Berpindah ke rumah baru, tentunya banyak perkara perlu disiapkan. Salah satu tempat terpenting dalam rumah baru perlu disiapkan adalah dapur. 

Untuk memastikan dapur kemas dan selesa. Oleh itu, fikirkan peralatan asas dan wajib  sahaja perlu dibawa atau dibeli baru bagi memudahkan aktiviti memasak sesuai dengan saiz dapur baru anda.

Ingat! anda beli peralatan dapur ikut keperluan bukan ikut kemahuan untuk mengelakkan pembaziran. Sebagai permulaan lima peralatan ini sudah memadai.

Berikut lima peralatan dapur yang wajib dis di dapur rumah baru anda:-

Pindah Rumah Baru? 5 Peralatan Dapur Ini Wajib Dibawa

Dapur:

Dapur adalah barang wajib ada di dapur, anda boleh memilih dapur gas atau elektrik. Ikut kemampuan dan keperluan anda. Dapur gas lebih murah tetapi berhati-hati, ia mudah meletop. Dapur elektrik, pilihan lebih selamat dan tidak meninggalkan kesan hitam pada periuk dan kuali anda.

IKLAN

Pindah Rumah Baru? 5 Peralatan Dapur Ini Wajib Dibawa

Peralatan makan dan memasak:

Wajib beli atau dibawa dari rumah lama adalah peralatan makan seperti  pinggan mangkuk, sudu garpu serta gelas. Selain itu anda juga perlukan fikirkan peralatan memasak seperti periuk, kuali, sudik, pisau dan papan pemotong. Semua ini adalah asas memasak dan makan.  

Rak:

Tidak mahu dapur berselerak? Rak adalah penyelesaian paling mudah, beli rak atau almari bagi memudahkan  anda menyimpan peralatan  makan dan memasak agar lebih kemas. Susun dan asingkan mengikut kekerapan penggunaannyaa agar mudah dicari bila diperlukan.

IKLAN

Peti sejuk:

Peti sejuk adalah keperluan untuk menyimpan bahan makan basah agar tahan lebih lama. Ia membantu anda mengekalkan ketahanan dan kesegaran  makanan yang disimpan.

Ketuhar:

 Anda yang suka baking, ketuhar juga boleh difikirkan. Selain itu ketuhar juga boleh digunakan untuk memanggang lauk pauk.

 

IKLAN

Pindah Rumah Baru? 5 Peralatan Dapur Ini Wajib Dibawa Pindah Rumah Baru? 5 Peralatan Dapur Ini Wajib Dibawa

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI