
Lauk pauk tradisi memang tiada tandingan sedapnya. Buat kita terkenang-kenang. Memang susah nak cari orang menjual lauk pauk sebegini kecuali kalau dimasak sendiri. Contohnya seperti menu pisang muda masak lemak cili api campur bilis & tempoyak. Memang mengembalikan nostalgia lampau. Resipi yang dikongsi oleh
SuiSan Aliezsha menjadi kegemaran kerana ibunya sering memasak menu ini untuk mereka sekeluarga.
Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis & Tempoyak
Bahan-bahan:
Pisang muda- cuci bersih-bersih. Rendam dengan air garam dan asam keping (saya guna pisang emas,ada pisang kapas lagi sedap)
Cili api(ditumbuk)
Kunyit hidup (dtumbuk)
Tempoyak (ikut suka korang letak banyak mana)
Asam keping & ikan bilis
1 1/2 biji kelapa parut (perah amik pati)
*Pisang tu ikut korang banyak mana. Kalau lebih sesisir jangan lupa lebihkan kelapa.Biar betul-betul pekat kuah gulai korang.

Cara memasak:
1.Sediakan kuali,masukkan santan,asam keping,cili api,ikan bilis dan pisang. Masak, kacau sehingga mendidih.
2.Agak-agak pisang hampir lembut, masukkan tempoyak.
3.Pastikan garam secukup rasa..
4.Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba.
Kredit:SuiSan Aliezsha
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kerabu Ikan Bilis Versi Kampung. Masam, Pedas Memang Sedap

Resipi Kerabu Ikan Bilis cara kampung perkongsian saudari Haslina Muhammad ni memang cukup mudah. Bahan tak banyak dan boleh disediakan dalam masa yang cukup singkap. Janji bahan semua ada, hiris halus, goreng, gaul rata dan perasakan sahaja. Dah boleh hidang. Bagi anda yang belum ada idea nak masak menu apa, bolehlah cuba lauk ni. Pasti berselera.
CARA MASAK KERABU IKAN BILIS CARA KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis secukupnya – beli online disini
Bawang besar – beli online disini
Bunga kantan
Serai
Daun ketumbar (jika ada)
Cili padi
Tomato
Jus perahan limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Jumlahnya bergantung sebanyak mana kerabu yang anda nak buat.
2. Hiris halus semua bahan-bahan kerabu yang lain. Satukan dalam bekas.
3. Gaul rata semua bahan supaya bercampur rata.
4. Tuang jus limau kasturi dan perasakan dengan garam sert gula dengan secukupny.
5. Nikmati segera.

NOTA: Untuk rasa kerabu yang mempunya tekstur rangup ikan bilis, terus nikmati sebaik sahaja ia siap disediakan. Barulah rasa lebih enak. Bila sudah lama, bilis akan jadi sedikit lemau.
Kredit resipi & foto: Haslina Muhammad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kuih, Dessert Berasaskan Pisang Yang Mudah & Sedap

Buah pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, malah juga boleh menghasilkan pelbagai jenis resipi yang menarik dan enak.
Tak kiralah resipi kuih atau pencuci mulut, yang pasti rasanya sedap dan pasti anak-anak suka.
Jom kita cuba resipi-resipi ni! Boleh dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga.
COKODOK PISANG

BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang bersaiz besar (jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga)
2 sudu makan marjerin – beli online di sini
5 sudu makan gula pasir – beli online di sini
1 sudu teh soda bikarbonat (sukatan tidak terlalu membukit)
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
TONTON Menu Simple, Tapi Rasa Mantap Di Little Bourke
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan (kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
3. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
NOTA:
1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam.
3. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri (jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Kredit resipi & foto: Cik Pooja
APAM PISANG GEBU

BAHAN-BAHAN
8 biji pisang emas/6 biji pisang berangan
4 biji telur A
1 cawan gula – beli online di sini
¾ cawan minyak jagung/minyak masak/mentega cair – beli online di sini
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam (optional)
TONTON Top 5 Menu Pilihan Makan Di Mana
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan kukusan. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
2. Kisarkan pisang, telur, gula, garam dan minyak hingga hancur dan sebati.
3.Tuangkan ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata secara kaup balik.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Sudukan adunan ke dalam acuan/loyang kecil-kecil (sapukan sedikit minyak pada acuan terlebih dahulu).
5. Kukus dengan api sederhana selama 15 minit (jika gunakan loyang besar, masa mengukus adalah 40 – 45 minit).
NOTA:
*Boleh gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri tapi tidak perlu tambah baking powder dan soda bikarbonat.
*Boleh tambah coklat urai ke dalam adunan jika suka. Jika guna acuan kecil-kecil, masa mengukus 15 minit sudah memadai.
Kredit resipi & foto: Lyza Sweetnely
BINGKA PISANG

BAHAN-BAHAN (loyang 8 inci):
1 sisir pisang masak (10-13 biji) | dilenyek kasar
1 cawan tepung gandum*
¾ cawan gula pasir*
1 cawan santan* – beli online di sini
1 cawan susu sejat/cair* – beli online di sini
1 biji telur*
2 sudu besar mentega* | cairkan dulu, biarkan suam – beli online di sini
Sedikit garam
TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar semua bahan bertanda *. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan digaul rata.
2. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan mentega.
3. Bakar dengan suhu 180C selama 1 jam atau lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
4. Sejukkan kemudian baru dipotong. Nak lagi sedap boleh masukkan dalam peti ais.
Kredit resipi & foto: Yatie
LEMPENG PISANG

BAHAN-BAHAN:
1 kg pisang Abu | lenyekkan
300gm kelapa parut | ambil putih sahaja
250gm tepung gandum | jika kurang boleh tambah
5 sudu makan gula kabung – beli online di sini
Sedikit garam halus
Daun pisang secukupnya
TONTON Spageti Rendang Daging
CARA MEMASAK: – beli onlien
1. Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek.
2. Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
4. Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak. Enak dihidangkan panas-panas.
BANANA FILLED FRENCH TOAST

BAHAN-BAHAN:
Roti Bata
Nutella/Peanut Butter Lady’s Choice
3 biji telur
½ cawan susu kotak
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji pisang | dihiris bulat
Mentega
TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan telur, susu dan esen vanilla dalam mangkuk, kacau sebati. Ketepikan.
2. Potong roti bata lebih kurang 1 inci, buat poket di tengah. Sapu nutella di bahagian dalam poket, kedua belah. Kemudian, susun hirisan pisang di dalam poket.
3. Celupkan roti ke dalam campuran telur dan goreng dalam kuali dengan sedikit mentega. Biarkan masak kekuning-kuningan.
4. Sudah boleh dihidangkan (boleh ditabur dengan gula icing)
Kredit resipi: Aimi Muhamad
BANOFEE PIE

BAHAN-BAHAN:
1 tin susu pekat manis | direbus selama 3 jam di dalam air mendidih
2 biji pisang ranum | dihiris
Hirisan coklat secukupnya
200gm krim putar
BAHAN KERAK:
200gm biskut digestive
50gm mentega
80gm gula
50gm serbuk badam
BAHAN KRIM:
2 biji kuning telur
45gm gula kastor – beli online di sini
25gm tepung kastad (boleh ganti tepung jagung) – beli online di sini
50gm dairy heavy cream
200gm susu segar
CARA PENYEDIAAN:
1. Bagi menghasilkan kerak, campurkan biskut, serbuk badam dan gula. Kisar halus.
2. Kemudian cairkan mentega dan gaul bersama bahan kisar tadi. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit suhu 170⁰C. Sejukkan dalam peti sejuk.
3. Untuk krim pula, campurkan semua bahan dan masak di atas air kukusan sehingga kental dan sejukkan.
4. Pukul krim putar sehingga separa kental, masukkan krim yang dimasak tadi dan teruskan pukul sehingga kental.
5. Tuang susu pekat manis yang direbus ke atas kerak dan taburkan hirisan pisang.
6. Paip krim di atasnya dan taburkan hirisan coklat. Sedia untuk dinikmati.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Rendang Pucuk Ubi Sedap Cara Orang Negeri Sembilan

Enaknya menikmati sajian Rendang Pucuk Ubi yang dimasak menggunakan resipi dan cara orang Negeri Sembilan ini. Memang berasa setiap rencahnya. Sangat sedap dimakan bersama nasi malah jika diratah begitu sahaja juga sangat nikmat. Bagi anda yang nak cuba masak sendiri menu ini, saudari Atia Halim ada kongsikan cara-caranya. Jom cuba!
CARA MASAK RENDANG PUCUK UBI NEGERI SEMBILAN YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 kg daun ubi /pucuk ubi – dibersihkan
2 sudu serbuk cili – beli online disini
3 cawan santan pekat
1 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang putih – beli online disini
2 biji bawang besar – beli online disini
10 biji cili padi merah
1 genggam ikan bilis – beli online disini
Dapatkan DEROYAL 3 IN 1 CORDLESS CHOPPER & MIXER dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan-bahan kisar dan kisar dengan sedikit air hingga halus.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga garing.
3. Masukkan serbuk cili dan santan pekat, masak hingga mendidih.
4. Seterusnya masuk pucuk ubi yang telah dibersihkan. Masak dan kacau sehingga kering.



5. Buang sedikit minyak. Kacau lagi sehingga santan bertukar menjadi tahi minyak dan mengering.

6. Tutup api dan sejatkan rendang tadi. Rendang Pucuk Ubi sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Atia Halim
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Span Keladi Gebu. Sekali Cuba, Pasti Tak Cari Lain Dah
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Rangup & Tak Lembik. Resipi Popia Sambal Sedap Macam Pasar Malam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

