpul 2 cm halia Serbuk perasa – jika perlu Garam secukupnya Gula – jika mahu Minyak masak untuk menumis
NOTA: Rempah kari perlu dibancuh dengan air. Jadikan sebagai pes
CARA MEMASAK 1. Panaskan minyak masak dan goreng ikan masin sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang merah, serai, daun kari, daun pandan dan halia sehingga naik bau dan sedikit keperangan. 3. Masukkan pes rempah kari dan gaul rata. Masak sehingga pecah minyak (pastikan masak guna api perlahan) supaya rempahnya betul-betul masak.
4. Kemudian masukkan terung dan ikan masin. Gaul rata.
5. Seterusnya masukkan santan dan juga serbuk perasa, garam dan juga gula mengikut cita rasa. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan ianya masak dengan sempurna.
6. Angkat dan Kari Terung Ikan Masin Kurau siap untuk dihidang.
Keunikan masakan di Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis dan rasa. Buat penggemar ayam anda boleh menggunakan resipi ringkas ini untuk membuat hidangan tengah hari mahupun malam. Jika suka rasa yang lebih pedas boleh menambah kuantiti cili sebagaimana yang diingini. Inilah hidangan mesti cuba dan tidak menjemukan.
Ayam Masak Hitam
1/2 ekor ayam – potong sederhana
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukupnya
1 biji tomato – dibelah 4
1 biji bawang besar – dimayang
Kicap manis secukup rasa(saya guna kicap kipas udang)
Rempah untuk menumis (pelaga, bunga lawang, kayu manis)
Air secukupnya
Bahan Dikisar
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia besar ibu jari
Cara-cara
1. Ayam digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam sikit dan goreng separuh masak.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan rempah tumis dan bahan kisar biar sehingga pecah minyak.
4. Kemudian tambahkan air 1/2 cawan dan tutup tudung periuk dan biar sehingga mendidih.
5. Masukkan gula, garam secukup rasa, tomato, dan bawang besar dan apabila kuah dah pekat matikan api dan siap untuk dihidangkan.
Ayam Masak Merah
1 ekor ayam – lumur kunyit dan garam dan goreng separuh masak
3 biji tomato belah 4
2 sudu besar sos cili
2 kuntum bunga lawang
60 ml santan
1 batang kulit kayu manis
250 ml air
gula secukup rasa
garam secukup rasa
kacang peas – opsyenal
minyak untuk menumis
Bahan hiris:
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar
2 cm halian – dihiris jadi 3 keping
Bahan kisar halus:
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering – direbus sebentar kemudian dikisar
4 biji bawang besar
2 cm halia
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali. selepas itu tumis bahan hirisan sampai layu dan harum. kemudian masukan bahan kisar dan gaul rata.
2. Masukan sos cili dan cili kering yang dikisar tadi dan tumis sebentar sampai pecah minyak.
3. Lepas tu bila sudah pecah minyak masukan ayam yang digoreng separuh masak tadi. kacau rata dan biarkan seketika.
4. Masukkan air mengikut sesuai selera dan masukan santan untuk memekatkan. selepas itu masukan garam dan tomato.
5. Masak kembali sampai pecah minyak dan bila ingin rasa yang lebih sedap boleh masukan sedikit gula. bila warna sudah cukup cantik dan rasa dah sebati.
6. Tutup api dan hidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato, dan nasi briyani.
Resepi ayam masak merah semula tidak menggunakan gula. Tapi saya menambah gula bagi melengkapkan rasanya mengikuti cita rasa. Lagi sedap.
Kari Hijau Ayam Thai
1 ekor ayam dipotong kecil
1 kotak besar santan pekat
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar jus limau kasturi
7 helai daun limau purut-disiat
2 biji tomato-dibelah 4
1 batang serai-di titik
Garam dan gula
Bahan kisar
1 batang serai
10 biji cili padi hijau
3 biji lada hijau
1 sudu kecil belacan
1 inci lengkuas
2 cm halia
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 pokok daun ketumbar
2 helai daun limau purut
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan santan cair dan kacau seketika.
3. Masukkan ayam, serai dan kemudian masukkan santan
4. Apabila kuah sudah menggelegak, masukkan garam,gula, tomato, daun limau purut, jus limau dan gula merah.
5. Masak selama 10 minit lagi dan kemudian bolehlah diangkat.
6. Siap untuk dihidang.
Asam Pedas Ayam
1 ekor ayam (dipotong kecil)
1 batang serai (dititik)
Daun kesum
Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
3 cawan air
Sedikit lada hitam – tumbuk kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan kisar
35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Sebesar saiz ibu jari belacan
Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
2. Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
3. Masukkan air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan pula garam dan lada hitam. Kacau lagi.
5. Tambahkan air secukupnya.
6. Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal.
7. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau dicicah sahaja dengan roti putih.
Ayam Masak Bali
½ ekor ayam bersaiz besar
Daun kari secukupnya
3 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil garam
3-5 sudu besar kicap tamin
Minyak untuk menumis
Bahan kisar :
Segenggam cili kering (rebus)
5-6 biji bawang besar
seinci halia
sedikit belacan
1 labu bawang putih
Cara-cara
1. Bersihkan ayam. Lumur kunyit dan garam.
2. Goreng hingga separa masak.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan kuali yang berasingan.
5. Masukkan minyak dan tumiskan serai sehingga separa garing dan naik bau.
6. Masukkan daun kari. Kacau sebati.
7. Masukkan bahan yang dikisar dan biarkan garing serta naik minyak.
8. Masukkan kicap, garam dan gula. Gaulkan sebati.
9. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
Ayam Masak Halia
500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa
Cara-cara
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.
Kalau di rumah anda ada banyak lagi stok roti tapi dah nak hampir tamat tempoh, boleh cuba resipi pencuci mulut yang dikongsikan ini.
Resipi dessert oleh Linda Safar ini sangat mudah, hanya menggunakan 4 je tapi rasanya sangat sedap!
Sedap dimakan begitu saja atau boleh tambah custard sauce atau gula icing sebagai topping.
Mudah dan menyelerakan. Sesuai juga buat dessert si kecil yang berumur 1 tahun dan ke atas.
DESSERT MUDAH 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
2 keping roti – beli online di sini 2 biji telur 150ml susu segar Buah blueberries
CARA MEMBUAT:
1. Potong roti kecil-kecil atau dalam bentuk kiub. Letakkan dalam mangkuk. Ketepikan.
2. Masukkan telur dan susu ke dalam mangkuk yang lain.
3. Kacau telur dan susu hingga sebati. Boleh guna whisk.
4. Kemudian, adunan telur dan susu tadi, tuang ke dalam mangkuk yang ada roti telah dipotong.
5. Taburkan buah blueberries. Ikut suka nak tabur banyak mana.
6. Kemudian, bakar di dalam ketuhar dengan suhu 250C selama 25 minit. Boleh sesuaikan ikut suhu ketuhar atau air fryer masing-masing.
7. Jika nak tahu masak atau tidak, boleh periksa guna pencungkil gigi atau lidi. Kalau ada yang lekat, maknanya belum masak. Boleh tambah masa masak lagi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!