Anda yang suka makan ikan, ini ada lima menu  tradisional yang sangat sedap dan gerenti ikan tak rasa hanyir. Ia bukan hanya sedap tetapi boleh mengundang nostalgia zaman dulu-dulu.  Terbayang sedapnya masak pindang, pais dan asam rebus ikan. Lebih sedap kalau ikan  yang dimasak dirampai dengan sayur seperti bendi dan terung. Tak percaya anda boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.

Pilihan Menu Ikan Masak Cara Autentik, Sedap & Tak Hanyir.

IKAN LAMPAM  GULAI LEMAK ATAS DAUN PISANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan Lampam | lebih kurang 300gm
  • 250ml santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit | mayang halus
  • Daun pisang secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dengan air limau nipis. Kemudian toskannya..
  2. Sementara itu lapiskan kuali dengan dua atau tiga lapisan daun pisang.
  3. Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dalamnya dengan bahan kisar.
  4. Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugor.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yang telah dimayang halus di atasnya.
  7. Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan.
  8. Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan iakan masak sepenuhnya.
  9. Tutup api, ikan sedia dihidangkan.

Pilihan Menu Ikan Masak Cara Autentik, Sedap & Tak Hanyir.

 IKAN PARI PERCIK DAUN LIMAU PURUT

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ikan pari | potong  sederhana dan cuci bersih
  • 250ml santan pekat
  • 5 helai daun purut
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1/2 sudu makan pes air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR

  • 1 bji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 2 batang serai
  • 3cm kunyit hidup
  • 2 biji cili merah
  • 1hiris halia

 CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan  dengan sedikit bahan kisar bersama sedikit garam.
  2. Perap sekurang-kurangnya 10 minit. Kemudian bakar.
  3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kauali.
  4. Tumiskan bahan kisar hingga air wangi dan masukkan pes cili. Kacau lagi seketika.
  5. Kemudian tuangkan santan pekat dan air asa Jawa di dalamnya.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Renehkan hingga kuah pekat dan timbul minyak.
  8. Masukkan hirisan daun limau purut dan kacau rata.
  9. Ambi satu atau dua sudu kuah, kemudian sapukan pada ikan yang sedang dibakar tadi.
  10. Setelah ikan masak , tuangkan kuah  di atasnya.
  11. Ikan pari sedia dihidangkan.

Pilihan Menu Ikan Masak Cara Autentik, Sedap & Tak Hanyir.

IKLAN

RENDANG  IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ikan tongkol | potong nipis dan cuci bersih
  • 500ml santan pekat
  • 3 sudu makan kerisik
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan bersama sedikit garam, serbuk kunyit dan sedikit air asam Jawa.
  2. Panaskan mengukus dan kukus ikan lebih kurang 10 minit
  3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bahan kisar.
  4. Setelah berbau wangi masukkan pes cili . Kacau lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  6. Setelah tumis timbul minyak, masukkan santan, serai titik dan asam gelugor.
  7. Setelah kuah pekat, masukkan ikan, diikuti kerisik.
  8. Kecilkan api biarkan kuah mereneh, kemudian perasakan dengan garm dan gula secukupnya.
  9. Setelah kuah pekat dan timbul minyak, taburkan daun kunyit di atasnya.
  10. Rendang Ikan Tongkol sedia dihidangkan.

Pilihan Menu Ikan Masak Cara Autentik, Sedap & Tak Hanyir.

ASAM REBUS IKAN SUSU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg Ikan Susu | buang sisik, bersih dan toskan
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 hirisan lengkuas | titik
  • 3 keping asam gelugor
  • 1 batang bunga kantan | belah dua
  • 5 tangkai daun kesum
  • 4 biji kacang bendi
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan air di dalam periuk secukupnya,masukkan asam gelugor, hirisan lengkuas dan bawang besar.
  2. Kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata.
  3. Renehkan atas dapur, apabila kuah mendidih masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum.
  4. Selepas dua minit perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  5. Setelah cukup rasa, masukkan kacang bendi.
  6. Apabila sudah layu, tutup api dan hidangkan.

Pilihan Menu Ikan Masak Cara Autentik, Sedap & Tak Hanyir.

PAIS IKAN TILAPIA TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan Tilapia | buang sisik, cuci bersih dan tos
  • 3 sudu makan tempoyak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun kunyit secukupnya | untuk membalut ikan
  • Aluminium foil secukupnya
  • BAHAN HIRISAN:
  • Daun kunyit secukupnya
  • Daun kesum secukupnya
  • Daun pegaga secukupnya
  • Daun limau purut secukupnya
  • 4 batang serai

BAHAN KISAR HALUS:

  • 10 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Lapkan ikan yang telah dibersihkan dengan tisu dapur. Ketepikan.
  2. Campurkan tempoyak, bahan kisar, garam dan gula secukupnya.
  3. Gaul rata dan sebati.
  4. Kemudian campurkan dengan bahan hirisan, gaul rata sekali lagi.
  5. Untuk membalutnya, bentangkan aluminium foil di atas meja, kemudian lapiskan dengan daun kunyit.
  6. Ambil campuran tempoyak tadi ratakan di atas daun kunyit.
  7. Seterusnya letakkan ikan di atasnya.
  8. Sapukan keseluruhan ikan termasuk di bahagian dalam perut dengan bahan tempoyak tadi.
  9. Balutkan ikan dengan lapisan daun kunyit dan kemaskan dengan aluminium foil di luarnya.
  10. Kukus ikan hingga masak.
  11. Setelah masak, pais ikan sedia dihidangkan panas-panas.

Pilihan Menu Ikan Masak Cara Autentik, Sedap & Tak Hanyir.

IKAN KERISI TUMIS PINDANG  TERUNG TELUNJUK

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 4 ekor ikan Kerisi | buang sisik, bersih dan tos
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 batang bunga kantan | belah dua
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 4 biji terung telunjuk | belah dua tidak putus
  • 1 batang serai | titik
  • 1 hiris lengkuas | titik
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 10 biji  cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • 4 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan air, asam gelugor, bunga kantan, serai dan lengkuas.
  3. Setelah mendidih masukkan ikan dan terung telunjuk.
  4. Selepas beberapa minit perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  5. Setelah cukup rasa, ikan sudah masak , terung empuk. Tutup api dan masukkan tomato.
  6. Singgang sedia dihidangkan.

 

INGIN MEMBELI KUALI ANTI MELEKAT , JOM BELI DI SINI.

JOM TENGOK VIDEO MASAKAN, DAN LEBIH BANYAK LAGI VIDEO DI  Yout Tube @ Majalahrasaofficial. 

DAN JUGA RESIPI RESIPI INI :

Cara Masak Ikan Talapia Garing Bersos Limau, Sedap Hingga Menjilat Jari

Ikan Goreng Kuah Masam Manis, Menu Ringkas Tapi Sedap

Asam Rebus Ikan Parang @ Asam Pedas Utara, Masam-masam Sikit Lagi Sedap.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI