Ingin kelainan untuk hidangan minum petang, korang boleh cuba tiga menu kuih yang dikongsikan ini, nampak menarik dan mudah disediakan. Kalau mak-mak buat mesti anak-anak suka sebab sedap dan boleh juga djadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah selain sesuai sebagai hidangan munum petang. 

Pilihan Kuih Muih Minum Petang Yang Sedap & Mudah Buat.
APAM PANDAN

BAHAN-BAHAN:

BAHAN 1:

  • 180gm gula pasir
  • 100ml air pandan | jus pandan + sedikit pes pandan
  • 1/4 sudu the garam halus
  • Campurkan semua bahan, didihkan hingga gula larut. Sejukkan.

BAHAN 2:

  • 250gm tepung gandum
  • 125gm tepung ubi | ayak
  • 250ml santan pekat
  • 1 sudu teh yis segera

BAHAN TABURAN:

  • Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan dikukus dengan daun pandan.

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Siapkan loyang saiz 20 X20, oleh dengan minyak, alas dengan plastic dan olehkan semula dengan minyak.
  2. Campurkan semua bahan 2, adun menggunakan whisk.
  3. Tuangkan air pandan, adun rata dan tidak bergentel.
  4. Tuang dalam loyang yang telah dipasang dengan pemyekatnya sekali..
  5. Biarkan lebih kurang satu jam.
  6. Panaskan pengukus, bila pengukus sudah panas, kukus selama 35 minit dengan api sederhana.
  7. Angkat dan sejukkan, keluarkan dari loyang, potong-potong dan taburkan dengan kelapa parut yang telah diperasakan dengan sedikit garam dan telah dikukus.

Resipi & pic : @dhora_kusumadewi

Pilihan Kuih Muih Minum Petang Yang Sedap & Mudah Buat.
APAM BALIK MINI BERKEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 140ml susu cair suam
  • 30gr gula pasir
  • 1/2sudu teh serbuk yis segera
  • 1 biji telur | saiz A
  • 125gm tepung serbaguna
  • Secubit garam
  • 30gm mentega yang telah dicairkan

BAHAN INTI:

  • Keju parut
  • Susu kental manis

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan susu suam, yis segera dan gula pasir dalam mangkuk, adun rata, biarkan selama 15 minit. Kemudian tambahkan telur, kacau rata dan ke tepikan.
  2. Dalam mangkuk adunan masukkan tepung gandum, haram dan susu cair, kacau rataa, tambahkan mentega yang telah dicair. Adun rata.
  3. Tutup adunan dengan plastic wrap, biarkan selama 15-20 minit.
  4. Panaskan kuali dengan api sederhana.
  5. Menggunakan senduk bulat sebagai acuan tuangkan adunan dalam kuali.
  6. Biarkan hingga ia masak dan bersarang.
  7. Letakkan toping, lipat dua dan angkat.
  8. Sedia dihidangkan.

By @miaharmoniati.putri

Pilihan Kuih Muih Minum Petang Yang Sedap & Mudah Buat.
CHOUX CRAQUELIN

BAHAN-BAHAN:
TOPPING:

  • 35gm guka pasir |kisar
  • 30gm mentega
  • 30gm tepung gandum protein sederhana
  • ½ sudu teh serbuk coklat

BAHAN CHOUX:

  • 60gm mentega
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 120ml air
  • 70gm tepung protein sederhana
  • 2 biji telur

BAHAN INTI VANILA:

  • 35gm tepung jagung
  • 1biji kuning telur
  • 350ml susu cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 55gm gula pasir
  • 1 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Untuk membuat topping, masukkan serbuk coklat, mentega dan gula pasir.
  2. Gaul rata, masukkan pula tepung gandum dan gaul lagi.
  3. Balutkan doh dengan plastik warap. Kemudian canainya menjadi lebar dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  4. Untuk adunan kulitnya/chouxny. Panaskan air bersama mentega dan sedikit garam. Masak hingga mendidih.
  5. Tutup api dan masukkan tepung gandum, gaul rata.
  6. Pasang semula api dapur, masak lebih kurang 2-3 minit atau hingga timbul gelembung-gelembung putih di bahagian bawah periuk.
  7. Tutup semula api dan pindang adunan ke dalam mangkuk adunan, sejukkan.
  8. Sementara itu, pecahkan telur kacau rata dan tuang ke dalam adunan tadu, adun rata menggunakan spataula kayu. Hingga sebati dan berkilat.
  9. Masukkan dalam piping beg yang telah diper nozel bulat. Untuk resipi ini ia menggunakan nozel bulat saiz 2A.
  10. Paipkan dalam loyang yang telah dilenser dengan marjerin.
  11. Letakkan topping di atasnya, kemudian bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan. Dengan suhu 200 C selama 20 minit dan 180 C selama 10 minit.
  12. Angkat dan sejukkan.
  13. Akhir sekali isikan inti Vanila dari bahagian bawah.
  14. Untuk menyediakan filling vanilla, campurkan semua bahan kecuali mentega. Masak hingga meletop-letop dan pekat.
  15. Masukkan mentega, kacau hingga ianya cair. Tutup api dan masukkan dalam piping bag dan paipkan ke dalam Choqx Craquelin.

Pix &Resipi :@dhora_kusumadewi

 

INGIN MENCARI MIXER DAN MESIN MEMPROSES MAKANAN, JOM LAYARINYA DI SINI.

 

ANDA MUNGKIN MEMINATI RESIPI INI :

Ads

Resipi Kuih Cara Berlauk Paling Mantap, Wajib Try!

Kuih Lapis Labu Lemak Manis. Lembut Bergedik Memang Sedap.

Lembut Bergedik. Resipi Kuih Lompang Ni Memang Sedap.

DAN JUGA VIDEO MASAKAN INI :

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI