Pisang muda masak lemak cili api tempoyak ini adalah salah satu masakan orang dulu-dulu. Kata orang, masakan yang penuh nostalgia sangat!
Masakan ini memang sedap. Pekat elok kuahnya. Ada rasa lemak, masin dan pedas. Selain itu, aroma dan rasa tempoyak menambah kesedapan masakan. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan SuiSan Aliezsha ini ye. Makan pula dengan nasi putih panas-panas. Peh!
Pisang muda (cuci bersih)
Cili api (tumbuk) – boleh beli online di sini
Kunyit hidup (tumbuk) – boleh beli online di sini
Tempoyak
Asam keping – boleh beli online di sini
Ikan bilis – boleh beli online di sini
1 1/2 biji Kelapa parut (perah dan ambil pati)
Air
Garam secukup rasa – boleh beli online di sini
Potong pisang seperti dalam gambar dan rendam dengan air garam dan asam keping (saya guna pisang emas).
Sediakan kuali, masukkan santan, asam keping, cili api, ikan bilis dan pisang.
Masak dan kacau sehingga mendidih. Bila pisang hampir lembut masukkan tempoyak. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Siap! Selamat mencuba
Info: Pisang ikut banyak mana yang dikehendaki. Kalau lebih sesisir, jangan lupa lebihkan kelapa. Biar betul-betul pekat kuahnya.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official