Anda mula rasa muak dengan rendang dan masakan berlemak sepanjang minggu ini? Apa kata tukar kepada menu lebih sihat dan sangat mudah disediakan, iaitu singgang atau pindang. Ini  empat resipi pindang dan singgang yang sangat sedap. Kena gaya makan nasi boleh bertambah-tambah. Hirup kuahnya yang masam, manis dan pedas ni memang umppp,  berbaloilah masak. Tak percaya cuba ye.

Pindang & Singgang, Menu Lebih Sihat Lepas Raya.

 SALMON PINDANG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:

  • 800gm ikan Salmon | potong kepada 6-8 ketul
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 1 1/2 liter air
  • 5 ulas bawang merah | hiris
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 3 cm halia | hiris nipis
  • 4cm lengkuas | hiris nipis
  • 10-15 biji cili padi
  • 3 batang serai | titik
  • 2 helai daun salam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh belacan | bakar
  • 3 biji tomato | potong kiub
  • 300gm nanas | potong dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Perapkan salmon bersama jus limau nipis dengan sedikit garam. Ketepikan dan perat lebih kurang 15 minit, kemudian  bilas dengan air bersih.
  2. Masukkan air dalam periuk bersama, hirisan bawang merah dan putih, halia, lengkuas, serai, cili padi serbuk kunyit dan belacan bakar (hancurkan).
  3. Tutup periuk dan biarkan kuah mendidih.
  4. Seterusnya masukkan Salmon hirisan tomato dan nanas.
  5. Seketika kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api, sedia dihidangkan.

Pindang & Singgang, Menu Lebih Sihat Lepas Raya.

Ads

ASAM REBUS IKAN KEMBUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
  • 4  keping asam gelugor
  • 1 batang serai | titik
  • 3 cawan air
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR HALUS:

  • 5 biji cili merah
  • 5 biji lada hitam
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas muda
  • 1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
  2. Didihkan hingga mereneh.
  3. Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
  4. Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
  5. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Pindang & Singgang, Menu Lebih Sihat Lepas Raya.

PINDANG KUNYIT IKAN KERISI BERSAMA BENDI

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
  • 3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
  • 3 hirisan lengkuas | ketuk
  • 2 hirisan halia | ketuk
  • 3 hirisan kunyit hidup | ketuk
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 batang serai | titik
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR :

  • 2cm kunyit hidup
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 tangkai cili merah
  • 3 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
  2. Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
  3. Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Sebelum tutup api masukkan kacang bendi.

Pindang & Singgang, Menu Lebih Sihat Lepas Raya.

SINGGANG DAGING LENGKUAS

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan budu
  • 1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
  • 1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
  • 3 keping asam gelugor
  • 4 -5 hirisan lengkuas | titik
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 10 biji cili padi | titik atau  hiris
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
  2. Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
  3. Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI