Pelbagai resipi pencuci mulut boleh dicipta daripada pisang. Selain dibuat pisang goreng, pengat pisang, tapi pisang karamel bersos kastard nanas ini memang lain macam penangannya.
Hidang atas meja, sekejap saja habis. Makan pula sejuk-sejuk, memang ngam!
Jom ikuti perkongsian resipi daripada Nurhayati Maleq ini. Memang menarik dan sedap betul pencuci mulut kali ini. Rasa sekali, pasti nak lagi.
Panggang dulu pisangnya. Aturkan pisang atas pan dan taburkan gula merah lembut.
Begini kejadiannya. Balik-balikkan pisang agar masaknya sekata. Dah siap, ketepikan dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Dalam periuk lain, kita nak buat kuahnya pula. Tuangkan susu cair.
Bancuhkan satu cawan air bersama 1 sudu besar tepung kastard. Kemudian, tuang dalam susu ni juga.
Setelah kacau sebati, pastikan semuanya tidak ada ketulan tepung, barulah hidupkan api. Kacau perlahan dalam api yang perlahan juga.
Ads
Selepas mereneh, masukkan nanas. Nak gunakan nanas yang segar, carilah buah yang telah masak. Kalau nak mudah, beli saja yang di dalam tin dan potong kecil-kecil. Ambil nanasnya saja tanpa air di dalam tin tersebut.
Kemudian, barulah masukkan gula. Kacau sekejap saja dan terus tutup api. Jangan lama sangat biarkan susu di atas api sebab boleh akibatkan masakan jadi hangit. Nanti pahit pula rasanya.
Beginilah hasilnya. Bolehlah curahkan susu tadi. Pastikan sejukkan kuahnya dulu sebelum dituang. Hasilnya, lihat saja gambar ni.
Segar je makan sejuk-sejuk tau. Nak buat pun mudah je. Selamat mencuba.
Jika di dapur anda ada pisang, keledek dan sagu tetapi tak tahu nak masak apa dengan bahan-bahan ni, anda boleh cuba aneka resipi manisan yang RASA kongsikan ni. Mudah, sedap dan membuka selera, Malah sesuai juga dinikmati pada bila-bila masa. Jangan lupa salin resipi manisan ni tau. Memang best!
1. PISANG BAKAR PENYET
BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang nangka muda
Sedikit garam halus
Keju cheddar
Coklat rice secukupnya
BAHAN SOS:
175gm coklat masakan
100ml susu cair
50ml susu pekat
1/2 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
Mula-mula, sediakan sos coklat terlebih dahulu. Satukan semua bahan sos dan masak menggunakan teknik ‘double-boiler’.
Sepelah semua bahan sebati, angkat sos dan ketepikan seketika.
Kupas kulit pisang dan bakar hingga garing dan sedikit hangus.
Angkat dan lenyek perlahan-lahan hingga leper. Tabur sedikit garam halus.
Kemudian sapu sos coklat dengan secukupnya diikuti parutan keju cheddar serta coklat rice.
Enak dinikmati semasa masih panas.
Info chef: Lebih enak jiga menggunakan pisang nipah. Jangan guna pisang yang terlalu muda kerana rasa kelat dan kurang enak.
2. SAGU GULA MELAKA
BAHAN SAGU:
200gm biji sagu halus
3 liter air
Sedikit pewarna merah, dan hijau
BAHAN SANTAN:
100ml santan kotak
100ml air
1 sudu teh tepung beras
¼ sudu teh garam
BAHAN SIRAP GULA MELAKA:
150gm gula melaka
50 ml air
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Siram sagu dengan air kemudian toskan dan bahagi dua bahagian.
Bahagikan air kepada dua bahagian, didihkan air dalam periuk berasingan.
Satu warna hijau dan satu bahagian lagi warna merah.
Setelah mendidih, masukkan satu, kacau hingga pekat.
Tutup api, tuang dalam bekas dan sejukkan.
Lakukan cara yang sama untuk satu warna lagi.
Satukan semua bahan santan, masak hingga agak pekat. Ketepikan.
Satukan semua bahan sirap. Masak hingga mendidih. Angkat dan sejukkan.
Keluarkan sagu dari bekas, masukkan dalam kotak daun yang telah disediakan.
Hidangkan bersama santan dan sirap gula Melaka.
INFO CHEF: Resipi manisan mudah. Ia lebih sedap dihidangkan sejuk. Oleh itu simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
3. THAI COCONUT PUDING
BAHAN LAPISAN BAWAH:
1 cawan tepung beras
3 cawan air
1/3 cawan nasi sejuk
1/2 cawan kelapa kering
1/2sudu teh garam
BAHAN LAPISAN ATAS:
1 cawan santan kotak
1/4 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
BAHAN HIASAN:
Daun bawang | hiris halus
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Satukan semua lapisan bawah di dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Ketepikan.
Satukan semua lapisan atas, ketepikan.
Gris acuan kuih cara dengan minyak masak. Panaskan sebentar.
Kacau lapisan bawah dan tuang satu senduk kecil adunan ke dalam acuan hingga penuh.
Biarkan seketika hingga bahagian bawah berlekuk.
Masukkan satu sudu kecil adunan atas. Tabur dengan hirisan bawang dan bawang goreng.
Kecilkan api dan masak sehingga bahagian tepi keperangan. Angkat menggunakan chopstick atau sudu.
INFO CHEF: Selain menggunakan acuan kuih cara atau tako, puding ini diisi dalam loyang dan dibakar macam kuih bakar biasa.
4. BEBOLA KELEDEK DENGAN BIJAN
BAHAN-BAHAN:
500gm keledek warna unggu
100gm kelapa parut | putih sahaja
50gm gula pasir
Tepung gandum secukupnya
Secubit garam
Bijan secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan keledek, kemudian kukus dengan kulitnya sekali hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
Setelah sejuk, buang kulit, dan lenyek keledek hingga lembut.
Tambahkan dalam keledek kelapa parut, gula dan garam secukup rasa.
Gaul rata dan tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menguli hingga mendapat doh lembut.
Bulat-bulatkan doh dan golekkan di dalam bekas yang berisi bijan supaya keseluruhan permukaan bebola kentang.
Panaskan minyak dengan api sederhana, kemudian goreng bebola kentang hingga bijan bertukar wana keemasan.
Betul-betul menarik perhatian dengan roti ni.Roti yang digulung ada telur,mayonis dan chicken floss.Memang terliur bila tengok di bakeri.Boleh jer buat sendiri di rumah. Anak-anak pasti suka dengan menu ni. Boleh hidangkan untuk sarapan mahupun minum petang.
ROTI GULUNG
Bahan-bahan:
Roti
Mayonis
Sedikit susu manis
Telur tambah serbuk perisa
Serbuk lada hitam
Hirisan cili besar
Daun bawang
Chicken floss
Cara membuat:
1.Roti keping digelek nipis.
2.Celup dalam telur yang sudah ditambah perisa dan serbuk lada hitam.
3.Celup biar banyak telurnya. Baru tambah sedap.
4.Baru hias dengan daun bawang dan hirisan lada besar.
5.Masak atas kuali leper, letak minyak sikit.
6.Sebelah bahagian ada telur tu sudah masak, terbalikkan. Yg sebelah masak ala kadar saja.
7.Roti sudah siap.
8.Sapu mayonis dan sedikit susu manis. Bahagian yang tiada telur. Untuk sebelah dalam.
Sebelum ni kalau teringin makan Hokkaido Cupcake mesti beli je kan, apa kata selepas ni anda cuba buat sendiri. Kena yakin diri, ada resipi kemudian buat ikut cara yang betul, ia bukan mustahil jadi. Ada sedikit kekurangan ia boleh diperbaiki, kalau sempurna hasilnya, itu profesional namanya. Sebagai permulaan anda boleh cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini.
HOKKAIDO CUPCAKE BAHAN-BAHAN: BAHAN A:
4 biji kuning telur
Secubit garam
3 sudu besar gula kastor
Sedikit esen
1/2 cawan susu cair/susu segar
1/4 cawan minyak masak BAHAN B:
4 biji putih telur
4 sudu besar gula kastor
1 sudu teh cream of tatar BAHAN C:
1/2 cawan tepung gandum superfine
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder BAHAN INTI KASTARD:
200ml susu cair
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
4 sudu makan gula kastor
1 sudu besar mentega
1 biji telur
CARA MRMBUAT:
Satukan telur, garam, gula dan esen vanila, putar hingga sebati.
Kemudian masukkan susu dan minyak dalam bekas adunan telur tadi. Ketepikan.
Sediakan pula bahan B, buat maringue dengan cara putar putih telur hingga berbuih kasar baru masukkan cream of tatar.
Putar lagi dan masukkan pula gula kastor sedikit demi sedikit, putar lagi hingga likat atau bertanduk ( bila diterbalikkan ia tak jatuh).
Seterusnya ayak semua bahan C, kemudian masukkan dalam adunan kuning telur. Putar sebati.
Kemudian campurkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur yang telah dicampur tepung tadi sedikit demi sedikit. Gaul dengan spatula bagi sebati.
Masukkan dalam paper cup, dan bakar dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan dan bakar dengan suhu 150C selama 25 minit.
Sementara tunggu kek masak sediakan inti kastard, satukan semua bahan kastard dalam periuk dan kacau rata.
Masak guna api perlahan sambil sentiasa kacau hingga pekat, bila meletup kecil, tutup api dan sejukkan.
Setelah sejuk, ia sedia dipaipkan ke dalam cupkace anda.