Jemu dengan lauk pauk bertumis, gulai dan kari? Ini dua resipi lauk yang hanya perlu direneh atau bahasa mudahnya rebus je tapi hasil dan rasanya memang terbaik, sedap sungguh. Tak percaya korang cubalah Tulang Pindang Cili Kering dan Asam Rebus Ikan Pari.
asam rebus daging.
PINDANG TULANG CILI KERING
Ads
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang bersama daging | bersihkan dan rebus hingga empuk
3 batang serai | titik
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 hirisan lengkuas | titik
3 hirisan halia | titik
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
2 biji tomato
4 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air secukupnya dalam periuk, kemudian campurkan bahan kiar. Kacau rata.
2. Renehkan di atas dapur. Setelah medidih masukkan tulang yang telah direbus, asam gelogor, bawang, halia, lengkuas dan serai yang telah dititik tadi.
3. Biarkan mereneh lebih kurang 10 minit. Baru perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Apabila daging pada tulang mula tanggal, tutup api.
5. Pindang Daging sedia dihidangakan.
pari asam rebus.
Ads
ASAM REBUS IKAN PARI
BAHAN-BAHAN:
Ads
500gm ikan pari | potong kecil
4 batang kacang bandi
2 batang serai | titik
3 tangkai daun kesum
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 keping asam gelugor
2 hirisan halia
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
2cm belacan
2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air secukupnya dalam periuk, tambahkan ke dalamnya bahan kisar.
2. Kacau rata dan didihkan di atas dapur.
3. Setelah mereneh masukkan ikan pari, asam gelugor, serai dan daun kesum.
4. Biarkan mereneh lebih kurang 5-7 minit atau hingga ikan masak.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Sebelum angkat, masukkan kacang bendi.
7. Biarkan mereneh seketika dan tutup api.
8. Asam rebus ikan pari sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bagi penggemar manisan, Puding Gula Hangus atau Puding Karamel perkongsian resipi oleh saudari Khairun Nisa ini merupakan salah satu resipi yang mudah dan sedap yang harus anda cuba. Ringkas dan senang sahaja cara penyediaannya. Boleh cuba bila-bila masa yang anda inginkan.
Pernah merasai puding trifle ini dari pemberian jiran. Berwarna-warni , lapisan demi lapisan. Rasanya juga sedap sangat dengan gigitan buah di setiap kunyahan. Mulalah tercari-cari resipi membuatnya. Baru-baru ini ternampak resipi yang dikongsi oleh saudara Zaky Mat Alitiba-tiba terasa nak buat, sebab nampak mudah membuatnya.
Puding Trifle Bahan-bahan: Lapisan 1 Kek Swiss roll -dipotong dan susun dalam bekas
Lapisan 2 1 cawan rata tepung kastad 1/2 cawan gula 1 tin susu cair-BELI ONLINE DI SINI 1 tin air (sukat guna tin susu cair) 1 tin buah koktel (asingkan buah dan jus)
CARA MEMBUATNYA: 1.Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur. 2.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.
3.Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek.
4.Tabur buah koktel.
Lapisan 3 10 gram serbuk agar- agar -BELI ONLINE DI SINI 1.2 liter air 3/4 cawan gula 3-4 titis pewarna merah-BELI ONLINE DI SINI
CARA MEMBUATNYA: 1.Satukan semua bahan. 2.Masak atas api hingga agar-agar dan gula hancur. 3.Curahkan ke atas adunan kastad. 4.Simpan dalam peti sejuk sebelum makan.
Nak buat nasi lemak sambal ekspres boleh guna cara ini. Guna microwave pun boleh, mudah dan hasilnya pun sama seperti menggoreng. Kalau hidang, orang pun tak tahu nasi lemak ni resipi ekspres. Lagi-lagi kalau hias macam ni gayanya.
Sambal ni teksturnya tak beza sangat dengan sambal yang gunakan cili kisar. Rasanya ada umami dari belacan, manis gula melaka dan bawang Holland dan pedasnya tak melampu. Resipi sambal ni juga boleh digunakan untuk buat sambal udang, ikan bilis, petai dan sebagainya. Cuma saya sarankan guna “serbuk cili kasar” supaya teksturnya tak macam air.
Resipi Kamarul Ariffin Nor Sadan dikongsinya ketika belajar di Ukraine dahulu. Biasalah student, duit terhad, masa terhad, peralatan terhad.Maka terhasilah resipi kreatif ini.
Nasi Lemak Sambal Microwave
Bahan-bahan:
½ pot nasi
4 sudu besar santan kotak
2 sudu besar empingan cili
¼ biji bawang Holland
¼ sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar gula Melaka
1 sudu kecil belacan/kiub ikan bilis
2 sudu besar ikan bilis
1 ulas bawang putih
1 butir telur ayam
Bahan-bahan “optional”:
¼ batang timun Jepun
3 sudu besar kacang tanah
3 ketul ayam goreng sejuk beku
1 helai daun pandan
Cara membuat:
1.Basuh beras, letak dalam mangkuk, letak santan. Sukatannya; 1 pot beras + 4 sudu besar(sb) santan kotak. Saya masak ¾ pot, maka + 3 sudu besar santan. kalau guna santan segar atau serbuk, pandai-pandai agak.
Kalau ada daun pandan, halia dan halba letaklah. Kalau tak ada, tak apa. Masih boleh buat nasi lemak ni. Yang penting ada beras, santan dan garam. Dalam gambar ni saya letak pes halia.
3.Tambah air. Sukatan air yang biasa saya guna 1 pot berat + 1½ pot air. Takut ada yang keliru, pot yang saya maksudkan tu bukan periuk tau. Pot = cawan (seperti dalam gambar).
4.Masukkan air dalam periuk nasi. Kalau tambah 1 pot air dalam pada beras di dalam mangkuk, maka tambah 1 pot air dalam periuk. Nisbah kena sama. Biasanya air dalam periuk kering, ngam nasi pun masak.
5.Masukkan mangkuk berisi beras, santan dan air tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Saya masak dalam mangkuk sebab tak nak ada kerak nasi. Kalau kalian nak masak banyak, tak payah guna mangkuk.
6.Ada orang buat telur rebus, dia letak sekali telur dalam beras yang hendak ditanak. Lepas tu kena kecam oleh netizen sebab kulit telur kadang-kadang ada najis. Saya biasa kukus telur dalam mangkuk macam ni.
7.Maksudnya, tanak nasi di bawah. Di pengukus tingkat atas, saya kukus telur dalam mangkuk. Jadi tak bercampur. Lebih selamat dan bersih. Kulit telur pun saya dah cuci sehingga bersih.
8.Sementara tunggu nasi siap. Kita buat sambal. Saya gunakan empingan cili (chili flakes) macam ni. Beli di pasar raya tulis “serbuk cili kasar”. Saya guna yang ini sebab akan lebih cantik dari serbuk halus.
9.Serbuk cili ni saya campurkan dengan air 3-4 sudu besar, belacan, asam jawa, gula Melaka, bawang putih (ditimbuk/disagat/pes), garam. Gaul sampai sebati. Kalau nak letak halia atau bahan lain, silakan.
10.Lepas tu saya letak minyak 4 sudu besar. Kita akan tumis campuran ini dalam mangkuk ini, menggunakan microwave. Tak yakin?
11.Masuk dalam microwave, set selama 1 minit. Tunggulah dengan debaran. Peringatan, gunakan mangkuk yang tahan microwave.
12.Selepas satu minit, keluarkan untuk diperiksa. Dah pecah minyak nampaknya. Tapi belum masak lagi sambal ni. Kena gaul-gaul dan masuk dalam microwave lagi. Biasanya kena ulang 2-3 kali. Baru masak.
13.Saya suka sambal yang ada bawang Holland. Jadi saya letak ke dalam sambal sebelum saya sambung microwave lagi. Waktu ni kalian boleh letak udang, ikan bilis atau petai jika mahu.
14.Ada orang suka letak santan dalam sambal biar ada rasa lemak sikit sambal tu. Maka boleh letak sekarang. Hari tu Cik Nah (mak-nya Mahathir Zainol) pesan suruh letak, maka saya letak.
15.Microwave lagi seminit. Periksa, gaul. Kalau belum masak tambah lagi seminit. Bergantung kepada jumlah sambal yang kalian buat, biasanya perlukan 3-5 minit untuk sambal masak sepenuhnya.
16.Ni sambal yang dah masak. Empingan cili tadi dah tak rasa cili mentah, bawang dah layu dan saya dah tambah apa-apa yang kurang. Warna pun dah cantik. Ada bau gula terkaramel juga.
17.Nasi belum masak, jadi saya nak goreng ikan bilis dalam microwave juga. Letak ikan bilis dalam pinggan dan curah minyak dalam 2-3 sudu besar. Masuk microwave, set 1 minit.
18.Ni hasilnya. Ikan bilis rangup. Tak payah kuali, tak bazir minyak, tak lama nak masak. Tak percaya ikan bilis ni rangup?
19.OK, periuk nasi bunyi “keletek”. Maknanya dah siaplah nasi dan telur ni. Bila saya buka penutup periuk, nampaknya telur ni masih belum menetas.
20.Nasi nampak OK. Mungkin nampak macam sedikit tak bermaya, tapi jangan risau, bila kita gemburkan dia, dia akan nampak bertenaga.
21.Nasi yang telah digembur. Nampak tak sebutir-sebutir. Tak melekat, tak lembik, tak hancur. Rasa pun cukup berlemak, ada masin dan ada aroma halia serta daun pandan yang saya letak.
Kalau nak ayam boleh “air fry” sekejap. 5-10 minit dengan suhu 200°C. Saya tak ada letak minyak tambahan. Saya masukkan kacang tanah sekali dalam ni, tapi tak ambil gambar pula.
23.Gabungkan semua komponen tadi, maka terhasillah nasi lemak ayam dalam masa 15-20 minit.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.